Showing posts with label Jiwa Tenang. Show all posts
Showing posts with label Jiwa Tenang. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Layan korea sekali sekala ni bagus rupanya.

baru lepas layan cite korea 'Ur beautiful'.
16 episod, setel dalam sehari. tahniah.
aku bukan peminat setia cite² korea.
pelakon² korea pun haram aku tak kenal.
tapi aku kate cite ni best. sangat.
sepanjang malam aku duk gelak tak berenti kot.
dahla aku ni gelak mengalahkan anak setan.
kompem jiran sebelah tidur dalam ketakutan semalam. ngahaha.

mr.charming
 mr.cool
 mr.happy go lucky

pas tengok cite ni,
hati pun rasa 'chantek' da sikit.
(sogok bukan main lagi, mau tak chantek indah berseri lak hati tu?)
kalo da namanya cuci mata tengok mamat² ensem lagi sweet nih,
rumah masuk perompak pun da tak sedar apa dah rasanya. haha.

Saturday, January 15, 2011

saya SAYANG mak saya.


"mami sentiasa doakan yang baek² untuk anak² mami.
yang mami selalu mintak ngan tuhan,
kalau jodoh yang itu baek untuk dia, panjangkanlah.
tapi kalo jodoh yang itu merosakkan dia, putuskanlah.
gantikanlah dengan orang laen yang lebeh baek,
yang mampu sayang anak² mami sepenuh hati"

amin.


terima kasih mami.
ur simply the best!

Thursday, December 30, 2010

Eh², panjang!

Bangun pagi,
gosok gigi,
cuci muka,
pakai baju,
*sambung nyanyi²~*

sikat² rambut,
eh²! baru perasan laaaa..
rambut da boley ikat sikit rupanya!!!
nak tengok cane aku da boley ikat??

tara!! *bile lagi nak bajet comey macam baby Mason der! hoho*

da boley ikat toncet atas kepala la. yey!
saya suke! *ske3*
ikat² rambut,
pakai² bedak sikit.
wokehhh, da siap!!!

jom sambung tido, bye!

Saturday, December 25, 2010

Updates dari orang poyo sakit. wtf?

tadi sakit bagai da nak mati.
malam ley pegi tengok wayang lak kan?? lalala~

cite ni la kami tengok tadi!

lawak gila cite ni.
kami siap tengok 3D, best!
gelak tak hengat dunia kau!!!
taaapiiii..tiket dia namblas hengget! tsk3. 
sekali lagi pembaziran telah berlaku.
tapi aku puas ati la tengok cte ni, 
so hati tetap gumbira walaupun poket da rasa ringan semacam. haha.

dan ini semua adalah terima kaseh kepada salonpas!
lepas pakai benda alah nih la yang aku boley sampai ke wayang nih.
u av made my night sayang, muahh! (why sounded like lucah hah?)

baru beli tadi pastu tros 'tepek' kat belakang badan. mmm..sedap. (erk?)

rasa lega dowh pakai menatang nih,
bebas sikit rasa nak gerak.
kalo tak, gerak sikit da rasa menyucuk² dia yang perghh!
boley buat aku bunuh diri tau! (wtf? over la kau!)
tampal 6 keping belakang badan,
pastu siap da ke wayang dan ke dataran men belon sabun, eheh.
dan yang paling penting skalik,
kompem malam ni ley tido ngan lebey nyenyak,yey!!

"selamat malam semuaaaa.."

ehhhh, cop²! jap!
alang² tengah wat entry nih,
teringat lak satu mende.

hari ni kira da 25hb la ek?
ish, masa aku raya,
korang sume wish aku selamat hari raya.
ni korang nak raya,
takkan aku tanak wish lak kan?
gile keji lah aku kalo aku wat² lupa.
iklan penuh kot kat tv tuh.
siap ngan lagu "Santa Claus is coming to town" lagi.
tak logik sungguh kalo aku tak tau hari ni korang raya ye tak?

