Showing posts with label Jiwa Kacau. Show all posts
Showing posts with label Jiwa Kacau. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Katak bawah tempurung

minggu ni terasa sangat malas nak kemana².
aku pun tak tau apa masalah aku sebenarnya.
aku tak rasa perasaan tu masih wujud macam dulu,
tapi aku tak mampu berhenti teringat, teringat dan teringat.
aku pun tak paham kenapa aku teringat walaupun aku tak rindu.
yang aku tau, aku jadi moody sepanjang hari.
aku rasa lemas dalam ironi hidup aku sendiri skarang ni.
jiwa kosong, tapi otak sendat bercelaru. =.="


luaran aku mampu gelak guling² tanpa kena buat².
tapi dalaman aku tak mampu nak rasa nikmatnya tu.
i could not enjoy the moment. feelingless ke? demyu.

minggu ni ialah minggu aku menyendiri.
langsung tak jadi keje, langsung tak masuk ofis. 
minggu depan kte try langsung tak balik rumah pulak.
amacam?

Saturday, January 8, 2011

Thursday, January 6, 2011

Terfaktab

dulu aku prangai macam anak setan.
semua orang tau tu.
skang aku berusaha nak jadi budak baek.
semua orang tau tu.
tapi nak berubah ni bukan keje senang.
banyak betol dugaan² nak datang.
pun semua orang tau jugak tu kan?
yang aku kompem korang semua tak tau,
mental dan fizikal aku sama² nak berentap skang nih.
otak aku serabot, jiwa aku kacau, hati aku bengkak!
tahap sabar aku betol² da kat hujung jari jek skang nih.
bahasa² dari kamus lama aku da makin rancak keluar balik da ni.
setan dalam badan ni pun da melompat² galak nak tumbuh taring baru skang nih.

jadi aku mintak tolong sangat². 
bawak² la berenti menduga kesabaran aku ni manusia oiii.
dalam sehari tu boley tak jangan keje asyik nak nyakitkan hati aku jek??!!

bila aku kata jangan cari pasal ngan aku, 
maksudnya JANGANLAH!! BODO!!
tak paham bahasa ke hape??

percayalah cakap aku.
you won't like the other side of me.
aku tak penah cite bohong tang ni.
so while I'm still in the mood of being nice, 
how bout you be nice to me too. hmm?
jiwa aku tak luka, 
korang pun tak cedera.
sama² untung kan?
bagusla kalo akhirnya ko paham.
skang sila pegi main jauh².
aku ada banyak keje baik pulih nak dibuat.
nak kutip balik mud aku yang da berterabur sana sini ni,
mau esok lusa jugak baru boley siap nih. huh!

Tuesday, January 4, 2011

Pedih!

aku bangun pukul doblas hari ni. yes!!
da banyak kali terjaga sebenarnya.
tapi ada benda yang balik² duk pusing kat otak aku.
makanya aku tros pejam mata tido balik.
hati ni perit sangat². *ouch*
dan aku sememangnya sejak azali lagi,
kalau otak tengah serabot, aku tido tak bangun².
da masuk pukul 12, bilik aku da rasa panas.
aku bangun mandi, on fesbuk.
skali lagi rasa macam baru pas kena panah petir.
dia block aku dekat facebook. hmm.
remove dari frenlist tu aku tahan lagi, ni block tros.
itu tersangatlah pedih la bodo!! tsk3.
............................
.............

aku nak blajar rajin².
biar master aku siap dalam masa setahun.
then aku nak cepat² blah dari sini.
things around here are going to get me killed!

Hidup tak semestinya indah.

