Showing posts with label Serabot. Show all posts
Showing posts with label Serabot. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Girlfriends are forever~

Pernah tak rasa macam loser gila? pernah? pernah rasa macam "bodohnya kau ni, orang cakap langsung tak nak dengar. apa nak jadi dengan kau ni?!" pernah ke? ha, itulah yang aku rasa sekarang. terang lagi bersuluh apa yang aku buat sekarang ni salah dan akan datangkan sakit kat diri sendiri. abis sume kawan² rapat aku terpaksa dengar kerisauan dan gundah gulana hati aku ni kononnya. Tapi bila diorang nasihat kat aku pasal apa yang aku patut buat untuk kebaikan aku, ada aku ikot? ada ke?? penat orang perah otak pikir untuk aku, alih² aku cenggitu lah jugak. grrrr..*lempang diri sendiri sampai pengsan!*

i know deeply where this is going *which i'm not gonna like the ending of it* but yet still, i'm effing doing it. takdelah aku makin² buat, tapi tak jugak aku stop. GILA. aku tau kawan² aku pun da mula geleng² kepala tengok aku. Aku tau diorang risau dan aku tau diorang tensen tengok aku tak dengar cakap. aku mintak maap sangat². bukan aku taknak buat macam korang suggest aku buat, tapi aku tak mampu. i have never felt like this before, so do understand that this is going to take some while for me to let go. and i know that i can never expect people to exactly understand how i feel. Tapi aku tetap berharap korang boleh sentiasa keep on bagi je nasihat kat aku sambil aku amik masa untuk gain the courage to do the right thing and move on. even aku ni belum tentu ikot sebijik² nasihat korang, aku tetap perlukan nasihat² dan beringat² dari korang supaya at least aku tak terlepas pergi lebih jauh dari sekarang ni. seriously, aku bersyukur sangat aku ada korang. aku harap even aku buat keputusan yang salah and end up tersungkur tepi jalan esok² pun, korang still akan ada dengan aku, support aku bangun semula. knowing that you girls will always be there having my back dah cukup untuk buat aku mampu tido lena malam². semoga korang mampu sentiasa bersabar dengan kerenah aku yang boleh buat korang migrain ni. aku sayang korang!. thangs sebab sentiasa amik berat dengan aku, jaga aku, and ajar aku macam², even aku ni sometimes boleh tahan jugak bikin korang geram. ;b 


thangs girls~ *sabar jela ngan aku yeh, hugs*

Wednesday, June 29, 2011

Tahu tak duit tu penting? tahu tak? tahu tak??!!

rasa serabot sangat².
serabot dengan keje.
serabot dengan duit.
serabot dengan macam².
macam mana lagi aku nak jimat ni?
Abu needs a new master pump.
Paip air kat rumah needs to be fix.
(entah berapa pulak bil air kali ni. =.=")
Sewa dengan bil bulan 5 pun belum setel lagi ni.
Tak lama lagi nak kena bayar bulan 6 punya pulak.
esok jek nak kena bayar fees untuk buat visa rm60. dem.
*mula lah nak rasa menyesal join ke china nih. hish*
nak kena bagi makan Abu lagi, (dah ar kuat makan lak tuh!)
dan yang paling penting skali, aku ni pun nak kena makan tau!!!
larat pulak aku nak puasa sampai berbulan²??
T_______________T

p/s: sesape ada spare 'bapak gula' sebarang dua, pas sini 'sekor' pliz. thangs.
tak pun, agaknya ada lagi tak pertandingan maharaja lawak pasnih? aku nak register nih.
dapat hadiah RM350,000 bolehlah aku berenti keje dah pasni. siap boleh pergi bercuti lagi.