jadi pada semua kawan² aku yang menyambut hari natal,

have a merry² christmas la ye. mmuahh!!~

Wednesday, December 22, 2010

Kalau Berpacaran

TAJUK: KALAU BERPACARAN


yawww~
pepagi dengar lagu ni sambil joget² dalam bilik mandi, terbaekk!!
memang style ah. rasa ceria di pagi hari, i loikee~

Monday, December 13, 2010

Berita baek kejut pagi

Hari ni aku memang plan nak bangun lewat.
da banyak hari aku merayau tanpa cukup rehat.
jadi betri mesti mau 'recharge' cukup².
aku tengok dak² ni bangun nak g keje kul 8 tadi.
memandangkan aku menganggur, jadi aku sambung tido balik.
siap pesan kat dayah nanti nak g lunch kejot aku.
anak dara zaman moden la katakan. (bikin malu)

dekat² kul 11 camtu ada no pangkal 07 kol.
no johor. dayah biasa pakai phone ofis, jimat.
"awal gak dayah ni nak g lunch? lapar la tu"
aku pun dengan yakinnya tros angkat kol.

"oit, nak balik da ke?"

sekali dia jawab.
" assalamualaikum. Ini cik B.A ke? saya dari pusat siswazah"

gulp! wahaha, mmg best!
"sori2, saya ingat kawan saya tadi. ada apa tu eh."

"kami nk inform surat baru da dikeluarkan untuk cik nak daftar master,
bila² masa cik boleh datang amik"

yahuu!!
alhamdulillah.
pagi² bangun dikejotkan dengan berita baik.
rayuan aku nak tukar master dr kerja kursus ke penyelidikan da diluluskan.
means aku da kompem blh mendaftar bulan ni la tu.
esok da boleh mintak duit yuran dan 'imbuhan'. haha.
money money moneyyyyy!!!!

Saturday, December 11, 2010

Saturday nite fever

Malam sabtu.
standard ar tu.
apa barang duk baring² kat umah jek.
padahal baru sehari sampai Batu Pahat,
tapi da pegi berjalan merata sana sini.
awal pagi da keluar umah,
kul 12 malam baru balik.
anak dara zaman moden la katakan.
(tangan kat dada, mata ke atas)

abis jek keje,
kami ngan baju keje pakai tak salin² da,
tros pegi Square One mencari hiburan.
(bunyik macam pegi disko jek gayanya)

 aku ngan dayah. shantek kan kami? (yess!! wahahaha)

 reen ngan amar. comel la korang ni! (auwww~)

awek² hot!! haha.(up diri snirik tu harusss)

da sekian lama tak lepak sama².
aktiviti pun takdela banyak mana tadi.
lepak macam yang bese² tu jek.
tapi siyes puah ati kawe.
eceyh, kecek kelate dowh. (dowh?? spoilll)
layan karok 20 lagu. (wow!)
tengok wayang (gelak sampai pecah perot)
pastu melantak kepsi memalam buta (bajet kurussss)
lepas anta dak couple balik,
kul 12 sharp baru kami lak sampai umah.
cek enset ada 12 miskol dari Datuk Sri. ayark.
risau orang tua tu seharian dia kol tak dapat².
takot aku kena kidnap gamaknya.
maap la ye Datuk. huhu~
(ye, saya memang anak bapak. apa pandang²??!!)
dari pagi kuar tinggal enset kat umah.
malam da balik baru dapat belek enset.
memang teramatla niceee..
(mesti mak dayah tensen jek enset aku memekak²)
maap la ye macik. eheh~
aaanywayssssss..
aku rasa sangat best malam ni.
lama tak gelak ketawa puas².
asyik duk layan frust memanjang. huh.
lenkali kita cuba aktiviti begini lagi ye.
ok esok lak sambung kisah hidup.
da terlalu mengantuk nak bercerita panjang.
sebuah kisah klasik untuk semua.
"selamat malam"

