Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Barang baek!

kalo zaman aku skolah rendah dulu, 
feymes gile dak² beli plastik keras yang orang wat cover binding tuh,
potong jadi 2 keping pastu selit kat tudung jadi pengeras.
kononnya nak kasik bentuk tudung tu cantikkkk jek bulat.
takdela dia kerepot sana kerepot sini.
sekarang ni takyah da nak susah² sebab orang da wat tudung ekspress.
beli memang da siap ada plastik keras tu kat dalam.
mostly dak² skang suma mak bapak belikan yang tu jek.
takde la kena susah² beli, potong pastu selit² macam zaman aku dulu. =.="

credits to google image.

comel jek adik ni pakai tudung kan?
dulu sebelum wujud tudung ekspress ni,
dak² pakai tudung, takyah cakap la serabai dia kau!
kalo tak senget benget apa segala memang tak sah.

tapi tak semua orang muka dia ngam pakai tudung ekspress ni.
yang tak ngam ni biasanya yang muka chubby² skit dan berbentuk bulat. (macam aku)
sebab cutting kat muka tu agak mendedahkan pipi² yang tembam ni.
hasilnya muka yang da bulat akan nampak lebey bulat.
so kami ni lebey prefer tudung empat segi yang biasa tu.
sebab tudung ni dia bila pakai, dia cover tang pipi gebu tuh.
even sedikit leceh tapi apa boley buat, yang ni jek yang seswai.
*jeles tol ngan orang²muka kurus pastu panjang² nih!*

macam kes aku,
aku sebenarnya takdela rasa pakai tudung kain bawal yang biasa tu leceh sangat.
lipat dua, sarung, buh pin tudung pastu selimpang kat bahu. simple jek.
cuma tang kat muka tu jek kadang² stengah jam nak setting.
kalo ada salah iron sikit, memang toksah harap la bentuk dia nak jadik.
pastu berkat menimba ilmu tambahan *eceyh!*.
aku blajar lak dari member² method sapu lilin kat tudung area muka tu pastu iron.
area tu akan jadi keras sikit so dia senang nak bentuk kat muka.
tapi akibat buh lilin ni, lama² tudung akan rosak.
pun pening gak tang tuh!
takkan la aku nak buat macam zaman kecik² dulu beli pengeras buh kat tudung kot!

dan akhirnya aku da jumpa da pun penyelesaiannyaaaa..
konsep dia sama jek. (kasik keras tudung area muka)
tapi barang ni memang barang baek punya!
disebabkan aku tengah baek ati,
jadi aku pun nak kongsi la tips ni ngan korang..
(tips ke? info lah!)

taraaa!!!

KIWI Kleen Fabric Starch!!

ni la barangnyaaa..
siap ada perisa/bau lemon lagi.
sangat wangi dan sangat berkesan.
cara pakai pun senang jek.
ko spray jek kat area yang ko nak kasik keras,
pastu ko iron cukup². siap!
da boley pakai tudung dengan mudah pastu.
kat selendang² yang susah gile nak pakai tu pun boley buh gak.

*percubaan pertama aku (aiseh, apsal muka macam sedey lak tetibe)*

slendang ni dulu takley pakai sebab kaen dia lembik gile!
licin sangat sampai susah nak dibentukkan bagi tak bertempek kat muka. 
skang da boley! *dengki tak? haha*

dan nape aku cakap barang ni barang baek??
sebab since ini fabric starch memang khas dibuat untuk kain dan baju,
so dia memang takkan kasik rosak tudung korang tu.
trust me bebeh! tak tipu punya.

selamat mencuba~

Friday, December 31, 2010

Let's celebrate!!

I am currently addicted to browsing thru some beauty conscious vids, (haha) and I'm certainly NOT talking bout those 'so called advice' talk on using 'healthy' pills and vitamins killing me vids, NO! I'm actually talking bout those 'how to' tutorials kinda vids, alaa..like the "how to apply concealers the right way" sort of thing! the one that shows you how concealers can actually covers up your major dark eye circles, acne scars and all sort of things that weren't suppose to show on ur face, IF you use it the right way la of course. duhh~ 

Not that i have an important DATE to attend yaw! lol! 
It's just that new year is coming up and I wanted to have a fresh and new look for the whole new year season. New year, new look, new fun and excitement, motivation level rising up! haha. Okey, do stop with that now plz. 

