Saturday, September 1, 2012

Mintak2 la menu dia briyani ayam masak merah. nyuM!

ahad ni attend wedding kat Bahau.
sambil2 tu member sorang ada wat majlis tunang hari yang sama kat KL.
people are getting engaged and married like everyday, everywhere.
no wonder lah parents aku duk kalut sangat tanya aku dah ada 'abg' ke belom.
takkk habih2 duk bising aku memilih sangat la, maen2 sangat la,
sat g aku maen rembat ja mana2 bangla tepi jalan, dia jugak yang pengsan!
laen la kalau aku ni hot stuff sampai hari2 ada ja orang duk berbaghih nak amik no aku ni. 
itu kalo depa nak start setting pelamin malam ni jugak pun takdak hal. tinggal nak pick&sign.
 aghitu masa akak aku duk skolahkan aku pasal kawen2 lambat ni,
dia mention pasal kuota jantina skarang ni,
nisbah dia 1 lelaki, 14 perempuan. cantek.
aku ingat aku better solo jela.
rasa2 da stabil skit esok2, aku amik anak angkat ja.
dengan nisbah 1 lelaki 14 pompuan ni,
aku rasa kalau aku kawen pun buat sakit kepala ja lebey.
nak jaga anak lagi senang dari nak jaga laki.
pompuan zaman skarang ni pun boley tahan.
yang nak bercinta secara serious tu aku boleh paham lagi la.
kita ni bukan boleh control dengan sapa kita nak tersuka.
tambah2 dengan kuota skarang ni, payah nak elak selisih suka ngan laki orang.
yang aku panaih hati nih2 yang kanak2 ribena yang baru nak kenal dunia ni.
bersepah aku duk tengok pasang bapak gula sana sini. grrr.
perosak rumah tangga orang betoi la.
naseb baek bapak aku tu duk kebun ja kat kampung tu.
boleh mati pucuk aku kalo terserempak duk makan suap geli2 dengan budak2 dressing macam badut ni dalam shopping mall.
astaghfirullah, mulut! maap!

makanya, aku rela jadi andartu.
hamik ko.
dengaq kat orang tua aku, ada yg mati terkejut satg.
nauzubillah.

Bear with me.

Nope,
I did not changed.
 I'm just being me again.

Tuesday, August 14, 2012

Raya

Hujung minggu ni dah raya.
makin nak raya, makin galak busy kat tempat keje.
style jalan dalam kilang tu sampai berselirat kaki nak cepat sangat.

jumaat ni baru nak balik.
silap,
jumaat ni dah dapat balik.
tapi sampai skang busy nak mampos sampai baju raya pun tak beli lagi.

"wey eip, ko tau tak kalo takde baju raya ni takley sambut raya?"

cis.
tahi punya member.
dasar keji.

"eh, apsal lak takde? aku memang plan nak raya pakai baju kilang je tahun ni."

hati kena kering.
balik rumah termenung dalam jamban.
tahniah.

Saturday, July 28, 2012

Keadaan semasa

Lama tak update.
nak kata rindu tu takla jugak.
tapi dah lama2 tak jengah ni, gian lak rasa nak menaip.
biasanya bila dah lama tak jengah macam ni,
stylenya mesti nak kena baca balik dulu entry2 last tinggal ari tu.
dari pattern2 entry tu, bolehla nak tengok life cane before skarang ni.
baru lah nak "oooo..ari tu g kenduri dia ni..gambor tak cuci lagi.."; lebey kurang la.
kalau takde event2 pun,just nak check balik la how's life masa last aku tinggal.
baru boleh tau skarang ni tengah 'mendaki' ke tengah 'bergolek',
kalau tak review status before ni, macam mana nak tau progres skarang? kan?
hidup ni nak kena sentiasa berjalan ke depan, baru boleh maju.
kena plan supaya future lebih baek dari masa yang dah lepas.
dah kenapa aku rasa macam aku jadi Dr.Fadzilah Kamsah lak ari ni.