Thursday, May 5, 2011

I shud really stop being a jerk.

aku tahu aku sangat annoying bila aku buat perangai tak sabar.
mulalah cakap nak marah², nak tinggi² suara, langsung tanak kalah.
cakap ngan orang tua snirik pun melenting². biadap tol.
(mula² tu takde niat pun nak melenting, tapi bila da maen passing² ni, TERbengang)
kalau da yang ni suruh tanya yang tu, pastu yang tu suruh tanya yang ni.
masing² tanak buat keputusan, mula lah aku lak nak buat keputusan.
(take charge la kononnya ni.)
dah ikot cara korang tak jalan, meh kita ikot cara aku lak.
nasebla orang tua aku pun da masak sangat dah ngan perangai tak sabar aku nih.
mulut laser tahap boley bunuh orang. takyah susah² nak beli senapang.
sori lah ye mummy, ayah. saya memang macam ni. maap.
kalo nak pape, tak reti langsung nak sabar sikit.
kalau esok kata nak pegi beli handset baru, malam tu jangan harap aku boleh tido.
silap² kalau kedai bukak lagi time tu, dah ajak pegi tros. takde esok² dah.
tambah lak aku ni bukan jenis kira pun kalau time tu dah kul 12 malam skalipun. redah aje.
tapi kalau libatkan orang laen ni, aku boleh jek sabar² lagi. secara paksa la. haha.
cumanya aku jadi annoying gila babi bile orang mula buat aku rasa annoyed.
kalau tak kerana aku da mula rasa annoyed tunggu lama² ngan macam² alasan ni,
aku pun takde lah pegi bukak lagi mudah.my tu at the 1st place.
takdelah jadinya kekecohan yang berlaku hari ni. kes bengang la jugak sebenarnya ni.
macam² sangat masalahnya, aku mulalah nak amik jalan mudah jek. malas serabot sangat.
dah tau aku jenis tak suka tunggu lama², main janji² pastu tangguh² 5,6 kali lak.
memang merasa lah aku jadi bapak kepada segala annoying.
bolehlah dengar nada aku nak mengarah jek bunyinya time tu.
aku da naek rimas tunggu orang laen wat keputusan. 
kena lak macam kes ni, memang aku da berat sebelah pun ngan keputusan aku.
tapi kalau aku tau kita deal skang ngan orang sekampung,
maybe aku tak bukak mulut pun kot tadi. nyesal lak ikot hati sangat.
hish, anak derhaka tak kenang budi tol. =.="
duk diam² jek ah pasni. takyah gatal² nak bukak mudah.my dah.
bikin kecah la lu ni eip.

Monday, March 28, 2011

Aku benci jadi eip.

sejak dua menjak ni,
aku asyik rasa tak best jek.
aku pun tak tau kenapa lately aku asyik rasa macam ni.

dari aku kecik,
aku memang manje ngan orang tua aku.
tapi even aku manje, aku sangat berdikari.
masa umur aku baru masuk darjah 4,
aku da pandai uruskan semuanya snirik.
aku da pandai kemas bilik.
aku da pandai basuh baju.
aku da pandai lipat baju.
aku da pandai gosok baju skolah.
aku da pandai masak nasi.
aku da pandai basuh kereta.
aku da pandai hidang makanan atas meja.
aku da pandai wat breakfast in bed untuk mak.
time ni mak aku selalu sakit.
dan yang ni memang yang aku paling bangga.
tiap² hari aku akan bangun awal pagi,
pastu wat ikan bakar yang balut pakai daun pisang tuh,
then aku celur sayur sikit, buh sos,
bawak ke bilik mak aku and kejut dia makan pagi.
aku buat tiap² hari tak pernah miss.
skang mak aku siap cerita benda ni kat anak buah aku.
siyes aku rasa bangga bila budak tu datang tanya aku.
sebab benda² ni aku rasa adik aku tak penah lalu,
even abang yang tua 2 tahun dari aku tu pun tak penah lalu.
aku rasa aku cepat matang dari yang laen² masa tu.
aku rasa pencapaian aku macam yang paling jauh la time tu.
so sememangnya aku rasa agak bangga dengan diri aku.
then bila aku makin membesar,
makin banyak benda yang aku uruskan sendiri.
result upsr aku pun bagus walaupun aku tak penah pergi tuition.
sekolah agama pergi 3 tahun jek, tapi aku takde masalah mengaji.
(cuma pengetahuan agama aku tak sehebat budak² lain la. jahil sikit.)
benda² ni buat aku rasa aku cepat dari budak² yang lain.
benda ni bawak sampaila aku masuk asrama,
time tu aku rasa menyampah jek tengok budak² yang kuat menangis.
kena basuh baju snirik pun nak nangis, homesick sikit pun nak nangis.
seriously, kecik² dulu aku sangat tough tang benda² ni.
(bukanla bermakna aku tak penah nangis, aku pun anak manja gak. heh.)
tapi aku mampu bangga sebab orang tua aku tak susah benda macam ni.
aku tak penah komplen kalo orang tua aku tak dapat datang melawat.
aku tak penah komplen kalo aku kena balik rumah sendiri naek bas.
aku tak penah komplen kalo orang tua aku tak dapat datang majlis.
sampai tahap orang tua aku kadang² amik mudah benda² pasal aku.
sebab diorang tahu macam² mana pun aku boleh survive buat sendiri.
sampai kadang² aku rasa diabaikan pun ada, tapi aku da biasa.