Malam tadi tido dahla tak berapa lena.
asyik terjaga sebab bunyi macam². =.="
pagi ni lak bangun jek tros siap² nak pegi JPJ untuk setel saman.

ni lah saman aku. skali ngan no giliran lagi. 1169 bhai!

yang dalam kotak merah tu kesalahan yang aku da buat.
jap ye, aku kasik zoom bagi jelas.

da nampak? benda remeh jek pun kan? grrr..

sejam gak aku da tunggu kat dalam pejabat tu.
punyala ramai orang hari ni. hish. sebok jek.

baru 1158?? da nak masuk lunch hour kot! bile nak 1169 nih?

lepas da puas 'berzikir munajat', last² setel gak urusan pembayaran aku.

seb baek dapat kompaun! kalo tak mau beratus gak nih!

setel ngan urusan bayar saman,
petangnya aku pegi jumpa supervisor aku.
nak amik sign dan cop untuk apply GRA. (bukan GRO ye)
boleh dia mintak aku siapkan master dalam setahun jek! o.0
terbuntang mata aku dengar. (ingat aku Einstein ke?)
dah tu nya, lepas da siap amik cop pe sume,
aku pengsan jap luar bilik dia lepas dengar berita mengejut tuh. (ok, tipu)
nak anta borang yang da siap di cop ke pusat siswazah,
sekali tengok, dia nak salinan depan buku akaun muamalat aku rupanya.
ada la pulak aku bawak ke hulu ke hilir buku akaun aku tu kan?
tangguh ke esok lagi la jawabnya nih.
kena balik umah amik buku akaun pegi fotostet dulu. (leceh tol!)

then aku ngan jena pegi berbekam.
tau tak berbekam tu apa?

credits to google image~

ni la dia berbekam.
tujuannya adalah untuk buang darah kotor dalam badan.
aku buat 3 cup jek tadi.
buat kat area tengkuk.
1 cup 15 hengget. 
tak mampu nak buat banyak² cup skaligus.
insyaAllah nanti ada duit lebey sikit, aku pegi lagi.

balik dengan kepenatan,
lepas mandi tros terlelap.
tido aku dikejutkan ngan kol dari member baek aku ajak minum.
aku da janji nak lepak minum ngan dia dari 2 hari lepas lagi.
tapi busy punya pasal, tangguh tak sudah.
tadi aku free, aku pun on! rindu nak sembang~
lama gak lepak sembang².
macam² cerita keluar.
dari topik yang aku rasa lawak,
sampaila ke topik yang aku rasa nak nangis.
tapi kami masih bergelak ketawa,
sebab aku tanak la kawan aku ni rasa bersalah.
bukan sengaja dia nak bawa berita buruk, 
dia pun tak tau yang dia baru jek sampaikan berita buruk.
he can't be guilty for not knowing anything kan? =.="
luckily, putting on a damn fake smile is just what i do best.
perit macam mana pun berita yang sampai ke telinga ni,
aku tetap kental dan mampu senyum.
"hidup tak semestinya indah, apatah lagi selamanya indah. kan?"
pengalaman banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar.
mungkin sebab tu aku semakin redha dan tegar.

kau yang aku sayang,
semoga ko berbahagia dan diberkati sentiasa.
hati ini akan tetap tabah mendoakan yang terbaek untuk semua.
=)

p/s: eventho it's a fake smile, but it comes from the heart. Ikhlas! @ an effort at least~ =)

Monday, January 3, 2011

Facebook da gile ke?

pehal facebook aku macam ni dari siang tadi hah?

taraaa!!!

tu jek yang keluar.
facebook da gile ke apa?
atau connection brodband aku yang bongok lembap macam siput babi?
hmm..*terbangang jap*

tapi aku duk layan Russell Peter yang lawak nak mampos kat youtube tu, elokkk jek.
aku jek yang tak dapat bukak ke korang pun sama hah?
hish..*masih tak puas ati*

nampak gayanya malam ni takley la aku maen facebook ek?
ok. takpe. esok pun boley.

p/s: dah tu aku nak watpe skang nih? bosan gile kot!!

Saturday, January 1, 2011

OMG!! Aku da tua!

umur aku da masuk 24 tahun ni.
orang laen sume duk sebok nak kawen,
aku lak balak pun tadek. shettt!
orang laen sume duk sebok keje kumpul duit,
aku lak blajar pun tak abis lagi. demmm!!!

macam mana nih ye.
ey, cane ni?!! *tetibe gelabah gile babi*

p/s: capai biskut 2 bungkus pastu duk termenung.....hmm.........

