Showing posts with label Stress. Show all posts
Showing posts with label Stress. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Tak semua orang suka membaca sambil dengar lagu.

memekak betol la pasang lagu kuat2 kat blog.
nak blogwalking pun rasa menyampah.
mana nak membacanya lagi, 
nak mendengar lagunya lagi,
kalau ye pun, pasang lagu yang tenang2 sikit boleh?
sakit gegendang telinga aku ni.
haih.

laenlah kalau aku Mr.Crab


Sunday, November 13, 2011

Blaming the last minute notice or the last minute work?


hey, nape baru nak email ni? hari ni dah 13 November kot!
ini yang rasa nak put all the blame on the last minute notice ni,
tapi bila melihatkan keadaan semasa aku sekarang ni
yang sedang dengan riang rianya menonton astro macam orang takde keje,
maybe it is better to use my rights to remain silent now. 

=3


"screwed."

Thursday, September 22, 2011

Stress la gila!

1. stress kerja banyak lagi belum siap dengan masa dah suntuk.
2. stress cari rumah sewa yang murah tapi nak cepat.
3. stress nak bayar bil yang dah banyak tertunggak dan makin banyak pulak!
4. stress nak baiki kereta yang dah merengek mengade nak mampos.
5. stress nak bayar hutang yang dah pusing habis keliling pinggang.
6. stress tak boleh shopping sesuke hati mak bapak aku gaya macam aku kaya gila.

stress lah asyik tade duit cenggini!

nampaknya aku kena jugak cari kerja part time secepat mungkin. noktah.

Monday, July 11, 2011

Entry takde motif.

