Showing posts with label Port Jalan². Show all posts
Showing posts with label Port Jalan². Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Selamat Pengantin Baru Ani+Sofi

sejak daripada hantar progress report 5hb hari tu,
pastu pergi wedding Ani kat K.Terengganu 9hb,
satu benda pun aku tak sentuh lagi keje2 laen.
conference paper due 20 Jun, ni aku nak pegi KL pulak 16-18 Jun.

sebut pasal pegi K.Terengganu hari tu, fuh adventure btol.
daripada tak jadi pegi, tetibe jadi pulak,
pastu bertolak dalam pukul 11 or 12 malam camtu dari Batu Pahat,
pukul 7 or 8 pagi sampai K.Terengganu, bertiga dengan dayah+shx,
sampai2 teros breakfast, bersiap salin baju kurung kat masjid pe segale,
teros ke rumah ani untuk attend majlis nikah dia kul 10 pagi.
majlis sanding dalam pukul 12 lebey kurang.
ok semua info ada lari sikit terlebey atau terkurang sejam sebab aku pelupa. heh.
tapi yang aku ingat is cantik gila pelamin ani, nampak simple+fresh; thumbs up!

shx sebagai photographer; mekasey!

"tahniah buat ani+soufi; semoga berbahagi selamanya."

setel majlis tros gerak balik semula Batu Pahat.
sempat la singgah Pantai Kemasik maen air kat Kemaman,
pastu singgah Pantai Mok Nik lak makan keropok lekor,
then singgah rumah abang nik aku, dinner+mandi+jenguk anak buah.

halah2 comelnyaaaa..huuu~~

lepas dinner tros sambung perjalanan balik ke Batu Pahat dalam kul 9.30 malam.
tadi shx dah drive dari K.Terengganu ke Kemaman,
so skang turn aku drive dari Kemaman ke Segamat,
then sambung dengan orang seterosnya.
tapi disebabkan aku dah ngantok sangat,
tak sempat sampai Segamat dah tukar driver ngan dayah. hee.
alhamdulillah dengan semua penat dan mengantok,
macam2 hal segala, tapi semua selamat sampai ke Batu Pahat akhirnya.
esoknya tuhan je tahu penat ngan lenguh badan tu cane.
sehari sebelum ke K.Terengganu tu dah lenjan badan ngan macam2 kerja,
pastu tros sambung dengan travel sikit punya jauh.
bak kata bapak shx; "apsal ko tak pergi sampai siam jek tros??"
tetttt. bestnya kena sindir. huuuu.
all and all, gambar dalam camera ada cecah 300 keping jugaklah.
tipu la kalau kata dalam penat dan problem sana sini tu langsung tak have fun.
paling syok maen air kat pantai lah for sure.
ombak dia sikit punya ligat lagi.
malangnya kat Pantai Kemasik ni tak dibenarkan mandi.
kalau tak kompem aku dah celop2 kepala dah. huuu.
tapi sebab view kat sini cantek, plus ombak dia yang tak tahan tu,
ramai gila newly wed buat photoshoot kat sini.
bersepah couple2 dengan baju pengantin duk baring sana sini amik gambar.
naseb baek jugaklah cuaca tak hujan.

nah, dengan baju kurung aku terjun pantai. ada bran?

p/s: belakang tabir? biarlah rahsia. 
semoga tuhan permudahkan segala urusan2 yang mendatang. amin.


Tuesday, August 2, 2011

Maen Belon Buih di Dataran Penggaram

Trip ke china hari tu pun aku belum sempat story in detail.
baru upload gambar semata-mata, tu pun tak semua.
nak kata tak punyai masa pun tak jugak, cuma mungkin aku malas.
malas nak ulang lagi story yang tah dah berapa puluh kali aku jawab dekat orang.
plus, aku rasa gambar pun da cukup banyak menceritakan situasi kejadian kan?
kira ok la tu. asal cukup syarat, da boleh skip next story pulak rasanya.
nantilah bila aku da datang rajin aku, aku bagi full story how's life in Beijing is.