so hasil reviewnya, tak berapa nak cemerlang nampaknya bulan lepas.
dari segi input, memang meraban jek selama ni pun.
blog aku ni pernah pulak ada benda2 ilmiah atau event2 gah sangat pun.
cumanya kalo dah banyaknya speaking london tu, hati tak berapa nak chantek la tu.
cerita yang biasa2 pun, bahasa penulisan tu boleh tunjukkan beza emosi masa tu.
bahasa2 omputeh ni memang biasanya pakai time masa hati ada isu la.
bila tengah sakit jiwa ni, hati tengah kasar, bahasa melayu kompem keluar pun kasar.
bahasa omputeh ni penyampaiannya bunyik sopan sikit.
terlebey terkurang pun, boleh control lagi la.
'I hate you' ngan 'aku benci kau',
mana yang kau prefer nak guna? ye tak?
tapi itu cuma 1 teori yang aku guna pakai la kan.
tapi kalau dah memang niat tu nak hentam kaw2 bagi sakit,
gunalah bahasa apa pun takde bawak bezanya haa.
kalau dah pegi guna 'I f**king hate you',parah dah tu.
pegi dekat time2 cenggitu mau kena kokak kepala tuh gamaknya.

bahasa melayu ni lebih sempoi la.
penggunaan pun biasanya memang masa ati tengah tenang.
disebabkan aku tengok yang lepas2 macam kencang semacam,
ari ni rasa nak cool down sikit lah.
lagipun, hati pun memang tengah ok sikit lately.
dulu ada kes la sampai cedera parah, pastu macam lama la lost terok.
tu yang keje asyik nak bergadoh, dengan sosial lebey semacam, entahlah.
rasa macam dah tak kenal diri snirik dah masa tu.
sejak dua menjak ni rasa macam dah normal semula.
garang tu macam biasa la, tapi macam..ok la.
cumanya mengenangkan macam2 benda terlarang aku dah terbuat masa gila kejap tu,
boleh tahan sakit gak tengkuk ni asyik duk geleng kepala.
tapi yelah, benda dah jadi ni nak ubah pun tak boleh.
jadi aku tak bercadang nak serabot kepala pikir lebih2 sangat.
buat masa ni aku cuma nak relaks,setel satu benda satu masa.
more like damage control la, repair apa yang boleh.
apa yang tak boleh tu, next time harap tak jadi lagi.
semua manusia pun buat silap.

Tuesday, June 26, 2012

The TALK

These few days,
I found myself feeling depressed.
why?

it's because of the TALK.
where it brings out probably just about everything that goes wrong with your life,
(and everyone else's life too)
and the way how you have been handling your life lately,
(and everyone else's life too)
the things you haven't achieved,
the things you should have achieved,
the things what other kids do and you don't,
the things what other kids wouldn't do but you did,
(comparisonssucksbecauseyoualwaysendeduplookinglikealoser.shit)
and all sort of things.
including marriage. of course. (duh!)

when you say nothing + you upset people = ur an ignorant bitch.
when you actually say something + you upset people = ur a very rude bitch.
great. i just love maths. =.='

