Showing posts with label Rumah sewa. Show all posts
Showing posts with label Rumah sewa. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Sohai.

peh hari ni boleh tahan la rasa nak mengamuk dengan owner rumah.
cina tu memang cakap style tadah muka mintak penampar.
hangin betol aku dengan orang macam ni.
duit sewa nak suruh bank in tak menyabor.
time repair rumah, tak nampak batang hidung.
haram jadah tol.
pindah rumah la macam ni.
tak tahan aku dengan owner bitchy nak mampos gini.

Monday, February 28, 2011

Aku nak tukar bilik ngan ko. aku tak kira!

sedar² da 2 bulan jugaklah aku duk bilik umah sewa nih.
bilik tengah, langsung takde tingkap, macam duk dalam gua batu cave. =.="
tapi so far aku takde penah kena ganggu ngan apa², semua pun ok.
cuma hari ni jek rasa macam jiwa terganggu sikit.
pepagi lagi aku da nyaris tersungkur sebab tersadung wayar charger laptop.
lepas da carutkan wayar yang tak bersalah tu secukup rasa,
aku pun duk bertafakur 15 minit, pikir macam mana nak buat.
sedar² aku da mula punggah barang² aku sana sini.
meja belajar alih ke tempat yang asalnya ada katil aku,
katil lak alih ke tempat yang asalnya ada meja belajar aku.
meja kecik yang tempatnya mesti sebelah katil pun da alih skali.
pasal meja kecik ni kepentingan utama dia ialah nak letak kipas meja.
dulu selain dari buh kipas, sana la jugak aku charging enpon pe sgale,
sebab duduknya betol² antara katil aku ngan main plug.
skang meja belajar da duk kat plug, barang² duk atas meja belajar la plak ye.
yang lain² aku susun ikot mana mata aku rasa sedap nak letak jek.
so dengan meja aku yang da beralih tempat nih,
susun atur bilik da terasa macam lebih efektif skang nih.
meja da dekat sikit dengan main plug. matlamat tercapai.
takdela wayar laptop aku duk berselirat melintang tengah² dunia lagi pasnih.
da sapu² bilik, kemas² apa yang patut, siap try landing sat kat katil.
pandang² sekeliling dalam bilik, nak tengok rasa syok tak syok,
dan yesss! aku rasa aku da cukup puas ati. setel!!

sejam kemudian...

lepas aku da kehulu kehilir keluar masuk bilik duk buang masa,
aku pun angkut laptop yang pagi tadi aku bawak ke ofis, nak pasang kat meja.
tetibe aku da mula rasa tak puas ati balik ngan susun atur bilik ni.
ni la masalahnya kalo meja da duk dekat ngan plug.
kalo da enpon, lampu, sgale benda liar semua nak duk atas meja,
tak kira ngan buku², pensil box sgale bagai yang memang tempatnya atas meja,
dah tu laptop pasang nak buat keje nih nak letak mane?????

ngan lagi satu,
apsal tetibe aku rasa bilik ni nampak macam wad kat hospital????

dis is so shit.

Sunday, December 26, 2010

Hari ini tak macam shit punnnn..

PAGI

tengah sedap mimpi, owner umah sewa kol.
dia bising² pasal takley nak masuk umah yang dia kasik aku sewa kat 'The Curve' tuh.

macik: awak kat mana? nape umah ni awak kunci?

gile ke hape? mesti ar umah tu aku kunci. 
barang² aku dalam umah tu ingat free ke?

aku: saya kat umah 'Paris' skang ni cik, nape ek?
macik: nape kunci umah ni..kan acik da btau nak datang baiki tombol pintu.
aku: alamak,petang sikit boley tak cik? sebab kuncinya kat dayah. dia pegi kenduri.
macik: nape dikuncinya..kan da bagitau nanti nak..bla..bla..bla..(nada separa bengang)

eh orang tua ni, 
memang ar ari tu dia btau nak datang baiki pintu,
tapi takde lak bagitau bile nak datang.
tak silap aku ari tu dia gak yang kate,
"nanti macik nak datang baiki, macik btaulah kat awak"
dah tu opcozla sementara tu aku kunci dulu umahnya.
takkan la aku nak biar jek ternganga luas² kasik perompak masuk 'shopping'?
semata² supaya senang bile² macik lanlord boley datang baiki tombol pintu. camtuh?
time tuh nak baiki tombol pintu wat haram jadah pe lagi dahnya??
umah da kena rompak da pun macik oi!!