tapi tu semua kisah aku masa kecik.
skarang umur aku da nak masuk 24.
sejajar ngan umur aku yang meningkat,
dan nak diikotkan dengan pencapaian² aku yang sebelum ni,
mesti korang pikir aku da membesar jadi anak mithali kan?
heh, jawapannya TAK. jauh sekali.
memang makin hari aku makin matang dan berdikari,
tapi bezanya sekarang ni,
aku tak lagi mampu rasa bangga dengan diri aku.
makin jauh langkah aku, makin banyak mistake aku buat.
bila aku pikir² balik, result aku makin hari makin trok.
perangai aku makin hari makin dasyat.
aku sebenarnya semakin tak pandai jaga diri.
and i've done so many things in life that i'm not proud of.
i can't even look in the mirror and like the person i'm looking at.
dulu aku selalu ada aim untuk jadi orang yang macam mana.
tapi sekarang, aku da menyimpang jauh dari matlamat hidup aku.
benda² yang dulu aku sumpah aku takkan buat, aku da buat.
benda² yang dulu aku sumpah aku akan buat, habuk pun tak nampak.
aku da tak mampu bangga dengan diri aku.
in fact, aku rasa malu dengan diri aku.
aku rasa malu bila aku tak mampu jadi contoh yang baik pun untuk adik aku.
adik aku yang dulu haram tak reti berdikari tu da lagi pandai jaga diri skang.
sampai kadang² aku rasa aku tak layak nak bagi apa² nasihat dekat dia.
sape aku nak nasihat dia pasal jaga diri bila aku snirik liar sana sini?
sape aku nak nasihat dia jadi anak yang baek bila aku snirik macam syaiton?
sape aku nak nasihat dia untuk jaga pergaulan bila aku snirik? huh.
tapi aku gagahkan jugak walaupun tebal jek muka ni sebenarnya.
biarlah dia nak rasa aku hipokrit skalipun, tapi itu tugas aku sebagai kakak.
sebab jauh dalam hati, aku cuma tak nak dia end up jadi macam aku.
siyes, aku rasa malu bila adik beradik aku yang lain jauh better dari aku.
aku rasa malu bila aku tak mampu lagi jadi kebanggaan orang tua aku.
rasanya sejak da besar² ni, aku lagi banyak menyusahkan dari membantu.
tu salah satu sebab kenapa aku da makin renggang dengan orang tua aku.
aku segan nak rapatkan diri sebab prangai aku skang mengalahkan antu.
tuhan je tau betapa bersyukurnya aku bila tau diorang tetap sayangkan aku.
dan yang paling terok dan memalukan sekali,
aku rasa malu sangat² bila tiba masa nak mintak tolong ngan tuhan.
rasa hinanya aku di mata pencipta aku.

skarang aku rasa menyesal yang sangat²!!
 rasa marah dengan diri snirik yang sangat²!!
kalaulah dulu aku tak ikotkan sangat hati ni. hmm.
kenapala aku bodoh sangat pegi biar diri aku jadi trok macam ni.

sekarang bila aku pikir² balik,
aku dah tau kenapa tuhan duga aku tak henti² skarang ni.
pengajaran untuk aku sebab tak pikir masa depan.
pengajaran untuk aku sebab tak pikir panjang.
pengajaran untuk aku sebab tak pikir mak bapak.
pengajaran untuk aku sebab tak pikir tuhan.

da seminggu aku duk asyik rasa tak best macam ni.
rasa macam apa tau?

rasa macam loser.

dan nak dijadikan lagi best,
macam mana aku usaha untuk baiki life aku skalipun,
macam mana aku usaha supaya tak ulang kesilapan yang sama skalipun,
macam mana aku usaha untuk berubah jadi baek macam malaikat skalipun,
perasaan tak best ni tetap akan ada. sampai mati.


tapi kenapa baru sekarang nak rasa macam trok gile ni hah?
dulu rasa tak best ni ada jugak tapi takdela trok macam ni.
prasaan tu skang macam datang bertubi² tak nak berenti.
sebab aku da makin tua ke hah? hmm.