I have been taking my responsibilities seriously and what did I get?
a little experience and a whole lot of depression.
and a bunch of craps and shits too.
like seriously.
my life itself has always been a chaos.
the ups and downs are going like nuts.
(which is usually more of the downward side than the upward side.)
*gosh my life! takes a sip of coffee and then c'nues..*
but still, people keep questioning the little things I do and say.
as if things weren't bad enough already that they had to make me feel even worst.
just because I don't turn out to be as what you expected to,
or just because I refuse to do as exactly as what you told me to,
so you choose to say mean things to me everyday and make me feel bad about myself?
so that I would come to my senses by that or what?
like that's gonna work. pfft.
so they say that I'm loud, impatient and short tempered.
and yup, never once that I deny the fact of it.
BUT,
did I or did I not try my best to please everyone?
even with that much of flaws I had in me,
did I or did I not try to make an effort to keep everyone happy?
and YET,
all you see are my flaws and never any of my effort.
I grew up to be a woman that had so much anger in me.
having to deal with so much problems starting at a very young age,
and other people's problems too, which is ridiculous sometimes.
I guess it's just too much to deal with that makes me what I am now.
which is someone with anger management issues.
if I get to choose, you think I would choose to become this?
you think I would choose to be hated for this?
I am not blaming life for causing me to be who I am now,
nor am I blaming the genetics in my family for the reasons of who I am now,
but I guess a little appreciation and understanding would be nice.
but that is just too much to ask isn't it?
so you know what?
I think I've had enough.
I've done my part and I seriously think it's time for somebody else to do the part.
I had too much on my plate already and I don't mean food!
so I guess you guys can carry on without me.
its not like you would prefer me over someone else right?
cause there's always someone else better than me.
who can ever beat the worst?

while me..


I'm just gonna seat here and relax.
pretend like I know nothing, heard nothing, and definitely say nothing.
ignorant is bliss.
not that I'm proud of it but at least I've tried dealing with almost everything,
and nothing seems to turn out right,
so I guess it's time to embrace it.
so again,
ignorant is bliss.

p/s: I'm not setting up a great example for the younger ones did I?
ah, lantaklah. take care everyone!

Friday, June 15, 2012

KL - 3 DAYS

esok dah nak gerak ke KL; subuh2 bertolak.
and today, I'm feeling all gloomy and malas.
baju tak basuh lagi, conference paper tak buat lagi.
pastu my 'ulcer' dalam mulut makin sakit nampaknya.
the wound is getting deeper sebab asyik tergigit berkali2.
which is annoying sebab malam2 tengah tido tetibe terpaksa bangun cari bonjela.
then my index finger semalam tersepit kat sliding door. grr.
hari ni dah kurang 1 jari nak menaip. tahniah.
nak basuh kain tapi sabun habis so kena pegi kedai dulu nampak gayanya.
tapi mandi pun belum lagi ni, aaahhh malasnyaaa!!
tapi esok kena jugak pegi KL macam2 mana pun.
adik aku nak pakai kete nak pegi cari rumah.
and aku pun dah buat janji ngan member2 kat KL nak meet up lepak2.
then nak pegi amik mak aku bawak balik batu pahat.
lepas ni mummy ada kat sini, kena behave! huuu.
semoga esok dah rasa excited nak jalan2.
kalo esok duk moody macam ni jugak, huh parah dah tu.

roger and out!

Wednesday, June 13, 2012

Selamat Pengantin Baru Ani+Sofi

sejak daripada hantar progress report 5hb hari tu,
pastu pergi wedding Ani kat K.Terengganu 9hb,
satu benda pun aku tak sentuh lagi keje2 laen.
conference paper due 20 Jun, ni aku nak pegi KL pulak 16-18 Jun.

sebut pasal pegi K.Terengganu hari tu, fuh adventure btol.
daripada tak jadi pegi, tetibe jadi pulak,
pastu bertolak dalam pukul 11 or 12 malam camtu dari Batu Pahat,
pukul 7 or 8 pagi sampai K.Terengganu, bertiga dengan dayah+shx,
sampai2 teros breakfast, bersiap salin baju kurung kat masjid pe segale,
teros ke rumah ani untuk attend majlis nikah dia kul 10 pagi.
majlis sanding dalam pukul 12 lebey kurang.
ok semua info ada lari sikit terlebey atau terkurang sejam sebab aku pelupa. heh.
tapi yang aku ingat is cantik gila pelamin ani, nampak simple+fresh; thumbs up!

shx sebagai photographer; mekasey!