aku: esok tak boley ke cik? dak dayah macam lambat lagi nak balik dari kenduri tu.
macik: mana boleyy..anak macik yang datang baiki ni keje esok..
dari tadi lagi dia da sampai tunggu nak baiki pintu nih.
kalo tak boley datang bukak pintu sekarang, 
macik takkan baiki dah pintu kamu ni lenkali.
(perghh, siap ugut! demmm!)

dah tu kalut la aku siap² pastu pegi umah sana.
naseb baek la kunci tombol tu jek yang dia takde.
yang tu aku ada la spare keynya.
kalo kunci padlock yang kat pagar tu, tak dapek den nolong.
yang tu memang ada kat dalam kete dayah skali ngan spare key sume.

umah da bukak, mintak maap pun dah, sembang pun dah!
dah tu mananya orang yang kononnya dari tadi tercangak nak baiki pintunya?? 
pagi² da wat aku rasa nak telan orang. hish. sabar jela aku!

------------------------------------------****------------------------------------------

PETANG

esok da nak mendaftar la weh!
borang daftar satu hape pun tak isi lagi.
proposal untuk apply scholar pun tak setel lagi.
apa nak jadi nih??
*tros kutip² borang dan pen*

elok baru aku nak isi borang,
lampu bilik terpadam.
"eh, carik pasal kau ye?"

takpe, semangat tak luntur.
dengan pantas aku pungut barang²,
angkut laptop pe segala pastu punggah pegi ruang tamu.
sini lampu kipas nak padam pun takpe, cukup terang dan berangin.

okeh,capai borang dulu.
dalam hati, "proposal, ur next!"
amik pen dan mula mengisi.
rasa tak sedap menulis.
tukar posisi menulis.
masih rasa tak best.
tukar posisi kertas lak.
hmm, ada benda tak kena gak nih.
betol²kan cara pegang pen.
apsal buruk sangat tulisan nih?!!!
inilah jadinya bile da lama sangat tak menulis,
macam budak baru nak belajar pegang pen.
tapi aku gagahkan jugak.
page 1, siap!
page 2, done!
page 3, bahagian ini adalah untuk diisi oleh doktor yang memeriksa, skip!
page 4, penjamin? cop ketua kampung? skip!
page 5, skip!
page 6, skip!
letak pen kat tepi, 
sambung selak page,
7 pun skip! 8 pun skip! 
pastu tros skip! skip! skip!
cane nak pegi daftar esok nih??!! 
huwarghhhhh!!! *68.99% da gile*

sohai tol la borang² nih. huh.
(yes, salahkan borang²!)
"the key to success is knowing who to blame for ur failures"

setel proposal dulu ah camni!
bukak internet, tros ke MyMaster.
usha guideline² dan syarat² isi yang kena ada dalam proposal.
okeh, da paham. rasa bijak sebentar.
bukak Drive D carik proposal latest yang da buat hari tuh.
*10 minit telah berlalu*
"eh, mana proposal latest aku? hilang ke??"
arghhhh, hantuk² kepala kat dinding.
ah! baru teringat! dalam laptop dayah!
berlari masuk bilik nak on laptop dayah.
tetibe terberenti. 
rasa mata macam da berkaca².

bukan ke dayah baru lepas format laptop??
"tidakkkkkkkkkkk!!!"

&*#%$)@^*&#!FAK($*!@$#!!!
(memaki dalam 8 jenis bahasa, hebat kan?)

----------------------------------------****-----------------------------------------

SEKARANG

update blog.
maen game kat fesbuk.


p/s: sila jangan ganggu aku kalo tanak kena kokak kepala tuh!

Saturday, December 25, 2010

Rumah oh rumah

rumah sewa baru da halfway siap cat.
bilik dayah da siap, (alhamdulillah setel)
bilik aku dapat siap 2 side jek dinding.
tak cukup rupanya cat 7liter tuh, hish.
takpe, esok malam kita kerjakan lagi.
tilam ngan cadar pun nak kena beli gak nih.
esok gak ah nak kena buat sume tuh.
sebab esok malam da nak tido umah sana,
lusa kan da nak pegi mendaftar,
jadi semuanya mesti setel esok.
barang² juga haruslah pindah esok.

nanti da setel la baru aku upload gambar ye.
skarang baru lebey kurang dalam 50% la siap.
nak upload pun takde semangat.
tambah lak ngan sakit belakang nih,
nyte!