Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Tindakan yang bijak!!

sakit tekak.

da berminggu² tak baek² jugak.

bangun pagi sumpah rasa tak selesa.

rasanya alang² da sakit tekak,

minggu ni elok pegi karok.

biar hilang tros suara.

puas ati aku.


Tuesday, January 4, 2011

Pedih!

aku bangun pukul doblas hari ni. yes!!
da banyak kali terjaga sebenarnya.
tapi ada benda yang balik² duk pusing kat otak aku.
makanya aku tros pejam mata tido balik.
hati ni perit sangat². *ouch*
dan aku sememangnya sejak azali lagi,
kalau otak tengah serabot, aku tido tak bangun².
da masuk pukul 12, bilik aku da rasa panas.
aku bangun mandi, on fesbuk.
skali lagi rasa macam baru pas kena panah petir.
dia block aku dekat facebook. hmm.
remove dari frenlist tu aku tahan lagi, ni block tros.
itu tersangatlah pedih la bodo!! tsk3.
............................
.............

aku nak blajar rajin².
biar master aku siap dalam masa setahun.
then aku nak cepat² blah dari sini.
things around here are going to get me killed!

Saturday, December 25, 2010

Rumah oh rumah

rumah sewa baru da halfway siap cat.
bilik dayah da siap, (alhamdulillah setel)
bilik aku dapat siap 2 side jek dinding.
tak cukup rupanya cat 7liter tuh, hish.
takpe, esok malam kita kerjakan lagi.
tilam ngan cadar pun nak kena beli gak nih.
esok gak ah nak kena buat sume tuh.
sebab esok malam da nak tido umah sana,
lusa kan da nak pegi mendaftar,
jadi semuanya mesti setel esok.
barang² juga haruslah pindah esok.

nanti da setel la baru aku upload gambar ye.
skarang baru lebey kurang dalam 50% la siap.
nak upload pun takde semangat.
tambah lak ngan sakit belakang nih,
nyte!

Updates dari orang poyo sakit. wtf?

tadi sakit bagai da nak mati.
malam ley pegi tengok wayang lak kan?? lalala~

cite ni la kami tengok tadi!

lawak gila cite ni.
kami siap tengok 3D, best!
gelak tak hengat dunia kau!!!
taaapiiii..tiket dia namblas hengget! tsk3. 
sekali lagi pembaziran telah berlaku.
tapi aku puas ati la tengok cte ni, 
so hati tetap gumbira walaupun poket da rasa ringan semacam. haha.

dan ini semua adalah terima kaseh kepada salonpas!
lepas pakai benda alah nih la yang aku boley sampai ke wayang nih.
u av made my night sayang, muahh! (why sounded like lucah hah?)

baru beli tadi pastu tros 'tepek' kat belakang badan. mmm..sedap. (erk?)

rasa lega dowh pakai menatang nih,
bebas sikit rasa nak gerak.
kalo tak, gerak sikit da rasa menyucuk² dia yang perghh!
boley buat aku bunuh diri tau! (wtf? over la kau!)
tampal 6 keping belakang badan,
pastu siap da ke wayang dan ke dataran men belon sabun, eheh.
dan yang paling penting skalik,
kompem malam ni ley tido ngan lebey nyenyak,yey!!

"selamat malam semuaaaa.."

ehhhh, cop²! jap!
alang² tengah wat entry nih,
teringat lak satu mende.

hari ni kira da 25hb la ek?
ish, masa aku raya,
korang sume wish aku selamat hari raya.
ni korang nak raya,
takkan aku tanak wish lak kan?
gile keji lah aku kalo aku wat² lupa.
iklan penuh kot kat tv tuh.
siap ngan lagu "Santa Claus is coming to town" lagi.
tak logik sungguh kalo aku tak tau hari ni korang raya ye tak?

jadi pada semua kawan² aku yang menyambut hari natal,

have a merry² christmas la ye. mmuahh!!~

Friday, December 24, 2010

Aku perlukan dadah.

sepanjang hari ni gua cuma:

- bangun pagi
- jenguk fb jap
- update blog serba sedikit
- tido balik
- bangun makan
- mandi
- tido balik
- bangun mandi lagi
- update fb
- blogwalking
- tido balik
- bangun mandi lagi
- sedang update blog
- on the way nak masuk tido balik
(gua bukan saje² wat rajin nak mandi banyak kali ar, tp badan gua berbahang!)

ini rutin khas orang mengade sakit.
urat² badan semua rasa sakit. 
demam urat bak kata dayah.
selsema ngalir² deras mengalahkan sungai. (eeww)
tapi tak reti² lagi nak pegi beli 'dadah' kat farmasi tuh.
sungguhla bajet kental tanak makan ubat.
tapi bajet jela ye, pastu merungut 800 patah perkataan.
sakitnya belom terok sangat pun padahal,
belum layak nak ditahan kat wad lagi la.
tapi mengeluh, mengomel dan merungut yang lebey.
mengalahkan orang esok da nak mati.
orang jarang sakit memang macam ni.
sekali sakit, overdramatic!
macik da tua nak..tsk3.

okeh, mata da rasa pedih.
tapi gua nak kena pegi makan dulu.
perot da bunyik kruk krak kruk krak.
pastu mandi lagi buat yang ke lapanplohribu kali,
kemudian baru boley tido nyenyak sampai esok.
nyte.

p/s: ternampak iklan salonpas kat tv. yess!! da jumpa 'dadah' yang aku nak! mekasey tv!

Wednesday, December 22, 2010

Matematik hidup


3 Ogos 2007 - 14 September 2010.
3 tahun 1 bulan dan 11 hari.
yang terpahit dan terindah.
~end~

‎"Tidak ada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau 
dan tidak ada insan yg berdosa yg tidak mempunyai masa depan"
(Surah Al-Imran:134-135)

23 Disember 2010
3 bulan dan 9 hari.
menyelenggara kehancuran demi 'masa depan'.
~start.er,again~

*srot sret srot sret* 
si tegar sedang selsema.
sila pegi tdo nuh.
kang sakit yang ni tak baek lagi,
sakit laen pulak yang datang.

selamat malam.