Showing posts with label Shopaholic. Show all posts
Showing posts with label Shopaholic. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Kasut dan Perempuan umpama bff's.

I ada banyak kasut. seriously.
kasut² yang I beli pastu entah bila nak pakai, sangat banyak.
I bukan tanak pakai, tapi jarang ada occasion yang sesuai.
tapi tangan gatal jugak nak membeli sebab ikot nafsu syaiton. biasalah.
I rasa kalau beli banyak² penuh almari asalkan pakai tu takpe lagi.
macam housemate I tu, kasut dia lagi la banyak gila dah boleh bukak kedai.
tapi pada I asalkan pakai then itu bergaya namanya, bukan pembaziran.
problem I ni, I beli² pastu I tak tahu bila nak pakai.
dah tahu macam tu pun nanti pergi shopping, beli lagi!
pekejadah??
T_________T

mungkin I patut amik gambar² kasut I yang berkulat banyak² ni,
then letak dalam handbag, kat wallpaper handset dan etc.
supaya pasni takkan berlaku lagi acara membuat jeruk kasut kat rumah.
sekian.

membazir itu amalan setan.

chiefsetan,
eipslengerz

Monday, March 7, 2011

Shopping WISH list.

duit gaji da masuk.
so aku ada few things yang aku nak beli.

here goes the list..
(yang ni yang aku usha kat google)

makeup brush.

sport shoes.

flats

cincin fevret.

earrings.

dan juga

Jeans hitam.

6 barang jek tapi beratus gak bakal abis nih.
but then, since gaji aku masuk half jek,
so shopping list da jadi shopping WISH list. haha.
barang nak beli da terpaksa ditapis dan dipilih mengikut kepentingan.
maybe dapat beli a few from the few's jek dulu. *paria*.

out of 6,
semalam da beli 2 barang.
luckily aku jumpa yang aku betol² berkenan.

kasut sepasang.

dan juga earing sepasang.
(gambar takde)

mengikut baki kewangan aku sekarang,
rasanya cuma boley beli lagi satu barang jek kot.
so maybe aku akan beli kasut sukan jek dulu.
cincin tu boleh beli kalo aku berjaya jumpa yang affordable.
others will have to wait ye.
chow.

Thursday, December 16, 2010

Za Compact Powder

Tengah² tade duit pun ley pegi shopping! shit!

aku tade niat nak beli pape pun sebenarnya hari ni.
tapi tetibe nampak lak compact powder tengah sale nih.
haishhhh!!! kang kalo tak beli skang, lenkali da mahal!
last² zap aku amik pegi bayar. cesss!!! tak ley harap!
duit nak makan pun takde, lagi tak sedar diri. 

-credits to DAYAH sebab tolong dahulukan duit. huhu.-

beli tanak yang up² lak kan! Za tuhhh. hish.
aku dari dulu memang pakai compact powder jenis ni sebenarnya.
bukan sebab aku kaya ye!! langsung tidak!
tapi sebab yang ni jek yang seswai ngan kulit sensitip aku ni.
dia buat kulit tak berminyak dan skaligus kurang potensi berjerawat.
tapi memandangkan aku sengkek jek manjang.
da lama aku tak beli yang ni.
asyik duk beli yang brand tah hape² tuh.
muka pun da penuh jerawat.
ni tengah sale tadi, aku pun amik ar dulu.
kang da mahal balik, macik tau macik tak mampu. isk3.
tapi ini pun tadi beli dia punya refill jek sebab bekas dah ada.
so tadi dapat beli dengan harga RM29.65 kalau tak silap.
which is sebelum less itu lebey mahal la. ayark.
nanti i cepat² ganti duit you ye dayah.
mekaseyyyyyy!!! muah! muah!
yesss, pasni ley makeup cun².
pastu pegi ngorat puas². nyahahaha.

poket da kering sangat da ni. T_T
"pasni ko tayah ngade nak pegi jenjalan dah! duk umah jek!!"

kepada korang yang rasa nak cuba produk ni,
sila dapatkannya di pasaran sekarang!!
(ada discount 15% + promotion casing powder limited edition yg sangat cantik)

Wednesday, December 8, 2010

Jalan² Tabur Duit

Seharian pegi shopping kat Masjid India dan Sogo.
serious shit rasa sangat penat.
kaki badan sume da sakit, betis pun da denyut².
hamik ko,
da lama tak jalan² punya pasal.
hari ni berjalan sakan sampai sakit² abis.
konon nak lepas gian ar.
sambil² tu duk tabur duit!!
sambil² tu duk cari barang² yang 'perlu'.
bajet balik nak tros tido a.k.a rehat. poyo.
tapi mata tak ngantuk lagi.
so aku kasik update sikitla blog.
hasil sepencarian sebarang dua.
(saje nak kasik korang jeless..wahaha)

sekeping blouse padini

 seketul dompet paul smith

sejibik handbag Jimmy Choo

dan akhir skali ialah dinner SEPASANG ayam penyek!!!!
(kredit to REEN sbb blanje makan. maceyhh..hehe)

best kan?
(semoga korang jeles, aminnn) =P
ada lagi barang² lain.
tapi malas ah nak upload.
coz yang laen² tu most of the stuff is tudung and selendang.
(entah² korang pun ada tudung yg sama)
dan juga selingkaran gelang tangan.
ye, saya juga stuju dengan anda.
pembaziran telah berlaku!
oh tidakkkkkkk..
besok nak puasa ah camni.
(bagi menghilangkan rasa bersalah la kononnya)
tapi nak puasa setengah hari jek.
sebab i ada gastrik, haha.
mana ada ngelat! ni siyes ar!!

Sunday, December 5, 2010

BB Torch


gua dah jatuh cinta.
tak tahan sesangat da nih.
i lap u BB Torch. muah! muah! muah!
demi kau, mulai esok belanjawan akan dicatu.
harap maklum.