Friday, February 11, 2011

Katak bawah tempurung

minggu ni terasa sangat malas nak kemana².
aku pun tak tau apa masalah aku sebenarnya.
aku tak rasa perasaan tu masih wujud macam dulu,
tapi aku tak mampu berhenti teringat, teringat dan teringat.
aku pun tak paham kenapa aku teringat walaupun aku tak rindu.
yang aku tau, aku jadi moody sepanjang hari.
aku rasa lemas dalam ironi hidup aku sendiri skarang ni.
jiwa kosong, tapi otak sendat bercelaru. =.="


luaran aku mampu gelak guling² tanpa kena buat².
tapi dalaman aku tak mampu nak rasa nikmatnya tu.
i could not enjoy the moment. feelingless ke? demyu.

minggu ni ialah minggu aku menyendiri.
langsung tak jadi keje, langsung tak masuk ofis. 
minggu depan kte try langsung tak balik rumah pulak.
amacam?

Monday, February 7, 2011

Mari membuat kek coklatttttttttttt (tetibe jek)

err..err..sebenarnyaa..ehem. 
ok, mud aku tengah tak berapa baik sebenarnya.
so dengan tibe²nya aku nak paksa korang duduk sini,
dan dengar aku nak celoteh pasal cara² nak masak kek coklat.
 aku tak pedulik!
korang kena layankan jugak aku!
sebab aku sangat² memerlukan distraction skang. T_T

so mula² skali ialah bahan² yang diperlukan.

Bahan² A (kek)
250gm @ sebuku butter
1 cawan gula halus
4 biji telur ayam!
1 cawan serbuk koko
1.5 cawan tepung gandum
1 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecik serbuk penaik
1 cawan air suam
kalo ada nk rasa oren ke, stoberi ke, tambah snirik.

Bahan² B (topping)
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
sedikit susu cair


memula sekali ko kasik masuk butter ngan gula 
pukul sampai kaler dia berubah dari kuning menjadi almost putih.
(means gula da ancus!)
besenya dalam 10 minit da setel.

then ko buh telur sbijik².
teroskan pukul untuk 5, 6 minit lebey kurang.
nanti ko nampak telur da bergaul rata, iya la tu.

sambil² menunggu tu,
kasik masuk tepung, koko ngan serbuk² lain dalam 1 bekas.
gaul bagi rata dan standby untuk masuk dalam mixer.
agak² telur da bergaul rata,
masukkan campuran tepung sikit demi sikit.
ko nk tuang sume skaligus pun boley sbenarnya.
tapi kalo pastu berketul², jangan tanya kenapa.
guna cara kaut balik untuk bagi betol² rata bergaul tuh.

kemudiannn,
amik secawan air suam tu kasik masuk skali.
then biar dia gaul lama sikit.
da siap nanti akan nampak camnih.

lepas tu apa lengah lagi.
kasik sapula majerin kat loyang atau bekas nak guna wat bakar tuh,
then masukkan la bahan² ni ke dalamnya!
aku buh dalam rice cooker!!

sebab rice cooker kat umah akak aku ada setting untuk bakar kek.
so aku tuang jek kat dalam, 
setting bagi kena kat 'baking cake'
pastu set timer 50 minit.
senang kan keje aku? mekasey panasonic!

untuk topping,
korang campur jek sume bahan skalik,
then masak atas dapur ngan api paling kecik!
jangan berenti gaul sampai da rata.
then tuang la atas kek tuh!
takkan la tuang atas kaki lak. hish.
jadila camniiii.

