Showing posts with label Barang baek. Show all posts
Showing posts with label Barang baek. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Kalaulah hati boley dimakeup jadi flawless macam ni.


rasa teruja lepas tengok video clip ni.
sape nak tolong beli ni untuk aku?
kompem aku sayang gila ngan korang pastu.
'sayang sama banyak ngan bulu eeoww'.

credits to zackzukhairi.

kalo ajak kawin pun aku sudi lah! XD

p/s: pada yang berminat, boley search 'chadiyus naturactor' kat facebook. RM35 jek.

Friday, January 14, 2011

Oh Medical Check Up~

semalam aku pegi medical check up.
macam biasa, mesti tang mata jek yang problem.
"awak memang pakai spek mata ke sebelum ni dik?"
aku pun dengan lajunya menggeleng, "tak".
"awak tau tak awak rabun?"
lagi sekali aku dengan muka lebey innocent lak kali ni, "tak".
free jek aku wat dosa kering.
sebenarnya aku memang da tau mata kanan aku rabun.
tapi sebab mata kiri aku langsung takde masalah,
jadi aku memang ngan sengajanya malas nak buat spek.
sebab pada aku, pandangan rasa macam limited bila pakai spek mata.
macam mana nak luas mata memandang, ye tak? =)
yang nurse tu aku bukan suka² nak tipu dia,
tapi aku malas nak dengar dia bebel² nape tak pakai spek.
tau sangat dah. huh.

pastu menyusul lak keputusan² check up yang lain.
buat pertama kalinya aku sangkut tang urine test.
bukan sebab alkohol dan dadah la!
tapi doc kata urine aku agak kotor.
(bukan sume kencing tu memang najis kotor ke??)
then dia kata kotor sikit jek dan rasanya sebab aku kurang minum air.
atau ada possibility sebab aku da dekat ngan tarikh nak datang bulan.
still dinasihatkan untuk aku banyakkan minum air pasni. lalala~ tanak..
(owhhh..patutla pinggang kadang² rasa macam sakit jek. eh, ada kaitan ke plak?)
tapi memandangkan doc kata benda ni normal,
aku pun balik umah berlenggang kangkung senang hati jek siap nyanyi² lagu kajol.
selagi tak kena tahan kat wad memang tak penah nak amik siyes benda camni. haish.
tapi nampaknya baru sehari lepas doc pesan macam²,
masalah da timbul da pun. dis is so sheeeettt.
masalah nak meng-ehem-buang.
memang sakitla perot ni bile toxic semalam takmo keluar.
aku suspek ni mesti aku da terkena sumpahan dari doktor semalam.
tak puas ati la tu tengok aku rilek jek, cool jek, comel jek. (apakah?)
so skang ni sistem kumbahan aku bermasalah.
kang mula la sakit perot, sakit kepala, sume nak datang.
tak boley dibiarkan berlarutan perkara sebegini ye puan².
kerana penyakit sembelit ni sangat merbahaya dan boleh membawa kepada maut.
ok tipu. tokok tambah cerita memang hebat.
no wonder aku tak dapat jadi doktor. huh.
(nanti patient mati bukan sebab penyakit tapi mati sebab terkejut)

makanya petang tadi dengan pantasnya aku pegi kedai cari teh herba.
benda alah ni memang berkesan gua cakap sama lu!
lepas 8 jam minum, kompem ko berlari tak cukup tanah nak ke toilet.
effect dia memang bagus.
kadang² tu ko boley nampak lendir² toxic sume kuar skali.
sebab tu la minum teh herba ni boley kurus kot.
tapi rasa dia tuhan jela tau payau tak payaunya.
masa aku mula² minum menatang ni,
minum sesudu, muntah 8 jag. hebat kan?
pun boley kurus gak dengan cara tuh. heheh.

teh herba orang kampung. RM17 sekotak. *ey, cekci la gambar u ni!*

tadi elok lepas aku beli teh ni, sampai umah tros rasa nak terjah toilet.
aku da cakap..teh ni memang bagossss..
baru tengok kotak da baek da sistem kumbahan aku. (cis!)

Tuesday, January 11, 2011

Barang baek!

kalo zaman aku skolah rendah dulu, 
feymes gile dak² beli plastik keras yang orang wat cover binding tuh,
potong jadi 2 keping pastu selit kat tudung jadi pengeras.
kononnya nak kasik bentuk tudung tu cantikkkk jek bulat.
takdela dia kerepot sana kerepot sini.
sekarang ni takyah da nak susah² sebab orang da wat tudung ekspress.
beli memang da siap ada plastik keras tu kat dalam.
mostly dak² skang suma mak bapak belikan yang tu jek.
takde la kena susah² beli, potong pastu selit² macam zaman aku dulu. =.="

credits to google image.

comel jek adik ni pakai tudung kan?
dulu sebelum wujud tudung ekspress ni,
dak² pakai tudung, takyah cakap la serabai dia kau!
kalo tak senget benget apa segala memang tak sah.

tapi tak semua orang muka dia ngam pakai tudung ekspress ni.
yang tak ngam ni biasanya yang muka chubby² skit dan berbentuk bulat. (macam aku)
sebab cutting kat muka tu agak mendedahkan pipi² yang tembam ni.
hasilnya muka yang da bulat akan nampak lebey bulat.
so kami ni lebey prefer tudung empat segi yang biasa tu.
sebab tudung ni dia bila pakai, dia cover tang pipi gebu tuh.
even sedikit leceh tapi apa boley buat, yang ni jek yang seswai.
*jeles tol ngan orang²muka kurus pastu panjang² nih!*

macam kes aku,
aku sebenarnya takdela rasa pakai tudung kain bawal yang biasa tu leceh sangat.
lipat dua, sarung, buh pin tudung pastu selimpang kat bahu. simple jek.
cuma tang kat muka tu jek kadang² stengah jam nak setting.
kalo ada salah iron sikit, memang toksah harap la bentuk dia nak jadik.
pastu berkat menimba ilmu tambahan *eceyh!*.
aku blajar lak dari member² method sapu lilin kat tudung area muka tu pastu iron.
area tu akan jadi keras sikit so dia senang nak bentuk kat muka.
tapi akibat buh lilin ni, lama² tudung akan rosak.
pun pening gak tang tuh!
takkan la aku nak buat macam zaman kecik² dulu beli pengeras buh kat tudung kot!

dan akhirnya aku da jumpa da pun penyelesaiannyaaaa..
konsep dia sama jek. (kasik keras tudung area muka)
tapi barang ni memang barang baek punya!
disebabkan aku tengah baek ati,
jadi aku pun nak kongsi la tips ni ngan korang..
(tips ke? info lah!)

taraaa!!!

KIWI Kleen Fabric Starch!!

ni la barangnyaaa..
siap ada perisa/bau lemon lagi.
sangat wangi dan sangat berkesan.
cara pakai pun senang jek.
ko spray jek kat area yang ko nak kasik keras,
pastu ko iron cukup². siap!
da boley pakai tudung dengan mudah pastu.
kat selendang² yang susah gile nak pakai tu pun boley buh gak.

*percubaan pertama aku (aiseh, apsal muka macam sedey lak tetibe)*

slendang ni dulu takley pakai sebab kaen dia lembik gile!
licin sangat sampai susah nak dibentukkan bagi tak bertempek kat muka. 
skang da boley! *dengki tak? haha*

dan nape aku cakap barang ni barang baek??
sebab since ini fabric starch memang khas dibuat untuk kain dan baju,
so dia memang takkan kasik rosak tudung korang tu.
trust me bebeh! tak tipu punya.

selamat mencuba~