Sunday, December 26, 2010

Hari ini tak macam shit punnnn..

PAGI

tengah sedap mimpi, owner umah sewa kol.
dia bising² pasal takley nak masuk umah yang dia kasik aku sewa kat 'The Curve' tuh.

macik: awak kat mana? nape umah ni awak kunci?

gile ke hape? mesti ar umah tu aku kunci. 
barang² aku dalam umah tu ingat free ke?

aku: saya kat umah 'Paris' skang ni cik, nape ek?
macik: nape kunci umah ni..kan acik da btau nak datang baiki tombol pintu.
aku: alamak,petang sikit boley tak cik? sebab kuncinya kat dayah. dia pegi kenduri.
macik: nape dikuncinya..kan da bagitau nanti nak..bla..bla..bla..(nada separa bengang)

eh orang tua ni, 
memang ar ari tu dia btau nak datang baiki pintu,
tapi takde lak bagitau bile nak datang.
tak silap aku ari tu dia gak yang kate,
"nanti macik nak datang baiki, macik btaulah kat awak"
dah tu opcozla sementara tu aku kunci dulu umahnya.
takkan la aku nak biar jek ternganga luas² kasik perompak masuk 'shopping'?
semata² supaya senang bile² macik lanlord boley datang baiki tombol pintu. camtuh?
time tuh nak baiki tombol pintu wat haram jadah pe lagi dahnya??
umah da kena rompak da pun macik oi!!

aku: esok tak boley ke cik? dak dayah macam lambat lagi nak balik dari kenduri tu.
macik: mana boleyy..anak macik yang datang baiki ni keje esok..
dari tadi lagi dia da sampai tunggu nak baiki pintu nih.
kalo tak boley datang bukak pintu sekarang, 
macik takkan baiki dah pintu kamu ni lenkali.
(perghh, siap ugut! demmm!)

dah tu kalut la aku siap² pastu pegi umah sana.
naseb baek la kunci tombol tu jek yang dia takde.
yang tu aku ada la spare keynya.
kalo kunci padlock yang kat pagar tu, tak dapek den nolong.
yang tu memang ada kat dalam kete dayah skali ngan spare key sume.

umah da bukak, mintak maap pun dah, sembang pun dah!
dah tu mananya orang yang kononnya dari tadi tercangak nak baiki pintunya?? 
pagi² da wat aku rasa nak telan orang. hish. sabar jela aku!

------------------------------------------****------------------------------------------

PETANG

esok da nak mendaftar la weh!
borang daftar satu hape pun tak isi lagi.
proposal untuk apply scholar pun tak setel lagi.
apa nak jadi nih??
*tros kutip² borang dan pen*

elok baru aku nak isi borang,
lampu bilik terpadam.
"eh, carik pasal kau ye?"

takpe, semangat tak luntur.
dengan pantas aku pungut barang²,
angkut laptop pe segala pastu punggah pegi ruang tamu.
sini lampu kipas nak padam pun takpe, cukup terang dan berangin.

okeh,capai borang dulu.
dalam hati, "proposal, ur next!"
amik pen dan mula mengisi.
rasa tak sedap menulis.
tukar posisi menulis.
masih rasa tak best.
tukar posisi kertas lak.
hmm, ada benda tak kena gak nih.
betol²kan cara pegang pen.
apsal buruk sangat tulisan nih?!!!
inilah jadinya bile da lama sangat tak menulis,
macam budak baru nak belajar pegang pen.
tapi aku gagahkan jugak.
page 1, siap!
page 2, done!
page 3, bahagian ini adalah untuk diisi oleh doktor yang memeriksa, skip!
page 4, penjamin? cop ketua kampung? skip!
page 5, skip!
page 6, skip!
letak pen kat tepi, 
sambung selak page,
7 pun skip! 8 pun skip! 
pastu tros skip! skip! skip!
cane nak pegi daftar esok nih??!! 
huwarghhhhh!!! *68.99% da gile*

sohai tol la borang² nih. huh.
(yes, salahkan borang²!)
"the key to success is knowing who to blame for ur failures"

setel proposal dulu ah camni!
bukak internet, tros ke MyMaster.
usha guideline² dan syarat² isi yang kena ada dalam proposal.
okeh, da paham. rasa bijak sebentar.
bukak Drive D carik proposal latest yang da buat hari tuh.
*10 minit telah berlalu*
"eh, mana proposal latest aku? hilang ke??"
arghhhh, hantuk² kepala kat dinding.
ah! baru teringat! dalam laptop dayah!
berlari masuk bilik nak on laptop dayah.
tetibe terberenti. 
rasa mata macam da berkaca².