Wednesday, December 8, 2010

Jalan² Tabur Duit

Seharian pegi shopping kat Masjid India dan Sogo.
serious shit rasa sangat penat.
kaki badan sume da sakit, betis pun da denyut².
hamik ko,
da lama tak jalan² punya pasal.
hari ni berjalan sakan sampai sakit² abis.
konon nak lepas gian ar.
sambil² tu duk tabur duit!!
sambil² tu duk cari barang² yang 'perlu'.
bajet balik nak tros tido a.k.a rehat. poyo.
tapi mata tak ngantuk lagi.
so aku kasik update sikitla blog.
hasil sepencarian sebarang dua.
(saje nak kasik korang jeless..wahaha)

sekeping blouse padini

 seketul dompet paul smith

sejibik handbag Jimmy Choo

dan akhir skali ialah dinner SEPASANG ayam penyek!!!!
(kredit to REEN sbb blanje makan. maceyhh..hehe)

best kan?
(semoga korang jeles, aminnn) =P
ada lagi barang² lain.
tapi malas ah nak upload.
coz yang laen² tu most of the stuff is tudung and selendang.
(entah² korang pun ada tudung yg sama)
dan juga selingkaran gelang tangan.
ye, saya juga stuju dengan anda.
pembaziran telah berlaku!
oh tidakkkkkkk..
besok nak puasa ah camni.
(bagi menghilangkan rasa bersalah la kononnya)
tapi nak puasa setengah hari jek.
sebab i ada gastrik, haha.
mana ada ngelat! ni siyes ar!!

Tuesday, December 7, 2010

Awal Muharram

Hari ni da awal muharram.
sesungguhnya semalam aku terlupa nak baca doa akhir tahun!!
ruginyaaaa..
kalo kita baca doa akhir tahun,
tuhan ampunkan semua dosa kita tahun lepas tau.
"dahla aku memang banyak dosa tahun lepas."
(gaya macam tahun lepas jek yg banyak dosa, wth!!)
so aku rephrase balik ayat aku.
"dahla aku memang banyak dosa SENTIASA."
okeh, statement tu baru betol.
aku ni manusia biasa.
dan mmg secara standardnya aku sentiasa buat kesilapan.
dan aku sangat berharap aku dapat kurangkan sebenarnya.
setiap tahun aku berharap aku dapat jadi lebih baik dari sebelumnya.
tapi setakat ni azam tahun baru aku tak penah lagi dapat capai. haha.
jadi aku memang dah niat tahun ni tanak miss 'acara' doa awal muharram ni.
sebab kali ni aku memang btol² nak mulakan hidup baru.
banyak kenangan dan peristiwa yang aku berharap aku boleh buang jauh².
tamau ingat dan tamau ulang lagi dah! serik! perit!

tapi semalam akibat kepenatan yang amat sgt.
balik dari airport tros bergegas sana sini.
sampai jek umah aku tros 'pengsan'.
alaaaaa..rasa ruginyaaaaaaa!!!!
hmm, xpelah.
at least aku masih boley baca doa awal tahun.
moga hidup aku lebih diberkati dan dipermudahkan segalanya lepas ni.

kredits tu HIDAYAH untuk doa ni.
sila klik pada link tu kalau sesiapa nak lebih info pasal doa ni.

- baca 3 kali lepas maghrib katanya - 

aku tampal kat sini supaya malam kang aku tak lupa.
dan juga bertujuan untuk sebarkan pada lebey ramai.
insyaAllah lepas baca ni,
tuhan akan pelihara kita dari godaan syaitan.
so do not miss this opportunity ye guys.
malam ni lepas maghrib luangkan la masa jap untuk bertafakur dan berdoa.
sama² la kita mulakan tahun baru dengan azam baru.
moga tuhan perkenankan dan permudahkan. amin.

Tuesday, November 30, 2010

Vitamin E

Aku rasa dulu aku tade pun masalah jerawat. Kalau naek seketol dua pun, sekejap jek. Jadi aku langsung takkan risau sebab esok lusa hilang ar tu. Tapi sekarangggg..kalo naek seketol, sebulan belum tentu baek parutnya. Naek sakit hati aku tengok kadang². Maunya tak, da macam taik lalat penuh kat muka ok! wahahaha, ok hiperbola. Tapi siyes, aku memang sakit hati betol la tengok parut² jerawat ni. nak pakai foundation pun susah sebab takley nak sapu bagi rata bila ada mengelupas². Sakiiiiitttttt jiwa macik.

