Showing posts with label Working Life. Show all posts
Showing posts with label Working Life. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

My EVERYDAY checklist

disusun mengikut nafsu kepentingan seharian

otak aku memang pusing kat situ jek ari2.
memang eloklah. bagus sangat2!
tang makan tdo tak pernah miss.
kejenya bila nak buat??
=_=''

Friday, December 9, 2011

Pagi yang mulia?


I datang nak hantar report tahu?
Nape I boleh stuck dalam islamic talk ni pulak nih?
Report I ni apa cerita?
Semalam sv I suruh datang ofis dia pukul 8 pagi untuk submit report.
I datang pagi ni, dia kata nak jumpa dekat dewan 3 pulak.
Alih² bila i datang sini, dia suruh I replace tempat dia rupanya.
I pulak yang kena dengar ceramah ni tak pasal².
Sv I mana? Sedang bersuka ria breakfast nasi lemak agaknya.
Kasar betol tau bergurau macam ni.
I pun nak breakfast kat mamak jugak!
Terbayang roti canai lazat kat parit bengkok.
Ah, terliur la pulak. Cis! Cis!

taksuketaksuketaksuke,
eipslengerz

Friday, October 28, 2011

Baru nak nampak cahaya

Masuk lusa dah 30hb oktober. genap sebulan aku pindah masuk rumah baru. serba takde. takde tv, takde peti ais, takde mesin basuh, takde internet, and even katil pun takde. pakej lengkap hidup serba daif. gila bukan takat bosan lagi dah, tapi rasa ketinggalannya bila dah terputus dengan dunia luar macam ni. bukak facebook tengok semua orang dah ada cerita baru itu ini, aku sorang tercengang baca semua berita. baru hari ni dapat pasang brodben. baru hari ni dapat follow balik semua story and updates. and baru hari ni nak mula balik buat keje yang da sebulan berabuk tuh. =.="

esok budak UTHM konvo. aku entah dapat datang ke tak. kalau esok kena OT, memang kirim salam jela kot. lewat sikit baru aku join karok 2,3 lagu. sesi bergambar memang awal lagi aku da miss. haih. tapi takpelah, nih dah ada brodben nih, dengan lusa aku pun da resign keje, nanti aku catch up la balik apa yang patut. insyaAllah. cumanya dengan brodben yang perangai macam cilake asyik nak disconnect ni, memang 8 tahun jugak la baru aku dapat update semua cerita kot. wuwuwuuu...sabau jelaaaaaaa...

p/s: gila lama dah tak pegi maen belon kat dataran, rindu plak. padahal dataran tu jalan kaki pun sampai dah skang nih. sebelah umah jek kot. ces.


Friday, March 25, 2011

work! work! work!


and that is EXACTLY how i feel. T_T

credits to chibird.tumblr.com
u guys shud really try visit her page too.
she creates very cool+awesome doodles^^

Wednesday, March 2, 2011

Terjah ruang kerja.

paling semaklah meja aku.

ni belum tengok yang berselirat dalam kepala otak aku nih lagi.
nak tengok ke? ada bran??

Tuesday, March 1, 2011

Oi pacik itho, gaji guwa mana???

orang lain busy plan belanjawan gaji bulan 3, 
guwa gaji bulan 1 pun tak dapat² lagi. 
nak kate duit grantt tak masuk lagi, 
grantt da jalan dekat setahun kot. 
melampau sangat dah budak² opis bendahari ni. 
hape ke pelik bebenor hobi duk tahan gaji orang. 
memang nak kena ajar sikit lu orang nih. 

lu orang dengar sini bebaek ye, 
kalo malam ni lu tak kasik masuk gak gaji guwa, 
esok subuh² lagi guwa datang bakar opis lu! paham?!
ha skang bak meh dulu lighter tu kasik guwa pinjam. 
hape?? berani lu tanya guwa apsal guwa nak pinjam lighter lu??? 
pasal guwa nak beli lighter pun guwa da tak mampu la sohai! 
dah tu kalo guwa tak pinjam, esok cane guwa nak bakor opis lu?! 
huh, bodo piang! 


p/s: mancis ada jual lagi ke zaman skang?

Thursday, February 24, 2011

Cuti mengejot!

supervisor: minggu depan saya takde, saya pergi bercuti ke cina.

aku: hah? yeke..saya baru nak mintak ajar buat design 3D. (sambil buat muka sedey)

dalam hati:
yes!! bos takde.
boley lari balik kampung.
cuti seminggu weh!!
nyahahahaha^^


Friday, December 3, 2010

Kena LAGI

Adeii.
Pagi² da kena sembur.
Memang best lah korang ni!

Yang sorang ngamuk tak dapat gaji.
Yang sorang ngamuk tak nak bagi gaji.
dah tu aku yang trok kena bambu.
Yang sorang nak aku maki staff.
Yang sorang nak tak puas ati ngan big bos.
Yang aku ni pening nak sign gaji.
aku benci jadi bos kicik.
masing² bila aku suh cakap snirik,
aku balik yang kena marah.

skang aku da tengok korang ngamuk².
jom tengok aku ngamuk lak nak? =.="
(berguna jugak akhirnya parang yang aku penat duk asah semalam)

*korang ni mesti tak tau lagi yang aku ni keturunan super saiya kan? haaa..*

Thursday, December 2, 2010

Makan orang

Hari ni hari gaji.
semua orang dapat gaji.
best gile kan?
orang tu orang ni,
semua berbaris² kat mesin atm tuh.
sengih sampai ke telinga.

aku?
aku pun pegi semak² kat bank gak.
tapi untuk bank in gaji.
aku snirik dapat gaji?