paras rupa topping aku tak berapa cantik,
gara² aku tinggal kejap atas dapur (berenti gaul)
jadilah ia sedikit meggerutu. haiyaaa. tapi rasa still sedap so tak kesah~

yang ni aku masak sempena besday mak aku.
kami berempat jek kat umah masa ni.
jadi wat makan kecik² jek la.
buat cukup syarat tanda kami ingat..hee..
 taraaa. makan malam+celebrate besday

untuk lebey meriah,
ada la sesi bukak botol 'champagne' tanda sambutan.
(non-alcoholic champagne)
anak buah aku berebut 'champagne' ngan mak aku. 
nak jugak tuh si tecit nih.

ok pasni korang boley cuba plak.
tanak cuba pun takpe aku tak amik ati.
mekasey sudi luang masa dengar aku merapu.
aku masih rasa tensen sebenarnya. hmm.

Monday, January 24, 2011

Selamat tinggal rumah cheras

weekend hari tu aku balik KL.
cuti dari khamis sampaila ahad (semalam).
balik sebab nak tolong akak ipar aku pindah rumah.
dia da nekad nak pindah pegi duk kemaman ngan abg aku.
da berenti keje ngan Kosmo and da siap jual da kelisa dia.
aku paham dia susah bila kena duk jauh² ngan abg aku just sebab tempat keje.
belanja pun jadi banyak bile duk umah lain². bil dabel, sewa dabel.
tapi even aku paham, aku tetap berat gila hati nak bagi dia pindah.
sebab lepas ni aku akan rindu nak lepak ngan dia,
aku akan rindu nak maen ngan anak buah aku si ayid.


plus biasanya kalo aku tensen jek,
aku akan lari balik rumah cheras.
3 jam da sampai. tket baru 20 hengget.
even balik weekend jek pun da cukup buat aku lega.
duk umah tak wat pape pun aku tetap rasa sronok.
mungkin sebab aku rasa aku dialu²kan kat situ.
balik rumah orang tua aku pun tak rasa macam tu.
tapi kalo duit ada lebey sikit,
aku akan turun masjid india round².
kadang² aku takde beli pape pun, 
aku cuma pegi untuk cari sedikit distraction.
supaya otak aku boley rehat kejap dari masalah.
being in a crowd of strangers buat jiwa aku rasa bebas.

skang rumah cheras da takde,
kompem aku susah nak balik kl da pasni,
aku tak suke tempat lain.
aku membesar di sini, jiwa aku da sebati di sini.
the only place feels like HOME to me.

Saturday, January 15, 2011

Bury me alive

It's been a while.
waking up with a huge sigh becomes a habit.
something inside of me feels lost.
something inside of me had been missing.
how i actually lost it wasn't really the point.
since i've been living without it,
for quite some while already..

i woke up without knowing what to do.
i went out without knowing where to go.
i stayed still without knowing what i was waiting for.
i got tired of blaming myself,
for not knowing the reasons why i'm here, alive.
this is just ain't me.
living without clear needs and directions.
i've even stopped speaking 'human'ly ever since.
rambling has more become the language i chose to speak in.

i used to hate being in 'common'.
i used to swear at doing 'routines'.
i used to like it being 'different'.
but somehow now,
i just no longer care bout being just like the 'others'.
all i ever want now is to be 'normal'.
just like any other living human being.
spare me some of that fresh air guys. *breathing heavily*.

I need a new book to write on,
a new story to begin with,
and a new life to live in.

only if I could remember where did I last see it before it went missing.

"dear soul, please come home now. let's go more furious dis time. chicken."

Thursday, January 6, 2011

Terfaktab

dulu aku prangai macam anak setan.
semua orang tau tu.
skang aku berusaha nak jadi budak baek.
semua orang tau tu.
tapi nak berubah ni bukan keje senang.
banyak betol dugaan² nak datang.
pun semua orang tau jugak tu kan?
yang aku kompem korang semua tak tau,
mental dan fizikal aku sama² nak berentap skang nih.
otak aku serabot, jiwa aku kacau, hati aku bengkak!
tahap sabar aku betol² da kat hujung jari jek skang nih.
bahasa² dari kamus lama aku da makin rancak keluar balik da ni.
setan dalam badan ni pun da melompat² galak nak tumbuh taring baru skang nih.

jadi aku mintak tolong sangat². 
bawak² la berenti menduga kesabaran aku ni manusia oiii.
dalam sehari tu boley tak jangan keje asyik nak nyakitkan hati aku jek??!!