"tahniah buat ani+soufi; semoga berbahagi selamanya."

setel majlis tros gerak balik semula Batu Pahat.
sempat la singgah Pantai Kemasik maen air kat Kemaman,
pastu singgah Pantai Mok Nik lak makan keropok lekor,
then singgah rumah abang nik aku, dinner+mandi+jenguk anak buah.

halah2 comelnyaaaa..huuu~~

lepas dinner tros sambung perjalanan balik ke Batu Pahat dalam kul 9.30 malam.
tadi shx dah drive dari K.Terengganu ke Kemaman,
so skang turn aku drive dari Kemaman ke Segamat,
then sambung dengan orang seterosnya.
tapi disebabkan aku dah ngantok sangat,
tak sempat sampai Segamat dah tukar driver ngan dayah. hee.
alhamdulillah dengan semua penat dan mengantok,
macam2 hal segala, tapi semua selamat sampai ke Batu Pahat akhirnya.
esoknya tuhan je tahu penat ngan lenguh badan tu cane.
sehari sebelum ke K.Terengganu tu dah lenjan badan ngan macam2 kerja,
pastu tros sambung dengan travel sikit punya jauh.
bak kata bapak shx; "apsal ko tak pergi sampai siam jek tros??"
tetttt. bestnya kena sindir. huuuu.
all and all, gambar dalam camera ada cecah 300 keping jugaklah.
tipu la kalau kata dalam penat dan problem sana sini tu langsung tak have fun.
paling syok maen air kat pantai lah for sure.
ombak dia sikit punya ligat lagi.
malangnya kat Pantai Kemasik ni tak dibenarkan mandi.
kalau tak kompem aku dah celop2 kepala dah. huuu.
tapi sebab view kat sini cantek, plus ombak dia yang tak tahan tu,
ramai gila newly wed buat photoshoot kat sini.
bersepah couple2 dengan baju pengantin duk baring sana sini amik gambar.
naseb baek jugaklah cuaca tak hujan.

nah, dengan baju kurung aku terjun pantai. ada bran?

p/s: belakang tabir? biarlah rahsia. 
semoga tuhan permudahkan segala urusan2 yang mendatang. amin.


Monday, May 28, 2012

Keje oi!

hari ni kul 7.15 dah terpacak kat opis; ok ngantok. =.="
datang awal penuh semangat sebab sedar diri banyak keje belum siap.
due date pulak dah dekat; last 5 June 2012.
kena siapkan draft thesis, report siswazah dengan paper conference.
gila banyak nak kena buat dalam 1 masa; insyaAllah.
akibat suka sangat buat keje last minit,
sekarang semua benda tunggang langgang.
esok nak kena pindah rumah.
esok jugak opis nak direnovate.
barang2 kat opis nak kena dipindahkan keluar esok.
barang2 rumah pun nak kena dipindahkan esok.
dah kena bawak balik barang opis ke rumah yang tengah macam kena ribut tu,
bawak pulak pindah barang2 tersebut ke rumah baru,
pastu nanti bawak semula masuk ke opis lepas opis da siap renovate.
tu pun kalo opis siap renovate cepat lah.
kalau tak? kenalah buat keje kat rumah guna internet yang lembab macam haram tu.
tahniah lah dengan keje tengah banyak sekarang ni.
sempat ke tak nak siap semua ni? insyaAllah.
insyaAllah memang takkan sempat siap.
wakaka.

tahniah.

T______T


Wednesday, May 16, 2012

Time to get a haircut.

Long straight layered hair is getting pretty lame; i think.
[maybe sebab tu jela hairstyle aku dari dolu2 lagi. eheh.]
dah bosan dah dengan rambut style ni.
I'm up to try something new.
idea tu ada tapi tak mampu nak decide.
samada nak try perm atau shave.
here's some pictures of hairstyle yang aku nak cuba tu.

rihanna - side hair shaved

jane doe - side hair shaved.

