Showing posts with label Supplement. Show all posts
Showing posts with label Supplement. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Updates dari orang poyo sakit. wtf?

tadi sakit bagai da nak mati.
malam ley pegi tengok wayang lak kan?? lalala~

cite ni la kami tengok tadi!

lawak gila cite ni.
kami siap tengok 3D, best!
gelak tak hengat dunia kau!!!
taaapiiii..tiket dia namblas hengget! tsk3. 
sekali lagi pembaziran telah berlaku.
tapi aku puas ati la tengok cte ni, 
so hati tetap gumbira walaupun poket da rasa ringan semacam. haha.

dan ini semua adalah terima kaseh kepada salonpas!
lepas pakai benda alah nih la yang aku boley sampai ke wayang nih.
u av made my night sayang, muahh! (why sounded like lucah hah?)

baru beli tadi pastu tros 'tepek' kat belakang badan. mmm..sedap. (erk?)

rasa lega dowh pakai menatang nih,
bebas sikit rasa nak gerak.
kalo tak, gerak sikit da rasa menyucuk² dia yang perghh!
boley buat aku bunuh diri tau! (wtf? over la kau!)
tampal 6 keping belakang badan,
pastu siap da ke wayang dan ke dataran men belon sabun, eheh.
dan yang paling penting skalik,
kompem malam ni ley tido ngan lebey nyenyak,yey!!

"selamat malam semuaaaa.."

ehhhh, cop²! jap!
alang² tengah wat entry nih,
teringat lak satu mende.

hari ni kira da 25hb la ek?
ish, masa aku raya,
korang sume wish aku selamat hari raya.
ni korang nak raya,
takkan aku tanak wish lak kan?
gile keji lah aku kalo aku wat² lupa.
iklan penuh kot kat tv tuh.
siap ngan lagu "Santa Claus is coming to town" lagi.
tak logik sungguh kalo aku tak tau hari ni korang raya ye tak?

jadi pada semua kawan² aku yang menyambut hari natal,

have a merry² christmas la ye. mmuahh!!~

Tuesday, November 30, 2010

Vitamin E

Aku rasa dulu aku tade pun masalah jerawat. Kalau naek seketol dua pun, sekejap jek. Jadi aku langsung takkan risau sebab esok lusa hilang ar tu. Tapi sekarangggg..kalo naek seketol, sebulan belum tentu baek parutnya. Naek sakit hati aku tengok kadang². Maunya tak, da macam taik lalat penuh kat muka ok! wahahaha, ok hiperbola. Tapi siyes, aku memang sakit hati betol la tengok parut² jerawat ni. nak pakai foundation pun susah sebab takley nak sapu bagi rata bila ada mengelupas². Sakiiiiitttttt jiwa macik.

Last² petang tadi aku pun pegila ke farmasi untuk mencari pakwe. eh, product! huhu. Aku pun belek²la 2,3 jenis ubat untuk hilang parut (mahal la siak). Sambil² tu duk bincang² ngan macik kaunter tu nak amik ubat yang mana. Aku tanya kalau ada paket kecik sikit sebab nak pakai tak banyak. Tetibe dia mintak tengok parutnya. Aku pun selakla sikit lipatan tudung kasik dia tengok parut² yang bersepah kat pipi aku ni (naseb baek boley cover ngan tudung, haha). Aku pikir mesti dia nak kata terok gak ke apa ke. Sekali boleh dia cakap, "tu je?". Erk, terasa sedikit segan disitu. apa masalah aku ni remeh sangat je ke sebenarnya? aku yang poyo lebey eh?. =.="

Rupa²nya dia cakap macam tu sebab ubat yang aku nak tu untuk baiki parut yang hardcore punya..ubat tu siap boleh baekkan parut pas kena jahit tu ko tau! ahahahahahahhaa!!~. Aku boleh nak beli untuk bagi hilang parut jerawat ni jek (patutla mahal!). memangla macik tu sengih jek tengok. *manala saya tau cik, hehe*

Makanya pastu macik tu pun simpanla balik ubat² tu and dia keluarkan kotak ubat laen. Dia kata parut² aku ni sama macam parut demam campak sebenarnya, jadi pakai vitamin E da cukup. Seminggu nanti dia kering pastu da boleh hilang parut. "yeke????". EXCITED aku dengar! tros tak sabar nak beli! hoho.


Ni la ubatnya..(my febret kaler, huhu)

1 capsule 3 ringgit. Aku beli 3 capsule je dulu sebab pakainya sikit² je. 1 capsule boleh cukup untuk 3 hari. Jadi setakat untuk seminggu, 3 da cukup rasanya. Aku pun baru nak cuba². Kalau berkesan, laen kali baru aku beli lagi.

Tadi lepas mandi aku da pakai sikit. Lepas seminggu kita tengok hasilnya ye. Mintak²la berkesan. Kompem korang terkejot punya nanti sebab baru korang tau betapa seirasnya aku ngan Megan Fox sebenarnya. ahahahahahahaaa.."apa gelak²??" aku siyes la ngok!! tak caya tunggu ar pas seminggu^^. Tapi janganla korang dengki muka aku nanti sama macam Megan Fox punya pasal, tros korang doa² ubat ni tak berkesan lak ye. haha.


p/s: kalo berkesan nanti korang pun boleh la cuba jugak. Manala tau kot² korang ni ada iras² kak Jolie sebenarnya..kan? kan?  peace!! hehe.