bukan ke dayah baru lepas format laptop??
"tidakkkkkkkkkkk!!!"

&*#%$)@^*&#!FAK($*!@$#!!!
(memaki dalam 8 jenis bahasa, hebat kan?)

----------------------------------------****-----------------------------------------

SEKARANG

update blog.
maen game kat fesbuk.


p/s: sila jangan ganggu aku kalo tanak kena kokak kepala tuh!

Wednesday, December 22, 2010

Matematik hidup


3 Ogos 2007 - 14 September 2010.
3 tahun 1 bulan dan 11 hari.
yang terpahit dan terindah.
~end~

‎"Tidak ada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau 
dan tidak ada insan yg berdosa yg tidak mempunyai masa depan"
(Surah Al-Imran:134-135)

23 Disember 2010
3 bulan dan 9 hari.
menyelenggara kehancuran demi 'masa depan'.
~start.er,again~

*srot sret srot sret* 
si tegar sedang selsema.
sila pegi tdo nuh.
kang sakit yang ni tak baek lagi,
sakit laen pulak yang datang.

selamat malam.

Tuesday, December 14, 2010

Enuf is enough


"No women can take a man from you, unless he is willing to leave."

True.
but it breaks my heart to admit it.
I was hoping that if I didn't say it out loud, 
then all of these wouldn't be true.

but I'm loosing faith.
I'm loosing sanity.
I'm loosing 'me'.

I can't do this anymore.

I'm tired of living in denials.
I'm tired of running away.
I'm tired of faking smiles.
I'm tired of pretending to be okay.
I'm tired of telling my heart that everything will be fine.
I'm tired of reminding myself to never loose hope.
every single second! again and again!!

these needs to meet an end.
cause I need some rest.
as my wounds really needs to be healed.

"Every test God gave you is custom made.
specifically made for you.
and every test is designed to make you stronger.
coz He knows your weakness,
and He knows your capabilities.
every test is to improve your weakness,
but never was made beyond your capabilities."

so this time,
let's just cut out all the running and faking parts.
acting like nothing happened is not gonna cover the fact that it actually happens.
so face it and deal with it.
no more 'marathons'.
no more 'dramas'.

 He gave you His words,
he promised you that you'll be fine.
he promised you that you 'kompem' boley get thru dis.
so stop holding back your feelings just because ur scared.
why bother being scared of loosing,
when you know it's not even worth of keeping?
it's time for you to let go of everything,
and never ever look back to what's in the past.

from now on,
let's just face the truth and slowly deal with it.
there was never anyone guilty enough to be blamed.
everyone was just playing their role as instructed by Him.

semua ini ketentuan Allah s.w.t,
walaupun sesetengah kejadian tu rasa tak masuk dek akal pun ada,
tapi terimalah setiap ujian Dia dengan hati yang tabah dan redha.
kerana setiap yang terjadi itu ada hikmah yang nyata di sebaliknya.

"semoga Allah berkati kamu."


I started running, tho I knew that there is nowhere to run to. I'm an idiot. I know!!

Niceeee!!!

hari ni memang rasa FAKTAP gile.
masuk² kete pasang radio, dengar Dj radio nyah.
siap bahasakan diri ahkak. cam cibai.
pepagi da macam haram jek mud aku.
tengahari tengah aku duk santai lepas lunch,
kat tv ley rancangan temuramah pebenda tah.
tajuk perbincangan 'adik-adik' a.k.a pondan.
dahla aku pegi mana² pun asyik duk jumpa nyah jek skang ni.
lipstick nak pink terang segala bagai.
dulu takde lak asyik duk jumpa macam ni!!
pehal tah korang tetibe macam ramai lak nak muncul skang.
elok la tu! saje jek pakat² nak nganjeng idup aku kan??!
korang memang shit!!
F YOU!

p/s: arap maap pada nyah² yang tak bersalah kat luar sana.