OR

scha - perm

katharine - perm

so yang mana?
nak shave atau nak perm?
nak cool atau nak ayu? *uhuk*
help me out guys.
drop la komen sebarang dua.
;)

Tuesday, May 15, 2012

Monday, May 14, 2012

Tak semua orang suka membaca sambil dengar lagu.

memekak betol la pasang lagu kuat2 kat blog.
nak blogwalking pun rasa menyampah.
mana nak membacanya lagi, 
nak mendengar lagunya lagi,
kalau ye pun, pasang lagu yang tenang2 sikit boleh?
sakit gegendang telinga aku ni.
haih.

laenlah kalau aku Mr.Crab


I think I love you. ;)


thanks for brightening my days.
'brighter than the sun' - katharine mcphee

Mother's Day lah pulop!

mother's day semalam, yeah i know.
tapi seharian aku kat kuantan,
didn't get the chance to write this post.
balik tadi belum pukul 12 pun sebenarnya,
tapi delay sebab duk godek cari gambar pulak.
I hope this is not too late.

Mommy a.k.a Datin Sri

she may not be nominated as the best mother,
but who cares?

Happy Mother's Day Mommy.
;)

love,
kakak

Sunday, May 13, 2012

Politik?

to those yang sebok bergado pasal politik tak tentu hala,
I recommend you guys to watch this. 
it's a good one by MohdLutfi ; thumbs up!
terimalah dengan hati dan minda yang terbuka.


berdiam diri tidak semestinya bermaksud tak mengambil berat.
there is just no need to make things even worse.
;)

Thursday, May 10, 2012

Cheesecake. Nyum!!

cheesecake ; my favourite. 
*ehem, tengok badanla!* XD

hari tu dah masak cheesecake.
tapi sebab bahan tak cukup,
aku campak jek masuk sume apa yang ada, then tawakal. ;)
segala jenis bahan yang isinya lemak berkrim, semua aku bubuh!
pastu buat muka yakin jek gaul sume bahan ala2 chef wan.
mula tu takot2 sebab risau jugak if kek tak jadi.
then pikir2 balik, how worst can it be?
tong sampah family aku tak pernah memilih lagi setakat ni.
lalalalala~~

so after leaving it in the fridge semalaman,
esoknya bangun jek tido, tanpa gosok gigi tros ngap!!!
fuhhhhh, aku dah agak dah sedap gila hah!
*padahal terkejot gila yang kek tu end up edible, 
da standby makan depan tong sampah in case nak terkeluar balik* ;P
bangga la jugak aku beberapa saat sebab resipi mengarut aku menjadik!
*walaupun cubaan membuat corak atas kek da rupa macam lukisan dak 2 tahun*
yang penting rasa dia success. (ke syok snirik? haha)

then sebab sedap sangat *eceh*, kek tros habis dimakan.
langsung tak sempat nak even amik sekeping gambar pun.
apatah lagi nak upload dan canang kat 1 dunia yang aku berjaya wat cheesecake.
memang tak sempat! *sambil mulut mengunyah sisa akhir cheesecake*
then sebab tak puas makan sebab hari tu wat sikit jek,
*wat sikit gara2 takot tak jadi nanti sayang bazir banyak2*
so aku decide nak cuba buat lagi.

ingatkan nak buat esok lusa jek.
but since prek ada kat sini (kemaman) skang ni and nak balik dah esok,
so I thot y not just make it tonite then esok boleh prek sempat rasa.
itu yang kul 2 pagi (orang laen semua da tido) tapi aku still kat dapur.
kali ni aku siap beli bahan semua lengkap and siap timbang sukatan tepat2 lagi.
dah siap godek dah pun, tu duk tengah 'terbakar' dalam oven tunggu dia masak.
harap2 naek elok jek and lagi sedap la rasa dia.
kalau tetibe kek tak jadik/ tak sedap macam kek yang aritu,
memang parahlah. parah sangat2 sebenarnya.
sebab aku langsung tak ingat apa aku bubuh dalam kek aku buat aritu!
aku taram jek semua benda kot. 
T______T