bila aku kata jangan cari pasal ngan aku, 
maksudnya JANGANLAH!! BODO!!
tak paham bahasa ke hape??

percayalah cakap aku.
you won't like the other side of me.
aku tak penah cite bohong tang ni.
so while I'm still in the mood of being nice, 
how bout you be nice to me too. hmm?
jiwa aku tak luka, 
korang pun tak cedera.
sama² untung kan?
bagusla kalo akhirnya ko paham.
skang sila pegi main jauh².
aku ada banyak keje baik pulih nak dibuat.
nak kutip balik mud aku yang da berterabur sana sini ni,
mau esok lusa jugak baru boley siap nih. huh!

Tuesday, January 4, 2011

Pedih!

aku bangun pukul doblas hari ni. yes!!
da banyak kali terjaga sebenarnya.
tapi ada benda yang balik² duk pusing kat otak aku.
makanya aku tros pejam mata tido balik.
hati ni perit sangat². *ouch*
dan aku sememangnya sejak azali lagi,
kalau otak tengah serabot, aku tido tak bangun².
da masuk pukul 12, bilik aku da rasa panas.
aku bangun mandi, on fesbuk.
skali lagi rasa macam baru pas kena panah petir.
dia block aku dekat facebook. hmm.
remove dari frenlist tu aku tahan lagi, ni block tros.
itu tersangatlah pedih la bodo!! tsk3.
............................
.............

aku nak blajar rajin².
biar master aku siap dalam masa setahun.
then aku nak cepat² blah dari sini.
things around here are going to get me killed!

Saturday, January 1, 2011

OMG!! Aku da tua!

umur aku da masuk 24 tahun ni.
orang laen sume duk sebok nak kawen,
aku lak balak pun tadek. shettt!
orang laen sume duk sebok keje kumpul duit,
aku lak blajar pun tak abis lagi. demmm!!!

macam mana nih ye.
ey, cane ni?!! *tetibe gelabah gile babi*

p/s: capai biskut 2 bungkus pastu duk termenung.....hmm.........

Sunday, December 26, 2010

Hari ini tak macam shit punnnn..

PAGI

tengah sedap mimpi, owner umah sewa kol.
dia bising² pasal takley nak masuk umah yang dia kasik aku sewa kat 'The Curve' tuh.

macik: awak kat mana? nape umah ni awak kunci?

gile ke hape? mesti ar umah tu aku kunci. 
barang² aku dalam umah tu ingat free ke?

aku: saya kat umah 'Paris' skang ni cik, nape ek?
macik: nape kunci umah ni..kan acik da btau nak datang baiki tombol pintu.
aku: alamak,petang sikit boley tak cik? sebab kuncinya kat dayah. dia pegi kenduri.
macik: nape dikuncinya..kan da bagitau nanti nak..bla..bla..bla..(nada separa bengang)

eh orang tua ni, 
memang ar ari tu dia btau nak datang baiki pintu,
tapi takde lak bagitau bile nak datang.
tak silap aku ari tu dia gak yang kate,
"nanti macik nak datang baiki, macik btaulah kat awak"
dah tu opcozla sementara tu aku kunci dulu umahnya.
takkan la aku nak biar jek ternganga luas² kasik perompak masuk 'shopping'?
semata² supaya senang bile² macik lanlord boley datang baiki tombol pintu. camtuh?
time tuh nak baiki tombol pintu wat haram jadah pe lagi dahnya??
umah da kena rompak da pun macik oi!!

aku: esok tak boley ke cik? dak dayah macam lambat lagi nak balik dari kenduri tu.
macik: mana boleyy..anak macik yang datang baiki ni keje esok..
dari tadi lagi dia da sampai tunggu nak baiki pintu nih.
kalo tak boley datang bukak pintu sekarang, 
macik takkan baiki dah pintu kamu ni lenkali.
(perghh, siap ugut! demmm!)

dah tu kalut la aku siap² pastu pegi umah sana.
naseb baek la kunci tombol tu jek yang dia takde.
yang tu aku ada la spare keynya.
kalo kunci padlock yang kat pagar tu, tak dapek den nolong.
yang tu memang ada kat dalam kete dayah skali ngan spare key sume.

umah da bukak, mintak maap pun dah, sembang pun dah!
dah tu mananya orang yang kononnya dari tadi tercangak nak baiki pintunya?? 
pagi² da wat aku rasa nak telan orang. hish. sabar jela aku!