tensen bila asyik nak kena puaskan hati semua orang.
eh, semua orang pun macam tu jugakkan?
okla, cuma mungkin aku dijadikan lebih banyak kekurangan,
jadi aku yang perlu lebih banyak berusaha untuk puaskan hati orang.
itupun still ramai lagi yang asyik keje nak cari salah aku je. pfft.
kalau tanya aku, memanglah aku rasa tak fair.
sebab aku pun manusia, aku pun patut diberi peluang buat salah.
tapi laju jek kena keji kalau aku yang buat salah.
ok fine, maybe orang laen pun rasa yang sama.
aku tau korang nak cakap 'the world does not revolve around you',
tapi lantakla aku nak keco² stress, nak sume spotlight atas aku. ni kan blog aku.
kalo korang pun rasa stress sama, pegi bising blog ko sana.
kat sini tempat aku, aku punya suke nak bising pasal aku punya masalah jiwa.
takkanla aku nak bising pasal ko punya masalah jiwa lak kan?
ok skang aku nak cakap aku tak puas hati nape aku kena bayar lebey sebab korang?
da terang² korang yang cari nahas pegi beli tiket lambat² sampai kena mahal²,
pehal tetibe semua orang kena kuar duit cover tiket ko pulak!
dah tu bila aku bersuara, dahla ko biadap, aku jugak tu yang kena ngalah.
eh², tetibe da cite isu tempat keje pulak. tengok, gila serabot otak aku skang.
ok so life was never about fair, everyone struggled their ass to live.
konsepnya sentiasa sape kuat (mental dan fizikal), dia survive.
even aku rasa lembik gila skang, deep down aku tau kekuatan tu ada.
cuma maybe sedikit lost dalam timbunan masalah aku skang ni.
in order to survive, aku kena jugak kuatkan semangat.
tolak tepi benda² yang mengarut wat semak otak jek nak pikir,
then fokus pada life, future dan benda² laen yang lagi penting.
sekarang ni aku nak prepare diri aku untuk ke china.
hujung minggu ni dah nak pergi, and aku tak prepare apa² pun lagi.
housemate aku dayah dah siap pegi shopping kat kl. =.=' *jeles*
aku lak still tercengang² apa nak bawak ke china ni.
nak pegi shopping jugak tapi takde duit. tsk3.
duit advance untuk ke china yang 400 tu pun aku duk pening lagi.
buatnya gaji aku tak masuk² sampai tarikh nak pegi china? mati aku.
kalaulah boleh bayar pakai bulu kaki ke, bulu ketiak ke, da lama setel!
Abu yang aku nak anta tukar master pump tu pun sampai ke hari ni tangguhnya.
bukan saje tanak anta, kesian abu. sabar la ye syg. T_T
so aku ke china 18-23hb july 2011. *serious tak rasa eksaited langsung!*
even nak pegi pantai pun aku lebih teruja dari nak pegi luar negara kali ni.
semuanya disebabkan stress yang terlampau banyak sampai hilang eksaitednya.
balik je dari china, aku akan stay umah kawan baek aku daia kat bangi.
rindu nak lepak ramai² macam dulu². *kenangan putrajaya* sob3.
sampai jek kl aku nak ajak ramai² turun lepak minum sembang² sampai pengsan.
esoknya ingat nak jalan² ngan daia pegi cari macs ngan eskrem tutti frutti.
dah lama aku duk dengar orang cakap benda alah tu sedap, tapi tak penah dapat rasa lagi.
25hb prek ngan fitri pulak landing, flight dari rusia.
hari tu dengan bantuan transport dari daia, nak pegi pickup diorang kat KLIA.
barang sangat banyak kata prek. kete aku sah² takkan muat punya kalo nak punggah.
lepak makan, anta fitri, then amik oyo kat tempat dia kena kuarantin, tros shoot bp.
harap sangat tak menyusahkan daia, risau jugak aku kalau dia penat teman ktorang nanti.
aku boleh je nak balik rumah akak aku, pinjam kereta dia pegi amik prek.
tapi kalau aku balik rumah akak aku, jangan harap la aku dapat keluar lepak ngan daia.
aku dahla rindu nak lepak ngan dia, ngan dak² laen yang skang sume LI kat kl tu.
sampai je batu pahat, esoknya aku tros kena masuk ofis.
supervisor aku da request nak aku submit draft chapter 1 & chapter 2 bulan ni.
aku kompem sangatlah yang aku tak mungkin sempat siapkan punya.
dengan aku nak ke chinanya, balik² sini da 25hb da pun.
pastu dengan aku tengah kejar nak siapkan setup eksperimen ngan simulation.
mana mahunya nak siapkan thesis sambil² kalau da 24/7 aku duk fokus 2 keje tu.
kadang² aku pun tak paham supervisor aku ni.
aku paham la tang dia nak push aku suruh siapkan cepat supaya aku grad cepat.
tapi biarlah logik sikit dengan masa yang ada.
dia tahu yang aku tengah nak siapkan simulation ngan ekperimen bulan ni.
bulan ni tu cuma ada lagi seminggu la tolak masa aku kat cina.
takkan la dia tak boleh pikir aku takkan ada masa punya nak writing² seminggu ni.
ni aku nak ke china ni pun banyak lagi benda yang tak setel.
kelam kabut dunia aku. haih.

ok tu jek aku nak ngadu kali ni.
tu pun pasal aku da serabot sangat.
saje nak release tensen jek buat entry ni.

tak sabar nak tunggu balik kampung untuk cuti raya.
nak balik release tensen yayyyy!!! balik maen masak² kat umah.
sebenarnya tak sabar nak jumpa yayid dan pantai cherating. =P
aku nekad nak siapkan keje² aku sebanyak mungkin before raya,
(supaya aku boleh bercuti sepuas hati dengan indahnya takyah pikir keje)
pastu nak buat roadtrip balik kampung ngan adik aku, prek dan oyo.
perjalanan pergi dan balik ialah bp-kl-kemaman-kelantan-kemaman-bp.
tapi semua tu hujung bulan 8. *gila buat tak sabar duk plan awal² macam ni*
ouh ye, prek ikot aku balik kampung raya kali ni^^.
before tu pun puasa sama² kat batu pahat, seronoknya!
tak sabar nak puasa! tak sabar nak roadtrip! tak sabar nak raya!!
cumanya dengan keje yang kejar due date sentiasa ni,
serba salah nak mintak masa cepat berlalu ke tak.
yang pasti, cepatlah habis semua penyeksaan ni.
T____T

p/s: nak kena cari pengganti mr.teddy buat peneman 'pillow talk' sebelum tido.