padahal dah buat yang taram pun rasa elok jek.
ni yang dah buat betul2 follow resipi ni, nebes lebey lak.
teramatlah tak confident if the cake is edible. apatah lagi sedap. =_="

esok baru boleh rasa kek.
aku duk intai2 kek dalam oven tu tadi, nampak macam ok jek.
tapi maybe aku patut tadah tong sampah siap2 depan prek esok.
just in case takot2 dia kunyah sesuap dah termuntah sebaldi.
yang penting kasik prek rasa dulu.
kalau terkena tak sedap pun, dia yang kena, bukan aku. HAHA.
but if it turns out sedap gila, then the rest is mineeeeee.
korang tak payah!
ok gurau.
;)


p/s:
tengoklah kalau aku tak pelahap malas sangat, 
maybe aku try upload gambar kek tu before aku bagi prek makan esok.
kalau tak sedap pun bukannya korang tau kan?
dalam gambar nanti aku edit la kasik cantik.
wahahahaha. haip!

Tuesday, May 8, 2012

My EVERYDAY checklist

disusun mengikut nafsu kepentingan seharian

otak aku memang pusing kat situ jek ari2.
memang eloklah. bagus sangat2!
tang makan tdo tak pernah miss.
kejenya bila nak buat??
=_=''

Monday, May 7, 2012

SINGLE and FAMILY

sekarang memang style update blog sbulan skali rasanya.
kalau lagi banyak gap masa per entry, lagi bagus. cayalah!

2 minggu dah aku kat kemaman.
still feeling guilty sebab terpaksa tinggal my housemate sorang2.
lagi2 after dah pernah janji tak tinggal dia kat BP tu sorang2.
tapi ni balik kampung, bukan tinggal tros. patot tak boleh kira mungkir janji.
huhu. sorry2.
but I still feel bad. seriously.
dear housemate, i just want you to know,
*nak cakap face to face kompem tak lepas ni*
aku tak pernah lupa ko tolong datang duk BP teman aku,
so aku takkan mungkin nak tinggal ko kat situ pulak.
eventho memang banyak kali kte sama2 fikir pasal aku nak cari kerja,
and aku slalu cakap pasal possibilities maybe aku kena keje tempat laen,
tapi sebenarnya aku takde tergamaknya nak blah tinggal ko kat BP.
eventho ko kata xpela, ko paham. but I still feel bad coz ur my bestfriend.
I am the worst friend ever kalau aku tinggal ko kat sana lepas da ajak ko datang.
it's just something that came out of my mouth masa duk fikir berat2 tu.
ikotkan, aku yang memang kalo boleh nak menetap lama lagi kat BP.
kalau ko takde pun aku da cukup berat hati nak let go rumah tu.
inikan pulak ko ada kat situ, aku mestila nak duk ngan ko.
aku tak rasa aku boleh serumah dengan orang laen pun.
skarang aku tengok ko pun dah plan nak pindah KL tahun depan.
maybe sebab aku selalu balik kot?
atau sebab aku selalu complain susah cari kerja kat bp?
sorry. maybe I should have thought of that earlier before ajak ko datang.
ikot plan asal, aku pun memang nak pindah KL lambat laun,
tapi maybe ko patut gerak dulu la kot sebab ko susah nak tukar tempat keje.
at least you're not stuck in BP because of me.
sementara tu, aku nekad nak cuba jugak cari kerja kat sana since aku da janji camtu.
aku taknakla ko rasa aku sebagai kawan baek ko, sanggup tinggal ko.
ada setahun lagi before ko abis HO, aku mesti boleh dapat keje lah.
cuma skang aku desperately nak beralih angin jap.
it's just something I have to do.
sebab aku fikir ini lah jalan terbaik supaya aku boleh siap keje cepat.
cepat siap master, cepat aku boleh fokus cari kerja kat BP.
tak payah dah kita serabot2 pasal aku nak kena keje tempat laen.
sorry tinggal ko lama2 sampai ko terpaksa jalan kaki ulang alik pergi keje.
please don't hate me for this.
T____T

other than that, its a relief.
tu je aku mampu cakap.
dapat balik jumpa family,
lari kejap from all the stress kat BP,
yup, lega. definitely.