------------------------------------------****------------------------------------------

PETANG

esok da nak mendaftar la weh!
borang daftar satu hape pun tak isi lagi.
proposal untuk apply scholar pun tak setel lagi.
apa nak jadi nih??
*tros kutip² borang dan pen*

elok baru aku nak isi borang,
lampu bilik terpadam.
"eh, carik pasal kau ye?"

takpe, semangat tak luntur.
dengan pantas aku pungut barang²,
angkut laptop pe segala pastu punggah pegi ruang tamu.
sini lampu kipas nak padam pun takpe, cukup terang dan berangin.

okeh,capai borang dulu.
dalam hati, "proposal, ur next!"
amik pen dan mula mengisi.
rasa tak sedap menulis.
tukar posisi menulis.
masih rasa tak best.
tukar posisi kertas lak.
hmm, ada benda tak kena gak nih.
betol²kan cara pegang pen.
apsal buruk sangat tulisan nih?!!!
inilah jadinya bile da lama sangat tak menulis,
macam budak baru nak belajar pegang pen.
tapi aku gagahkan jugak.
page 1, siap!
page 2, done!
page 3, bahagian ini adalah untuk diisi oleh doktor yang memeriksa, skip!
page 4, penjamin? cop ketua kampung? skip!
page 5, skip!
page 6, skip!
letak pen kat tepi, 
sambung selak page,
7 pun skip! 8 pun skip! 
pastu tros skip! skip! skip!
cane nak pegi daftar esok nih??!! 
huwarghhhhh!!! *68.99% da gile*

sohai tol la borang² nih. huh.
(yes, salahkan borang²!)
"the key to success is knowing who to blame for ur failures"

setel proposal dulu ah camni!
bukak internet, tros ke MyMaster.
usha guideline² dan syarat² isi yang kena ada dalam proposal.
okeh, da paham. rasa bijak sebentar.
bukak Drive D carik proposal latest yang da buat hari tuh.
*10 minit telah berlalu*
"eh, mana proposal latest aku? hilang ke??"
arghhhh, hantuk² kepala kat dinding.
ah! baru teringat! dalam laptop dayah!
berlari masuk bilik nak on laptop dayah.
tetibe terberenti. 
rasa mata macam da berkaca².

bukan ke dayah baru lepas format laptop??
"tidakkkkkkkkkkk!!!"

&*#%$)@^*&#!FAK($*!@$#!!!
(memaki dalam 8 jenis bahasa, hebat kan?)

----------------------------------------****-----------------------------------------

SEKARANG

update blog.
maen game kat fesbuk.


p/s: sila jangan ganggu aku kalo tanak kena kokak kepala tuh!

Tuesday, December 14, 2010

Nota Kaki 2

ni la akibatnya kalo da tido sepanjang hari.
da nak masuk kul 2 pagi tapi takley lelap lagi.
esok tanak banyak lak benda nak buat.

ermm..
- jumpa supervisor
- cari umah sewa
- anta kete dayah pegi servis skit
- amik barang kat umah baba Dayah
dan baaaanyak lagi.

kena tido gak nih.
kang esok tak bangun.
mata, jangan degil. haip! tdo!
nyte~

Friday, November 26, 2010

Celaru.