"TIDAK!!"

tak heran arr!
tak jeles langsung!!
tak rasa nak nangis pun bank in SEMUA duit ni untuk korangggggg!!!

skang ko blah,
maen jauh².
jangan ganggu konsentrasi aku.
aku sedang asah parang.

Wednesday, December 1, 2010

Orang tua gila

Hari ni pagi² lagi da kena macam² dugaan. SPOIL!!. bangun kul 7 pagi aku cuba untuk kemas rumah apa² yang patut. Dalam hati, lek ar..ofis bukak kul 8. Tros pegi mandi (sempat lagi sental bilik air) then aku bersiap nak ke ofis. Jam da tunjuk pukul 8. Shit. Tengah aku bergegas, tetibe aku dengar bunyi orang ketuk pintu umah kuat gila. "Oi, nak bagi roboh ke apa???". Aku turun² tengok. 'orang tua' ni rupanya. Aku pun cepat² bukak pintu nak salam. Sekali punya pedih dia perli aku "Lewat jugak kamu bangun!" maakkk aihhh..orang tua ni boleh tahan gak laser. pakai tak tanya apa teros nak perli². Hilang tros rasa hormat. Dia ingat aku ni macam pekerja dia ke dia nak fire²? ke dia ingat aku ni pekerja sedunia? atau dia ingat dia seorang bapa, maka semua orang ialah anak dia?? suka ati jek orang tua ni. Excuse me, who are you again?. eceyh, nak aje aku balas cenggitu. Sabar jela E.. Dah tu, aku ni bangun awal² kemas umah susah², dia siap jalan atas tiles tu pakai kasut!! eyhh, maghahnya akuuuu..pacik, u memang shit! (mentang² ko org kaya banyak pengaruh) huh!

Pastu dia da nak blah, aku langsung diam tak kata apa². Mood nak beradab sopan tros hilang. Dia da blah, aku pun start kete nak pegi ofis. Hari ni aku ada banyak keje nak buat. Nak pegi bank, nak setel gaji, nak itu, nak ini, nak macam² ah. Kul 5 abang aku da sampai, semua perlu setel cepat. Kereta da keluar dari pagar, tekan punya tekan remote pagar, pagar tu wat derk gak. "Apsal la degil sangat nih?". Aku siap turun kereta. Demm..blackout rupanya. Dah tu pagar aku da jem. Nak tarik manually pun tak boley gak. Stuck. Apekejadahla..pagi² da nak uji kecergasan minda dan tubuh badan aku lak. Takkan aku nak blah jek pegi ofis ngan rumah terbukak luas macam jemput perompak masuk nih??? Terpaksala aku dekat setengah jam berhempas pulas, berguling² cuba nak tarik pagar. Last² dapat gak tutup pagar (lepas da menyumpah dekat 3,4 buku tebal² kamus dewan). Alhamdulillah, da boleh pegi ofis.

Tengah duk drive cool² sambil nak cari balik mud yang da bersepai dari tadi (siap melalak join lagu kat radio). Tetibe boleh plak aku selisih ngan 'orang tua' tu!!! (yang juga on the way pegi ofis dia) MasyaAllah..tak cukup² lagi ke dugaan aku..mesti dia da geleng² kepala tengok aku kul 9 baru nak masuk ofis. "Hish budak ni, dahla bangun lambat, aku da tinggal umah dia lama pun tak pegi² lagi ofis.  pastu tu siap rilek lagi lak tuh. huh, terok." Aku memang da boleh agak sangat dah apa dia nak cakapppp. Sebok ah kau!!! Last² aku tutup teros radio, tekan minyak sampai kereta aku terbang pegi ofis (sila percaya). Tensen. Masuk ofis pun muka ketat jek. Staf sume diam tak berani nak tegur aku. Bukan salah aku! Aku da cuba nak cool down. Korang pun baek jangan tanya apa² la. Tapi A (staff cina yang memang jenis slamber) lagi nak tegur aku, "uit, ko okay?". dengan spontan aku jawab "ok la sangat! pagi² lagi ada orang tua gila babi cari pasal dengan aku!". yess, kan aku da kasar lagi biadap. aku da kata baek jangan tanya. Sape suh ko degil sangat.. Dengan muka tak bersalah, aku tros masuk ofis aku dengan dak² ofis yang laen sume terkedu. *whateverrrr*


sila jangan carik pasal ngan aku hari ni.

Monday, November 29, 2010

Snoring beauty

suku kata kamus minda aku pada hari ini hanya tertakluk tentang:
- bosan
- sunyi
- ngantuk
- TIDO

maka untuk hari ini,
aku tidak ada kisah menarik untuk dikongsi bersama.
sekian.

Friday, October 22, 2010

Keluar Hitam

Td ofis BLACKOUT!!!

damnnnn~ berpeluh2 duk dlm ofis.
naseb baek lah da ok..sempat sejam gak aku duk dlm 'sauna'
lambat lagi 5 minit td, mmg aku da dlm kete otw blk umah. huh!