**********************************
meanwhile, next is:
aktiviti bermain belon buih di dataran penggaram sambil usha orang ramai.












skarang memang style kalau upload gambar nak sebesar tidak.
baru puas nak tengok kononnya. ceh.

=)

Monday, July 25, 2011

Beijing Part 1

Great Wall

 Beijing University

Summer Palace

Tsinghua University

Silk Street

Tiananmen Square

 Forbidden City

 Minzuyuan Hotel - Room 738

 My last meal in Beijing

=)

Monday, April 18, 2011

B1 B2

tak sabarnya nak tunggu weekend!
nak pergi kemaman jenguk boipren.
dengar kata dah pandai lambai kat awek² kereta sebelah dah skang.
tak boleh jadi nih. da pandai miang ye!
pantang tinggal sekejap, cepat jek pandai benda baru. hmm.
jarang² dapat pegi kemaman, harus beli hadiah sikit rasanya.
belikan jaket ke kasut lagi macho?
sebab dia belum ada hoodies comel yang sempoi.
dan dia juga belum ada kasut bergaya untuk jalan².
khamis nanti lah aku decide. kena pegi usha dulu.
ada gak aku rembat dua² nanti nih. sayang punya pasalll. feh.
plus, mud tengah baek sebab nak dapat boipren lagi satu.
semoga urusan paperwork untuk boipren baru berjalan lancar,
kalo tak berjalan lancar, terpaksa tunda plan nak ke kemaman.
minggu lagi satu lah jawabnya baru boleh jumpa dua² boipren.
nak buat macam mana, dua² pun nak jumpa kat kemaman.
takkan minggu ni nak turun kemaman jumpa boipren 1,
pastu nanti minggu depan nak turun lagi untuk jumpa boipren 2 lak.
pembaziran masa dan wang yang nyata tuh namanya.
eh, tetibe rasa tak sabar lak nak dapat boipren lagi satu.
sebab boipren lama tak boley nak diheret ikot balik johor.
tapi boipren yang baru ni boleh bawak balik johor.
nak bawak pegi mandi sungailah minggu depan!
keh~ keh~ keh~

Friday, April 15, 2011

Wonderland~

penah pegi wonderland? 
tak penah?? rugi!
aku penah!
nak kata aku tipu la tuh.
sori sikit ye, tapi guwa tak maen ar cite bohong.

baru semalam aku ke wonderland.
bukan wonderland tempat peterpan tuh laaaa.
alice in wonderland pun bukan. jauh kot tempat tuh!
tapi wonderland pusat karaoke yang baru bukak kat bp ni je.
saje nak try out tempat baru. dengar kata best dan murah.
alang² dengan adik aku bising² nak karok dari minggu lepas.
(padahal aku pun da gian nak karok, wee~)

sebab aku tengah rajin dan baek hati,
so meh aku tuliskan charges rate karok kat sini.

Monday-Thursday,
11am-1pm : rm6 (1 free drink per pax)
1pm-6pm : rm12 (2 free drinks per pax)
6pm till late : rm17 (2 free drinks per pax)

Friday - Saturday, Public Holidays, P.H Eves,
11am-1pm : rm8 (1 free drink per pax)
1pm-6pm : rm18 (2 free drinks per pax)
6pm till late : rm21 (2 free drinks per pax)

harga ini ialah per head ye, bukan per room.
bilik dia ada banyak size, ikot bilangan orang yang nak masuk.
contohnya semalam (khamis) kami pergi 4 orang pada pukul 9 malam,
so total bayaran ialah rm68 (termasuk tax rm3.sen²) dan total of 8 free drinks.
dan bayaran ni bukan untuk karok selama sejam tau, tapi 3 jam!
servis pun bagus. heaven kan? nama pun wonderland^^

sana bukan takat ada pusat karok, tapi juga ada swimming pool.
tapi macam aku ni, tak kuasa aku nak berswimming pool bagai,
baek aku pegi layan air terjun kat berlumut lagi bagus. nyaman~

tapi semalam tak banyak bergambar.
gambar yang ada pun macam tah hape² sikit.
sebab sume orang pun sebok nak berkarok.
banyak gile pilihan lagu dia ada sampai 3 jam rasa tak cukup!