Friday, December 3, 2010

Nobody

It bleeds to know that I am 'nobody' to you.

Kena LAGI

Adeii.
Pagi² da kena sembur.
Memang best lah korang ni!

Yang sorang ngamuk tak dapat gaji.
Yang sorang ngamuk tak nak bagi gaji.
dah tu aku yang trok kena bambu.
Yang sorang nak aku maki staff.
Yang sorang nak tak puas ati ngan big bos.
Yang aku ni pening nak sign gaji.
aku benci jadi bos kicik.
masing² bila aku suh cakap snirik,
aku balik yang kena marah.

skang aku da tengok korang ngamuk².
jom tengok aku ngamuk lak nak? =.="
(berguna jugak akhirnya parang yang aku penat duk asah semalam)

*korang ni mesti tak tau lagi yang aku ni keturunan super saiya kan? haaa..*

Thursday, December 2, 2010

Makan orang

Hari ni hari gaji.
semua orang dapat gaji.
best gile kan?
orang tu orang ni,
semua berbaris² kat mesin atm tuh.
sengih sampai ke telinga.

aku?
aku pun pegi semak² kat bank gak.
tapi untuk bank in gaji.
aku snirik dapat gaji?

"TIDAK!!"

tak heran arr!
tak jeles langsung!!
tak rasa nak nangis pun bank in SEMUA duit ni untuk korangggggg!!!

skang ko blah,
maen jauh².
jangan ganggu konsentrasi aku.
aku sedang asah parang.

Wednesday, December 1, 2010

Orang tua gila

Hari ni pagi² lagi da kena macam² dugaan. SPOIL!!. bangun kul 7 pagi aku cuba untuk kemas rumah apa² yang patut. Dalam hati, lek ar..ofis bukak kul 8. Tros pegi mandi (sempat lagi sental bilik air) then aku bersiap nak ke ofis. Jam da tunjuk pukul 8. Shit. Tengah aku bergegas, tetibe aku dengar bunyi orang ketuk pintu umah kuat gila. "Oi, nak bagi roboh ke apa???". Aku turun² tengok. 'orang tua' ni rupanya. Aku pun cepat² bukak pintu nak salam. Sekali punya pedih dia perli aku "Lewat jugak kamu bangun!" maakkk aihhh..orang tua ni boleh tahan gak laser. pakai tak tanya apa teros nak perli². Hilang tros rasa hormat. Dia ingat aku ni macam pekerja dia ke dia nak fire²? ke dia ingat aku ni pekerja sedunia? atau dia ingat dia seorang bapa, maka semua orang ialah anak dia?? suka ati jek orang tua ni. Excuse me, who are you again?. eceyh, nak aje aku balas cenggitu. Sabar jela E.. Dah tu, aku ni bangun awal² kemas umah susah², dia siap jalan atas tiles tu pakai kasut!! eyhh, maghahnya akuuuu..pacik, u memang shit! (mentang² ko org kaya banyak pengaruh) huh!

Pastu dia da nak blah, aku langsung diam tak kata apa². Mood nak beradab sopan tros hilang. Dia da blah, aku pun start kete nak pegi ofis. Hari ni aku ada banyak keje nak buat. Nak pegi bank, nak setel gaji, nak itu, nak ini, nak macam² ah. Kul 5 abang aku da sampai, semua perlu setel cepat. Kereta da keluar dari pagar, tekan punya tekan remote pagar, pagar tu wat derk gak. "Apsal la degil sangat nih?". Aku siap turun kereta. Demm..blackout rupanya. Dah tu pagar aku da jem. Nak tarik manually pun tak boley gak. Stuck. Apekejadahla..pagi² da nak uji kecergasan minda dan tubuh badan aku lak. Takkan aku nak blah jek pegi ofis ngan rumah terbukak luas macam jemput perompak masuk nih??? Terpaksala aku dekat setengah jam berhempas pulas, berguling² cuba nak tarik pagar. Last² dapat gak tutup pagar (lepas da menyumpah dekat 3,4 buku tebal² kamus dewan). Alhamdulillah, da boleh pegi ofis.