Now that I'm right below the foot of a damn stupid beginner, I'm in need of some seriously VERY² simple guidelines to start with. Something that MUST be suitable to wear on a daily basis tho (kang ada plak yang datang berebut nak bergambar ngan aku sebab tertukar aku ngan Lady Gaga! haha). and most importantly, I'm gonna need it fast! since i'm certainly having a camwhoring session at the new year celebration tonite! haha.

shud REALLY stop with d 'never ending rambling' now coz it's gonna drive everyone into nuts. 
(nah baldi if tak tahan rasa nak muntah dengar aku merapu dan gelak ntah hape² dari tadi)

HOWEVER!!
I did found out an interesting vid that you might wanna try out TONITE!
and it's of course for GIRLS only. (half girl, half boy, err..ske ati ko lah!)
you boys might feel like trying it as well, but then please don't leave the house after doing so!


have fun getting ready for tonite's celebration babes!

Revlon Colorstay Foundation

REVLON COLORSTAY FOUNDATION
- mampu aje menghilangkan parut jerawat yang gile babi ketara!! -


Serious shit kagum gile! *two thumbs up!*

kepada WANITA² di luar sana, anda WAJIB tengok.
(especially korang² yang ada masalah oily skin n acne scars macam aku ni)
before dis aku ada tengok kawan aku pakai Mac studio coverage.
yang tu pun bagus gak! *muka kagum*
lepas pakai Mac tu muka dia nampak flawless gile babas.
tapi between Mac ngan Revlon yang mana lagi bagus tu,
seikhlas hati aku jawab "arap maap, aku pun tak tau!"
tapi aku ada gak review klip sorang minah ni.
dia sembang pasal Mac and Revlon la.
katanya dua² pun sama bagus coveragenya.
cumanya Revlon ni lebey murah dan ada lebey banyak choice of color.
Kalau da namanya lagi murah tapi sama bagus,
da tentu² orang nak cuba yang Revlon ek?
tapi kalo sama bagus, apsal Mac lagi mahal lak?
ok, kembali kepada jawapan tak tau!

yang aku tau,
esok aku nak pegi usha Mac ngan Revlon nih.
kalo rasa macam ok, ingat nak rembat satu.
bila aku lak mekap muka jadi flawless nanti,
Lisa Surihani kompem tros susah nak cari makan! =P

Thursday, December 23, 2010

Cara mudah edit gambar

"saya sememangnya someone yang sangat SUKA bergambar."

ok da keluarkan satu fakta tentang diri snirik.
aku tau korang kat yang kat luar sana pun ramai yang suke bergambar kan?
takyah nak kencing ahh..geleng² kepala konon. cet.
siap bergambar ngan gaya molot ikan jaws emas segala bagai kan? haha.
pastu rasa nak edit gambar kasik lagi menarik tapi tak reti ek? 
ok,noted!

aku pun tak reti sangat bab meng'edit²'an gambar ni sebenarnya.
tapi kalo takat yang simple² tu boleh la kot.
ada yang hebat gle pasal edit gambar ni, (hujung jari jek hah!)
edit sampai terkeluor bijik mata ni tengok, tabik spring utk u guys!!
tapi untuk geng² amatur macam aku ni, (eheh, cakap slow² skit)
meh aku nak share sikit ilmu apa aku pakai untuk edit gambar.

peringatan!! aku cuma tau sangat basic ye! 
kalo rasa ilmu di dada da tahap dewa², boley skip entry ini.
kang korang bosan baca, aku tak tanggung wokeyyy.

so aku ada la a few software yang aku pakai:

1. Photoscape


kalo korang tengok gambar kat atas ni,
korang akan nampak yang photoscape ni ada banyak fungsinya.
seperti software² laen yang motif utamanya adalah untuk edit gambar,
photoscape pun ada function yang sama tapi simple dan mudah digunakan.

seperti dalam gambar rajah di bawah (cewah!)

ada banyak pilihan boley pakai untuk nak edit gmbr.

kot nak kasik smooth skit atau nak adjust pencahayaan yang menarik skit. sume ada.
nak buh efek lebey² sikit pun ada. (nak cite satu² memang letih)
tapi setakat yang basic yang selalunya korang perlu tu sume ada.
anda cuma perlu tekan jek, dia auto adjust ikot percentage banyak mana kte nak ubah.
contohnya aku rasa aku nak kasik cerah skit sebanyak 25%, klik jek kat situ ada.
(boleh klik pada gambar untuk size yang lebih jelas mata memandang)

selain dari tu boleh guna software ni untuk wat gambar² format .gif 
alaa..gambar yang gerak² tuhhhh. (aku penah wat, smart seyh!)
dan jugak boley guna untuk combine banyak² gambar jadi collage.
ada banyak template yang disediakan dalam software ni untuk application tersebut.
(rujuk gambar pertama balik untuk application² lain software ni)

contoh gambar collage yang aku wat:

jeng jenggggg..smart kan? 5 menet jek aku wat pakai software ni.

untuk lebey lanjut korang ley download software ni kat internet.
file dia tak besar mana pun. (kejap jek da siap run)

next!!