karok di wonderland.
 1st song.

 warm up je baru ni.

 pak akob.

 maen suluh lampu ngan ikan ke?

 tu dia ikannnn. (landscape kat entrance)

da habis karok, haruslah melantak. lapor!
 three layer tea.

 aku order kopi ais rasanya. hmm.

 black pepper.

 kungfu ke nama dia?

 masak merah.

cikeng cop. da macam sotong goreng tepung pun ada.

makan malam yang tak berapa nak masyuk sangatlah.
tapi yang penting karok tu aku puas ati.
mission accomplished!

Sunday, April 10, 2011

Gunung Panti

KRU:
Dayah
Belle
Aku
Zyro
Khai
Jambu
Emi
Paan
Zaidi
Daia
Abg Bad

TENTATIF:
8.00am: Bersiap
9.00am: Sarapan kat 25 jam Bandar Universiti
10.00am: Bertolak
12.30pm: Tiba di kawasan kaki gunung
1.10pm: Baru nak mula mendaki. pfft.

awal² lagi timing da lari sebab bertolak lewat sebenarnya.
patut bertolak pukul 9, tapi group zyro penat sebab baru gak sampai.
pastu lak, kalo nak ikotkan kul 12.30 tu da ley start mendaki,
tapi 'produa 2' ley gerak pegi isi minyak lak. aiseyh. tadi lupa nak isi!
tengok minyak da lama blink, tak sempat nak pikir panjang, laju jek.
patut otw balik kang jek isi sebab alang² nak masuk bandar gak nanti.
da half way baru jambu kol kata nak masuk bandar gak otw balik. cit.
kereta sape lagi kan, kereta team aku ar. huhu. my bad. sori².
pastu lepas sampai kat checkpoint 1, timbul lagi masalah. urghh.
ktorang tersalah pilih route dan tembus ke kebun orang kampung. =.="
kesannya da bazir masa lebey kurang dalam sejam sebab patah balik.
kru nyaris putus asa dan berniat nak stop mendaki sampai ke puncak.
tapi akhirnya sepakat perjalanan diteruskan start balik dari checkpoint 1.
pewitt!! cayalah!

4.15pm: Semua ahli tiba di puncak
4.45pm: Mula turun
6.20pm: Tiba di kaki gunung

plan asalnya lepas panjat gunung nak mandi air terjun kota tinggi,
tapi sebab masa da lewat dan tempat bukak cuma sampai pukul 7,
jadi ktorang cuma bersihkan diri kat sungai yang airnya paras lutut. =.="

even plan tak berjalan selancar yang diharapkan,
aku tetap puas hati sebab dapat kumpul balik 'kita²' macam ni.
dahla memang tinggal berapa kerat jek yang still ada sama²,
aku ingat last event kite kumpul sama² hiking camni ialah tahun lepas kot!
sadis. T_T

so nah! buat tambah koleksi kenangan bersama 'kita²'.

produa 1


produa 2

produa 3

backstreet boys

bantut 1

bantut 2

kaki gunung panti

scene 1

scene 2

scene 3

checkpoint 1

sesat ke kebun orang. patah balikkkkk.

break 1 - otw naek

break 2 - otw naek


wall climbing superb!

view 1

view 2

puncak (boyzone)

puncak (spice girls)

semua kru take 1

semua kru take 2

ok jom turun

jap². last gambar!

ok² kali ni betol last!

turun 'wall'

last break before sampai (kristal)

last break before sampai (err..elite?)


"mandi manda" - cit!

sesi kutip balik semua lemak yang dah hilang. XD

thanks pada semua yang sudi luangkan masa bersama. tsk3.
semoga akan ada lagi 'sebuah kisah klasik - kenangan bersama' lepas ni.

p/s: sori guys, timing banyak lari.
sampai nak mandi air terjun pun da tak sempat. sowie yeww. heh.
emi, sempat tak tengok bola? ko balik pun kena rushing. sori².