aku bukan marah, aku bukan benci.
tapi aku sedey.
apa sebenarnya yang dah jadi?
kisah kita da lama abis.
da tutup buku da pun.
ye aku mengaku dulu aku lukakan hati kau.
tapi hati aku tak terluka ke masa tu?
rasanya kita sama2 terluka,
tapi masing2 pun sedar itu untuk kebaikan bersama kan?
lepas tu aku masih cari kau.
sebab aku masih sayang.
aku masih rindu.
aku masih berat hati untuk kehilangan.
tapi kau benci.
kau benci aku muncul lagi dalam hidup kau.
kau tak suka yang aku masih sayang kau.
jadi aku berhenti.
aku bawak diri aku jauh2 dari kau.
aku takde lagi da amik tau pasal kau.
takde lagi da ingat2 pasal kau.
tapi sekarang kau macam sengaja letak post2 bagi aku terasa snirik.
kau kenapa?
kenapa kau benci sangat dengan aku?
apa yang aku da buat kat kau sampai kau jadi benci sangat dengan aku?
apa yang aku da buat sampai kau jadi berdendam sangat dengan aku?
sampai ko cari semula semua salah aku?
aku da tak kacau hidup kau da kan?
aku sikit pun takde buruk2kan kau.
sikit pun takde nak bermusuh ngan kau.
tak boleh ke move on dan abaikan jek aku macam ko slalu duk buat tu?
itu yang ko nak kan?
tak perlu nak buat musuh dengan aku.
tak perlu nak rosakkan kenangan2 lama kau dan aku.
untuk apa kau nak buat semua tu?
untuk ko puaskan ati kau?
puas ati dapat sakitkan ati aku?
puas ati dapat cakap buruk pasal aku?
puas ati dapat tunjuk yang aku bukan baek sangat pun?
apa yang ko cuba buktikan sebenarnya?
ko nak buktikan yang ko bahagia tanpa aku?
buktikan yang ko betol2 da tak kesah pasal aku?
buktikan yang ko jauh lagi bagus dari aku?
atau ko nak buktikan yang bercinta dengan aku ialah 1 kesilapan yang besar?
kalo itu yang kau mahu.
silakanlah.
buatlah apa kau nak.
ceritalah apa kau suka.
mana2 yang kau selesa.
janji kau bahagia.
aku terlalu sayangkan kau untuk balas apa kau buat pada aku.
aku terlalu sayangkan kau untuk bercerita buruk pasal kau.
aku terlalu sayangkan kau untuk benci dan marah pada kau.
kemenangan itu da lama jadi milik kau.
moga kau tersenyum bangga.

Sunday, November 14, 2010

Air

Apsal bekalan air kat umah aku macam haram ni!!!!
aku nak basuh baju!
basuh kete!
basuh pinggan!
basuh umah!
paham tak aku SUKA basuh2 ni?!
boleh plak ko sekat2 bekalan air umah aku.
air kencing pun lagi laju dr air paip tu.
sohai tol la.

kencing je da ar. ko xyah nak show off la cibai!

Sunday, October 31, 2010

Again.

What if I was meant to be alone forever??!!

Yup. Again.
I'm worrying too much.
I know. 
Bye.

Tuesday, October 26, 2010

Bandaraya

Buat seketika, aku rindukan suasana itu. 
Hiruk pikuk bandaraya Kuala Lumpur.
Kelemasan di dalam kesesakan lalu lintas.
Kesibukan yang membuat aku leka dari masalah.
"The city that never sleeps."
Setidaknya aku tahu, aku bukan keseorangan.

Manusia tidak ada yang sempurna.
Tetapi aku masih mahu mengejar kesempurnaan itu.
Sehingga aku kehilangan harta² paling berharga dalam hidup aku.
Aku ditinggalkan terpinga-pinga.
Apa aku patut bersedih atau bersyukur.
Kerana akhirnya aku diberikan kesedaran.
Tetapi aku kehilangan orang yang aku sayang.
Aku rindukan segala²nya.
Kini aku cuma mahu bangkit sembuh.
Sembuh dari semua luka lama.

Di sini bukan tempat aku.
Keheningan malam di sini mengembalikan segalanya.
Kenangan lama itu datang menyerbu lagi.
Satu persatu ligat berputar di celah setiap ruang sempit mindaku.
Aku bencikan kesunyian ini.
Terlalu sunyi sehingga mindaku terlalu mudah didengari.
Fikiran kerap dihimpit emosi sehingga aku rimas.
 Setiap detik aku mengeluh.
Aku mahu lari jauh.
Jauh dari mindaku sendiri.
Bawalah aku ke tempat fikiranku menjadi kaku.

Bandar metropolitan itu.
Kebingitan yang tidak pernah berhenti.
Aku mahu pulang.
Ke suasana yang buatku tenggelam.
Jiwa kosong, menerawang.
Biar aku tidak lagi kenal siapa diri aku.
Semoga aku lekas sembuh.
Sembuh dari luka yang dalam itu.
Luka yang aku coret sendiri.