Showing posts with label Dataran Penggaram. Show all posts
Showing posts with label Dataran Penggaram. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Malam Gerhana

meriahnya suasana di dataran.
angin malam lebih kencang daripada biasa.
kanak² kecil ligat bermain berkejaran.
macik pacik seronoknya dapat teman bersembang.
buih belon yang ditiup semakin banyak berterbangan.
orang ramai mulai penuh sesak datang melihat gerhana.
kedengaran riuhnya suara gurau senda gelak ketawa. 

aku hilang dalam ramai.
aku hilang dalam kedamaian.
buat seketika aku leka.
buat seketika aku bebas.
besarnya kuasa tuhan.

hatiyangtulusnyabersyukur,
eipslengerz

Tuesday, August 2, 2011

Maen Belon Buih di Dataran Penggaram

Trip ke china hari tu pun aku belum sempat story in detail.
baru upload gambar semata-mata, tu pun tak semua.
nak kata tak punyai masa pun tak jugak, cuma mungkin aku malas.
malas nak ulang lagi story yang tah dah berapa puluh kali aku jawab dekat orang.
plus, aku rasa gambar pun da cukup banyak menceritakan situasi kejadian kan?
kira ok la tu. asal cukup syarat, da boleh skip next story pulak rasanya.
nantilah bila aku da datang rajin aku, aku bagi full story how's life in Beijing is.

**********************************
meanwhile, next is:
aktiviti bermain belon buih di dataran penggaram sambil usha orang ramai.












skarang memang style kalau upload gambar nak sebesar tidak.
baru puas nak tengok kononnya. ceh.

=)

Sunday, December 12, 2010

Senggarang + Dataran Penggaram

Hari ni kami keluar lagi.
tapi dengan misi baru plak ar.
nak pegi cari umah sewa kat Parit Raja.
boley tahan senak perot gak nak cari umah ni.
satu pekan kitorang da pegi round.
hasilnya dapatla 1,2 umah yang rasa² macam ok.
ada pun da cukup bagus sebenarnya.
jadi tak berapa nak boleh memilih la skang ni.
tapi masih dalam proses untuk difikirkan.
insyaAllah hujung bulan ni da boleh pindah masuk umah sewa.

Setel ngan misi mencari umah sewa,
Kitorang pun melencong la ke Senggarang.
Just untuk aku share info ngan korang,
Senggarang ni tempatnya best.
sentiasa mendapat kunjungan ramai sebab tempatnya cantik.
petang² boleh layan sunset sambil makan kerang pedas.
tempat ni memang selalu la jadi port pengantin bergambar.
jadi kalau korang ke Batu Pahat/Johor,
make sure korang tak miss melawat tempat ni.
bawak camera canggih² tu sekalik.
kompem korang suka punya tempat ni.
ada view, ada tempat lepak, dan ada tempat makan².
(kadang² tu siap ada tempat karok terbuka)

Meh aku kasik upload sikit gambar aku kat sana.
kasik korang nampak gambaran tempat.
tapi petang yang aku pegi ni macam nak ujan skit cuacanya.
jadi takdela dapat layan sunset cantik petang tu.
kena pegi time cuaca elok baru view dia mantop!!

kat hujung tu kedai makan yang jual kerang sedap gile tu. heh.

pantai dia bersih untuk jalan² (posing bajet stylo seperti biasa. haha)

nampak best kan tempat ni?
memang best.
so korang yang belum penah pegi, sila²la pegi.
kalo member² aku, dak² clz aku tayah cakap ar.
ni da memang port bese da ni.

next lepas da makan² kerang,
kami turun Datarang Penggaram/ Dataran Batu Pahat.
lepak ramai² sambil maen tiup belon sabun dan bergambar².
kalau nak pegi, pegila time weekend.
sebab time weekend ni ramai orang.
mungkin akan nampak macam sesak sikitla.
tapi yang ramai² tu yang buat rasa macam meriah tempat tu.
kalau pegi time takde orang, suram jek rasa.
yela, datang pun untuk nak lepak hoye ramai² kan?
kalau datang nak wat projek meeting tu laen ar cite. (kejadahnya tah)
so ini tempat yang paling faymes la kot kat Batu Pahat.
korang kalo pegi Batu Pahat tapi tak datang sini,
takyah ngaku pernah datang Batu Pahat la.
bikin malu jek bhai! huhu.

orang sangat ramai masa malam aku lepak ni.
jadi aku malas ar nak pegi amik gambar tugu pahat tu.
ada gambar aku ngan member² melepak jek.
pun kira ok ar kan? huhu.
(tu pun member² kepada member aku sebenarnya diorang ni)
bese ar aku, slamber rawk jek menjoinkan diri. (dasar tatau malu!)

yang 'X' a.k.a unknown tu tau² jela sape eh. haha.

terang kan dataran ni malam²?
kat keliling kami time ni ramai lepak² gak ni.
siap maen belon sabun, lastik nyala² tu, pebenda tah lagi.
banyak ar jenis mainan korang ley nampak. kete control pun ada.
pastu nampak dak² kecik seronok maen skuter pe sgale.


kami pun maen jugeee..kanak² riang..hehehe..

lama gak kami lepak sini malam tadi.
sembang², gosip² dan bergelak ketawa. hoho.
nanti kte datang lepak sini lagi ye~