Tengah duk drive cool² sambil nak cari balik mud yang da bersepai dari tadi (siap melalak join lagu kat radio). Tetibe boleh plak aku selisih ngan 'orang tua' tu!!! (yang juga on the way pegi ofis dia) MasyaAllah..tak cukup² lagi ke dugaan aku..mesti dia da geleng² kepala tengok aku kul 9 baru nak masuk ofis. "Hish budak ni, dahla bangun lambat, aku da tinggal umah dia lama pun tak pegi² lagi ofis.  pastu tu siap rilek lagi lak tuh. huh, terok." Aku memang da boleh agak sangat dah apa dia nak cakapppp. Sebok ah kau!!! Last² aku tutup teros radio, tekan minyak sampai kereta aku terbang pegi ofis (sila percaya). Tensen. Masuk ofis pun muka ketat jek. Staf sume diam tak berani nak tegur aku. Bukan salah aku! Aku da cuba nak cool down. Korang pun baek jangan tanya apa² la. Tapi A (staff cina yang memang jenis slamber) lagi nak tegur aku, "uit, ko okay?". dengan spontan aku jawab "ok la sangat! pagi² lagi ada orang tua gila babi cari pasal dengan aku!". yess, kan aku da kasar lagi biadap. aku da kata baek jangan tanya. Sape suh ko degil sangat.. Dengan muka tak bersalah, aku tros masuk ofis aku dengan dak² ofis yang laen sume terkedu. *whateverrrr*


sila jangan carik pasal ngan aku hari ni.

Friday, November 26, 2010

Celaru.

aku bukan marah, aku bukan benci.
tapi aku sedey.
apa sebenarnya yang dah jadi?
kisah kita da lama abis.
da tutup buku da pun.
ye aku mengaku dulu aku lukakan hati kau.
tapi hati aku tak terluka ke masa tu?
rasanya kita sama2 terluka,
tapi masing2 pun sedar itu untuk kebaikan bersama kan?
lepas tu aku masih cari kau.
sebab aku masih sayang.
aku masih rindu.
aku masih berat hati untuk kehilangan.
tapi kau benci.
kau benci aku muncul lagi dalam hidup kau.
kau tak suka yang aku masih sayang kau.
jadi aku berhenti.
aku bawak diri aku jauh2 dari kau.
aku takde lagi da amik tau pasal kau.
takde lagi da ingat2 pasal kau.
tapi sekarang kau macam sengaja letak post2 bagi aku terasa snirik.
kau kenapa?
kenapa kau benci sangat dengan aku?
apa yang aku da buat kat kau sampai kau jadi benci sangat dengan aku?
apa yang aku da buat sampai kau jadi berdendam sangat dengan aku?
sampai ko cari semula semua salah aku?
aku da tak kacau hidup kau da kan?
aku sikit pun takde buruk2kan kau.
sikit pun takde nak bermusuh ngan kau.
tak boleh ke move on dan abaikan jek aku macam ko slalu duk buat tu?
itu yang ko nak kan?
tak perlu nak buat musuh dengan aku.
tak perlu nak rosakkan kenangan2 lama kau dan aku.
untuk apa kau nak buat semua tu?
untuk ko puaskan ati kau?
puas ati dapat sakitkan ati aku?
puas ati dapat cakap buruk pasal aku?
puas ati dapat tunjuk yang aku bukan baek sangat pun?
apa yang ko cuba buktikan sebenarnya?
ko nak buktikan yang ko bahagia tanpa aku?
buktikan yang ko betol2 da tak kesah pasal aku?
buktikan yang ko jauh lagi bagus dari aku?
atau ko nak buktikan yang bercinta dengan aku ialah 1 kesilapan yang besar?
kalo itu yang kau mahu.
silakanlah.
buatlah apa kau nak.
ceritalah apa kau suka.
mana2 yang kau selesa.
janji kau bahagia.
aku terlalu sayangkan kau untuk balas apa kau buat pada aku.
aku terlalu sayangkan kau untuk bercerita buruk pasal kau.
aku terlalu sayangkan kau untuk benci dan marah pada kau.
kemenangan itu da lama jadi milik kau.
moga kau tersenyum bangga.