2. ACDsee 


software ni lak besenya aku cuma pakai untuk touch up skit² je.
sebab pada aku, aku rasa software lebih seswai untuk tujuan repair minor probs kat gambar.
contohnya ada lalat singgah kat muka aku tak memasal kan?
aku just klik 'photo repair' pastu aku boleh remove lalat tu. 
kebiasaannya memang tang repair² ni la baru aku guna ACDsee.
atau contoh lain aku nak guna untuk remove 'red eyes' kat gambar, pun ada.
software ni banyak gle function laen sebenarnya, cuma aku yang tak reti sangat advance² ni.
jadi aku guna untuk kepentingan yang simple² tu jek.
jadi korang try download kat internet pastu try godek la ye.
5 minit jek nk belajar pakai yang simple² pada software ni. (trust me!)
nanti bile korang da belajar sampai terer yang advance²,
hasilnya korang akan dapat edit gambar kasik nampak macam amik pakai camera DSLR!!
over sangat ke pernyataan itu? eheh, snirik cuba la eh pastu nanti tengok betol ke tak.

next!!

*ke-3 dan ke-4 sebenarnya bukan sejenis software tapi laman web*

3. Picnik

so Picnik ialah 1 laman web untuk edit gambar.
sangat user friendly dan ada macam² yang menarik di dalam.
tapi benda alah ni lebih kepada tambah accessories pada gambar sebenarnya.
nak guna wat repair² gambar, edit² efek macam ACDsee tu pun ada sebenarnya.
(kalo da namanya laman web untuk edit gambar, basic functions kompem ada)
kelecehannya cuma lah korang perlu ada internet connection baru ley guna.

ini la laman web tersebut. (boleh tengok kat gambar ada basic function yang aku cakap td)

gambar dak tecit tu ialah contoh gambar yang aku upload konon nak edit.

antara benda menarik yang boleh dibuat kat picnik ni contohnya:

taraa..gambar yayid kini lebih stylo!

lepas da puas mengedit, cuma perlu tekan 'save & share' kat atas tu.
(tak semestinya perlu di share pun, jangan risau)
lepas ni korang ley cuba ngan gambar snirik pulak ye.
jangan takot² nak explore application² dia, free jek
(btw,web ni pun ada application² buat collage photos tu jugak)

next!!


web ni plak memang khas untuk letak efek² khas pada gambar.
ada saaaaangatlah banyak efek yang disediakan.
korang cuma perlu klik dan preview. (adjust amount skit²)
kalo rasa² da suke ngan gambar korang yang da ditambah efek, tros save.
pastu da boley upload gambar sengal tu kat facebook dan sebagainya.

ok, gambar yayid lagi yang menjadi mangsa.


so tengok kat side kiri tu ada banyak efek kan?
all you have to do is pick 1 and test it on ur photo.

contohnya aku amik cartoonizer punya efek.

maka berubahla yayid menjadi sebijik cartoon!

mudah kan?
pastu ada lagi lain² applications dia yang best².
ley buh frame apa sume gak.
basic² functions untuk edit gambar jugak ofkoz lah ada kan?
senang cakap pegi cuba snirik baru tau.
nak cte satu² esok pun tak habis.

selamat mencuba!!

Saturday, November 27, 2010

Avatar

lepas da letih2 basuh umah hari ni,
aku pun duk rehat2 sambil ngadap blog2 orang.
usha punya usha,
aku jumpa blog minah ni.
dia ajar cane nk wat avatar bertudung.
bunyik macam best ye tak?
aku pun cuba.

jeng3..


ni la avatar aku!
comey tak?
nampak sengal jek kan?
hahahaha..
tapi macam besar sangat la tudungnya kan?
n tak banyak choice sangat la untuk bagi nampak sejibik macam aku.
tapi boleylaaa..juz for fun.
kalau berminat nak belajar, sila klik SINI
selamat mencuba!