Wednesday, June 29, 2011

Tahu tak duit tu penting? tahu tak? tahu tak??!!

rasa serabot sangat².
serabot dengan keje.
serabot dengan duit.
serabot dengan macam².
macam mana lagi aku nak jimat ni?
Abu needs a new master pump.
Paip air kat rumah needs to be fix.
(entah berapa pulak bil air kali ni. =.=")
Sewa dengan bil bulan 5 pun belum setel lagi ni.
Tak lama lagi nak kena bayar bulan 6 punya pulak.
esok jek nak kena bayar fees untuk buat visa rm60. dem.
*mula lah nak rasa menyesal join ke china nih. hish*
nak kena bagi makan Abu lagi, (dah ar kuat makan lak tuh!)
dan yang paling penting skali, aku ni pun nak kena makan tau!!!
larat pulak aku nak puasa sampai berbulan²??
T_______________T

p/s: sesape ada spare 'bapak gula' sebarang dua, pas sini 'sekor' pliz. thangs.
tak pun, agaknya ada lagi tak pertandingan maharaja lawak pasnih? aku nak register nih.
dapat hadiah RM350,000 bolehlah aku berenti keje dah pasni. siap boleh pergi bercuti lagi.

Thursday, June 16, 2011

Tarikh-tarikh penting

24 June 2011 :
1. meeting progress kerja dengan supervisor.
- discussion tentang latest simulation progress
- approval on rig test untuk experimental work
2. renew road tax kereta. =.='
3. birthday ayid (eh, ni keje la plak?)

30 June 2011:
submission of progress report
contents,
- results from pilot test
- simulation work progress
- literature review

10 July 2011:
submission of abstract for conference

18 July 2011 - 23 July 2011:
trip to China

30 August 2011:
submit thesis (draft) to supervisor
=.="

da macam ribut taufan da life aku.
eh, tapi sempat update blog & fb lagi.
HAHA.
gila lah.


Monday, April 4, 2011

Hadapi dengan senyuman? crap.

hidup ni penuh dengan masalah.

masalah belajar.
masalah kerja.
masalah keluarga.
masalah kawan.
masalah peribadi.
....

semua masalah ni kite tak boleh asyik nak pendammmm jek.
kena sekali sekala cari jalan untuk releasekan sikit demi sedikit.
kalau tak nanti dia meletup sekaligus, boleh jadi gempa bumi+tsunami.
....

so ada sesape nak volunteer jadi punching bag aku tak?



Friday, March 25, 2011

work! work! work!


and that is EXACTLY how i feel. T_T

credits to chibird.tumblr.com
u guys shud really try visit her page too.
she creates very cool+awesome doodles^^

Monday, March 21, 2011

Will be away note.


will be extremely busy with work till end of this month.
so sorry that I might not be able to post any updates for some while.
p/s: ada gaya macam orang penting tak aku? XD

Tuesday, March 1, 2011

Kena overtime la ni?

(sila klik untuk tumbesaran image)

Penyelaras program ;
"semua pelajar adalah dikehendaki menghantar laporan kemajuan anda selewat²nya pada tarikh 31/3/2011 untuk dinilai dan diberi markah oleh panel."

hah, sudah. 
panggilan maut suda sampai. 
simulation langsung tak nampak rupa lagi nih. 
skang da tinggal ngam² sebulan. 
samada aku kerja keras all out, 
atau aku yang OUT! 

janganla ko berani main² sebulan ni. 

NOT WORTH THE RISK.

Oi pacik itho, gaji guwa mana???

orang lain busy plan belanjawan gaji bulan 3, 
guwa gaji bulan 1 pun tak dapat² lagi. 
nak kate duit grantt tak masuk lagi, 
grantt da jalan dekat setahun kot. 
melampau sangat dah budak² opis bendahari ni. 
hape ke pelik bebenor hobi duk tahan gaji orang. 
memang nak kena ajar sikit lu orang nih. 

lu orang dengar sini bebaek ye, 
kalo malam ni lu tak kasik masuk gak gaji guwa, 
esok subuh² lagi guwa datang bakar opis lu! paham?!
ha skang bak meh dulu lighter tu kasik guwa pinjam. 
hape?? berani lu tanya guwa apsal guwa nak pinjam lighter lu??? 
pasal guwa nak beli lighter pun guwa da tak mampu la sohai! 
dah tu kalo guwa tak pinjam, esok cane guwa nak bakor opis lu?! 
huh, bodo piang! 


p/s: mancis ada jual lagi ke zaman skang?