Last² petang tadi aku pun pegila ke farmasi untuk mencari pakwe. eh, product! huhu. Aku pun belek²la 2,3 jenis ubat untuk hilang parut (mahal la siak). Sambil² tu duk bincang² ngan macik kaunter tu nak amik ubat yang mana. Aku tanya kalau ada paket kecik sikit sebab nak pakai tak banyak. Tetibe dia mintak tengok parutnya. Aku pun selakla sikit lipatan tudung kasik dia tengok parut² yang bersepah kat pipi aku ni (naseb baek boley cover ngan tudung, haha). Aku pikir mesti dia nak kata terok gak ke apa ke. Sekali boleh dia cakap, "tu je?". Erk, terasa sedikit segan disitu. apa masalah aku ni remeh sangat je ke sebenarnya? aku yang poyo lebey eh?. =.="

Rupa²nya dia cakap macam tu sebab ubat yang aku nak tu untuk baiki parut yang hardcore punya..ubat tu siap boleh baekkan parut pas kena jahit tu ko tau! ahahahahahahhaa!!~. Aku boleh nak beli untuk bagi hilang parut jerawat ni jek (patutla mahal!). memangla macik tu sengih jek tengok. *manala saya tau cik, hehe*

Makanya pastu macik tu pun simpanla balik ubat² tu and dia keluarkan kotak ubat laen. Dia kata parut² aku ni sama macam parut demam campak sebenarnya, jadi pakai vitamin E da cukup. Seminggu nanti dia kering pastu da boleh hilang parut. "yeke????". EXCITED aku dengar! tros tak sabar nak beli! hoho.


Ni la ubatnya..(my febret kaler, huhu)

1 capsule 3 ringgit. Aku beli 3 capsule je dulu sebab pakainya sikit² je. 1 capsule boleh cukup untuk 3 hari. Jadi setakat untuk seminggu, 3 da cukup rasanya. Aku pun baru nak cuba². Kalau berkesan, laen kali baru aku beli lagi.

Tadi lepas mandi aku da pakai sikit. Lepas seminggu kita tengok hasilnya ye. Mintak²la berkesan. Kompem korang terkejot punya nanti sebab baru korang tau betapa seirasnya aku ngan Megan Fox sebenarnya. ahahahahahahaaa.."apa gelak²??" aku siyes la ngok!! tak caya tunggu ar pas seminggu^^. Tapi janganla korang dengki muka aku nanti sama macam Megan Fox punya pasal, tros korang doa² ubat ni tak berkesan lak ye. haha.


p/s: kalo berkesan nanti korang pun boleh la cuba jugak. Manala tau kot² korang ni ada iras² kak Jolie sebenarnya..kan? kan?  peace!! hehe.

Tuesday, November 23, 2010

Hari tua

one day,
i'm juz gonna look back and say,
"biasala tu, masa tu kte sama2 muda sangat lagi,
masing2 darah panas dan belum cukup matang,
sekejap gaduh, sekejap sayang. haha. =P
mungkin da memang bukan jodoh kite untuk bersama,
but even it didn't end up so well between us,
it doesn't mean that we didn't luv each other with all our heart when we're still together,
back in those days, the feelings were all true,
we were just too young to handle LOVE."

one day,
kita akan sama2 teringat kisah ini dan tersenyum,
pengalaman dengan kebodohan dan kedaifan kita.
"kisah cinta aku zaman muda"
gile tak matang.

Monday, November 22, 2010

Hati mesti mahu tenang =)

Nah E, sikit punya besar lagi da tampal tu.
amalkan hari² ye sayang..


semoga luka kau cepat sembuh E.. =)

Wednesday, October 27, 2010

Doing great!

I think too much.
but I just can't help it.
I think and think and think.
All the time.

and so I've finally decided.

I forgive you dear.
For whatever reason it is.
I forgive you.

well, it wasn't really all your fault actually. eheh.
so maybe I should say I forgive all your parts of being guilty?
haha.
but I do hope you would forgive mine too.

I feel great now.
I have no idea where did that come from.
but I like it.
wuhuuuuu^^