Sunday, December 26, 2010

Hari ini tak macam shit punnnn..

PAGI

tengah sedap mimpi, owner umah sewa kol.
dia bising² pasal takley nak masuk umah yang dia kasik aku sewa kat 'The Curve' tuh.

macik: awak kat mana? nape umah ni awak kunci?

gile ke hape? mesti ar umah tu aku kunci. 
barang² aku dalam umah tu ingat free ke?

aku: saya kat umah 'Paris' skang ni cik, nape ek?
macik: nape kunci umah ni..kan acik da btau nak datang baiki tombol pintu.
aku: alamak,petang sikit boley tak cik? sebab kuncinya kat dayah. dia pegi kenduri.
macik: nape dikuncinya..kan da bagitau nanti nak..bla..bla..bla..(nada separa bengang)

eh orang tua ni, 
memang ar ari tu dia btau nak datang baiki pintu,
tapi takde lak bagitau bile nak datang.
tak silap aku ari tu dia gak yang kate,
"nanti macik nak datang baiki, macik btaulah kat awak"
dah tu opcozla sementara tu aku kunci dulu umahnya.
takkan la aku nak biar jek ternganga luas² kasik perompak masuk 'shopping'?
semata² supaya senang bile² macik lanlord boley datang baiki tombol pintu. camtuh?
time tuh nak baiki tombol pintu wat haram jadah pe lagi dahnya??
umah da kena rompak da pun macik oi!!

aku: esok tak boley ke cik? dak dayah macam lambat lagi nak balik dari kenduri tu.
macik: mana boleyy..anak macik yang datang baiki ni keje esok..
dari tadi lagi dia da sampai tunggu nak baiki pintu nih.
kalo tak boley datang bukak pintu sekarang, 
macik takkan baiki dah pintu kamu ni lenkali.
(perghh, siap ugut! demmm!)

dah tu kalut la aku siap² pastu pegi umah sana.
naseb baek la kunci tombol tu jek yang dia takde.
yang tu aku ada la spare keynya.
kalo kunci padlock yang kat pagar tu, tak dapek den nolong.
yang tu memang ada kat dalam kete dayah skali ngan spare key sume.

umah da bukak, mintak maap pun dah, sembang pun dah!
dah tu mananya orang yang kononnya dari tadi tercangak nak baiki pintunya?? 
pagi² da wat aku rasa nak telan orang. hish. sabar jela aku!

------------------------------------------****------------------------------------------

PETANG

esok da nak mendaftar la weh!
borang daftar satu hape pun tak isi lagi.
proposal untuk apply scholar pun tak setel lagi.
apa nak jadi nih??
*tros kutip² borang dan pen*

elok baru aku nak isi borang,
lampu bilik terpadam.
"eh, carik pasal kau ye?"

takpe, semangat tak luntur.
dengan pantas aku pungut barang²,
angkut laptop pe segala pastu punggah pegi ruang tamu.
sini lampu kipas nak padam pun takpe, cukup terang dan berangin.

okeh,capai borang dulu.
dalam hati, "proposal, ur next!"
amik pen dan mula mengisi.
rasa tak sedap menulis.
tukar posisi menulis.
masih rasa tak best.
tukar posisi kertas lak.
hmm, ada benda tak kena gak nih.
betol²kan cara pegang pen.
apsal buruk sangat tulisan nih?!!!
inilah jadinya bile da lama sangat tak menulis,
macam budak baru nak belajar pegang pen.
tapi aku gagahkan jugak.
page 1, siap!
page 2, done!
page 3, bahagian ini adalah untuk diisi oleh doktor yang memeriksa, skip!
page 4, penjamin? cop ketua kampung? skip!
page 5, skip!
page 6, skip!
letak pen kat tepi, 
sambung selak page,
7 pun skip! 8 pun skip! 
pastu tros skip! skip! skip!
cane nak pegi daftar esok nih??!! 
huwarghhhhh!!! *68.99% da gile*

sohai tol la borang² nih. huh.
(yes, salahkan borang²!)
"the key to success is knowing who to blame for ur failures"

setel proposal dulu ah camni!
bukak internet, tros ke MyMaster.
usha guideline² dan syarat² isi yang kena ada dalam proposal.
okeh, da paham. rasa bijak sebentar.
bukak Drive D carik proposal latest yang da buat hari tuh.
*10 minit telah berlalu*
"eh, mana proposal latest aku? hilang ke??"
arghhhh, hantuk² kepala kat dinding.
ah! baru teringat! dalam laptop dayah!
berlari masuk bilik nak on laptop dayah.
tetibe terberenti. 
rasa mata macam da berkaca².

bukan ke dayah baru lepas format laptop??
"tidakkkkkkkkkkk!!!"

&*#%$)@^*&#!FAK($*!@$#!!!
(memaki dalam 8 jenis bahasa, hebat kan?)

----------------------------------------****-----------------------------------------

SEKARANG

update blog.
maen game kat fesbuk.


p/s: sila jangan ganggu aku kalo tanak kena kokak kepala tuh!

0 comments:

Post a Comment