Tuesday, November 23, 2010

Optimism is key

slamber jek ko sound aku ye nyah.
tak sedar diri betol.
takpe, aku paham.
orang bodo macam ko ni memang tak tau mana limit ko. opss.
lantaklah ko.
tak kuasa aku nak layan ko da.
entah sapa yang kasik ko izin nak masuk campur dalam hal peribadi aku,
sedap rasa jek nak 'baek hati' tolong jadi orang tengah.
get lost la ye..maen jauh2.
BERAMBOS!

aku takkan biar orang2 tak cukup akal, 
yang tak tahu hormat perasaan orang laen,
yang tak tahu mana boleh campur, mana tak boleh.
yang tak tahu mana dia ada hak nak bersuara, mana dia takde.
nak sedap atur2 life aku.
siap nak bagitau aku apa boleh buat dan apa tak boleh.
sebok sangat pehal??
benda takde kena mengena ngan ko pun.
tetibe sembang macam ko kena tempias sama.
hek elehhh.

"dah2, jangan busukkan ati ko E."

makanya untuk saya,
hiyahhh..mari mulakan ari baru dengan azam baru..



hah, ni cabaran ni.
one step at a time ye E.
sama2 kita bina idup baru.
jauh dari orang2 gile bajet bagus, dan tak sedar diri tu.
eh, lebey2 lak.
skali nk kasik, tak agak2 lak tuh.
ko ni E, boley tahan ko punya pedas ye.
wahahahaha.
padan muka. wek!

Monday, November 22, 2010

Kuat..mana awak..

kalo aku ada kekuatan yang terpendam jauh dalam diri aku ni,
yang tak pernah aku rasa aku mampu jadi sekuat tu selama ni,
mungkin ni lah masa terbaek untuk kekuatan tu muncul tampilkan diri.
aku sangat memerlukan kekuatan itu sekarang.
sebab hati aku terlalu dimanjakan sejak kebelakangan ni,
sampai dia naek kepala!
aku suruh benci, benci, benci!
makin2 pulak dia sayang.
langsung takmo dengar cakap aku da sekarang.
sampai kesedihan ni rasa tak tertanggung lagi dah.

"ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
aku berserah padaMu ya Allah.
tabahkanlah hati hambamu yang lemah ini ya Allah.
aku akur dengan takdir yang kau tentukan.
sesungguhnya kau berhak untuk tarik orang2 yang aku sayang.
kerana kehadiran mereka sebelum ini pun datangnya dari ehsanMu.
tapi hanya satu yang ku mohon ya Allah,
aku merayu padaMu,
janganlah ko tarik orang2 ini,
tanpa ko bekalkan kekuatan, ketabahan dan kelapangan dalam hati ini ya Allah.
aku merayu, kasihanilah aku walau sedikit,
agar aku mampu redha dengan pemergian mereka dari hidup aku ini.
aku cuma hambaMu yang lemah,
dugaan ini takkan mampu aku harungi tanpa bantuanMu ya Allah
sesungguhnya ko Maha Mendengar dan Maha Mengasihani"
amin..

Saturday, November 20, 2010

Jasad yang kosong.

aku rasa nak nangis,
supaya lepas tu aku lega.
tapi aku tade sebab la plak nak nangis.

aku runsing.

tolongla cepatkan waktu.

aku btol2 hilang fokus.

otak aku kat kl.


aku nak balik.

jangan tanya aku apa2 sekarang.
aku tengah tak mampu nak berfikir dgn waras.
lepas aku dpt kuar dari neraka labuan ni,
baru kte sembang.
paham?