Sunday, March 11, 2012

REVIEW DYLON

da cuba produk tersebut,
agak mahal la benda alah tu.
almost RM12 sekotak and ada 2 paket jek liquid tu.
tapi since hasilnya sangat memuaskan, so tak kesahlah.
warna luntur yang kena kat baju memang boleh hilang.
and yang bagusnya, warna asal baju sikit pun tak effect.
malangnya saya terlupa snap gambar before and after.
maap!!

yang penting produk tu berkesan. 
I gerenti you~~ 
huhu.

bye!!



Tuesday, March 6, 2012

Atasi masalah pakaian dijangkiti warna luntur dengan DYLON!

Hari ni basuh kain and kemas rumah macam biasa.
housemate aku kerja doktor and dia superbusy.
so biasanya if aku tengah nak buat laundry, aku buatkan dia sekali.
bukan susah sangat pun; basuh pakai mesin, apadahal.
but then hari ni malapetaka telah berlaku.
aku basuh semua baju housemate aku tu,
tetibe keluarkan dari mesin, ada 1 seluar dia tu turun warna rupanya.
baju yang laen semua selamat, except 1 seluar yang dia baru beli.
seluar yang jadi mangsa berwarna cream..and pemangsanya ialah seluar MERAH.
demmit. horror gile ok seluar cream tu kena lunturan merah.
i feel bad sebab seluar tu baru sekali pakai and mahal. demit!
kalau kena kat seluar aku, aku da mengalir air mata agaknya.
and since aku rasa guilty yang amat sangat,
I decided to take full responsibility.
nak beli yang baru memang mampos aku tak mampu la kan.
so aku dah google a few tips macam mana nak atasi masalah warna luntur ni.
ada la traditional tips macam titis minyak tanah sikit, guna sabun mandi and etc.
tapi ada 1 ni macam moden sikit and lebih meyakinkan la ofcoz.

produk DYLON.

aku tak pernah pakai lagi produk ni.
actually, aku tak pernah jumpa pun lagi produk ni.

mengikut instruction yang dibacakan, cara dia simple jek.
tuang air panas dalam baldi, masukkan dylon, then rendam baju kat dalam.
lepas sejam supposely warna yang luntur tu akan hilang. *hope so!*
and dari blog yang aku baca tu (faakiut.wordpress.com),
katanya benda ni kat Giant atau Tesco pun ada.
Batu Pahat ni tak ada la pulak 2 bijik mall tu.
semoga kat Carrefour ada. amin!!

esok aku kena pergi cari menda alah ni.
wish me luck!!!

p/s: nanti aku buh review 'before and after' punya results ye. =)

Buku Nilam saya.

February 12th,
last aku up status is on that date; lama dah jugak tu.
in between that date and today's date,
ada la a few interesting things happened.
le problemo is aku hilang mood nak berblogging lately.
usah kata up post, pergi blogwalking baca post orang pun aku malas.
facebook pun dah tak berapa nak menarik lately.
wait, adakah ini symptom² meningkat usia??? *peluh menitik kat dahi*
tak, tak, tak. tak mungkin!
esok lusa datang la balik tu mood tu. (sedapkan hati snirik)

well btw,
since aku da lama tak update kat blog ni,
and nak cerita semmmmuaaa details memang aku tak mampu,
so lemme juz summarize eeeeverything that happened seringkas mungkin.

___________________________***__________________________
1. Balik Kelantan sempena dapat nephew baru on the 30th Jan 2012.
 "welcome to the family kiddo!"
(eh, ini kan sebelum 12 Feb lagi? termiss?? OMG)

Hazim Zafri a.k.a ajim( I yang bagi nama, bangga takkk?? =p)

Abang ayid da dapat adik, look how happy he is. #cute

___________________________***__________________________
2. Pergi jenjalan kat melaka.

sadly takde gambar pulak sebab semua gambar pakai camera orang.
dan aku tak teringat nak pergi kutip semua gambar tersebut.

pergi dengan dayah + prek.
sampai melaka pun dah lewat sebenarnya, dalam pukul 4 i think.
sempat pergi makan kat Seoul Gardens,
then jalan² kat dataran pahlawan (kedai da start tutup masa ni),
and lastly pergi Jongker Walk (tak sure eja macam mana)
pun banyak kedai dah tutup masa ni. 
T____T

bahana bertolak lewat. padan muka snirik!

___________________________***__________________________
3. Balik KL jumpa Datin Sri dan anak2 buah.

trip mengejut.
balik dengan adik aku sebab mak panggil balik.
alih² lebih kepada aktiviti lepak² je sebenarnya.
sambil² kena teman Datin Sri yang dah nak balik Kelantan.
had fun lepak dengan anak² buah yang dah lama tak jumpa.


eh tu jela kottttt.
owh, and sekarang da pandai lepak gym hari².
stress je tros start enjin pegi angkat besi kat gym.
tak lama lagi lengan berketul², pergh!! *hiperbola*
pastu elok² orang panggil aku kak, dah boleh panggil abg lak. gulp!

ok tu je.
nak siap², nak pergi gym.
ada anak ikan ensem kat sana, ahakz!
chow~

=P