aku single.
(ok, bukan tengah cuba jual saham kat sini)
and it's not that i'm not happy with it.
it is kinda fun bila tak terikat dengan komitmen.
kurang benda nak fikir and risau, hidup pun senang sikit.
sebab now you can focus on ur own life and future.

its just that bila kita single,
akan ada masa yang kita suddenly rasa lonely sangat2 and down gile2.
masa tu rasa sunyinya, bosannya, serabotnya, and all kind of negativity lah.
even ada kawan ramai2 pun still rasa macam ada kosong dalam jiwa tu.
you desperately feel the need of having #someone by your side.
someone that you can really talk to or share stuffs with.
coz in life, tak semua benda kita boleh talk and share dengan kawan.
such as feelings. example paling mudah la aku bagi.
kawan baek macam mana pun, feeling2 ni still ada limit bile nak share.
ada benda, dengan loved ones je kita ada kemampuan nak cite, nak kongsi.
kenapa tu, aku pun tak sure. tapi paham la kan?

so benda ni, atau fasa ni; aku sedang lalu skarang.
i feel lost, and it worries me in a lot of ways.
coz you can't put time on hold.
I am someone who knows what I want in life.
tapi bila prasaan macam ni datang,
aku macam hilang punca.
pastu masa pulak sentiasa je berjalan macam biasa,
then sedar2 aku da rugi banyak benda.
which puts my future at risk.
I need some inspiration/motivation to keep me moving.
biasanya I easily get motivated just by looking at other people.
how they have succeeded in life,happy and dem rich.
but this time. no can't do baby doll.
there's a black hole in my heart, huge i tell you!
that needs more than some inspiration to do the work.

and i realize that things are getting worst bila
1) nak makan pun dah MALAS
2) buat apa2 pun rasa TAK KENA
3) semakin TAK SABAR
tang tak sabar tu in terms of emosi.
suddenly rasa macam semua orang tak paham apa aku rasa.
then mula lah aku nak naek2 suara. 
bajet dengan naek suara tu orang boleh lebih paham la??
tak bijak kan aku? terbawa ngan emosi.
alang2 tu, aku amik peluang ni nak mintak maap.
sorry pada semua yang terkena tempias bitchy aku ni.
and lastly, 4) I can't FOCUS
kadang2 duk tengah lepak ngan member pun aku boleh lost.

this is why tiba2 aku decide to take a long break and balik kampung.
coz there's no other place better than home.
aku tak taulah orang laen.
but i find home where there's family; is the most comforting place to be.
tros dah tak rasa dah the desperate feeling of needing #someone.
coz actually, it's not the people that your heart desires, 
its the love that they have always had for you.
being with someone special makes you feel loved,
but being with the family that loves you? it makes me feel blessed. ;)
and this is why family biasanya akan jadi keutamaan aku.
sebab aku snirik, aku perlukan diorang lebih dari tu lagi.
cumanya tu jela, family; they will always be there for you,
"i'm just a phone call away" bak kata abg nik aku,
but they can't always sit there next to you.

so even perasaan tu mungkin takkan sama dengan having #someone sentiasa.
but it helps a lot. 'clears' a lot!
paling tidak pun, dapatla ganti jap perasaan tak senang tu.
*bolehlah bertahan nak continue single setahun dua lagi, XD*
well kita semua takkan lari dari perasaan perlukan #someone di sisi.
tapi feeling desperate is not good so do something about it!
macam aku buat skarang la, balik kampung! hee.
even esok2 bila da balik rumah, jauh dari kampung and family,
that miserable feeling akan datang semula after a while, true,
tapi at least bila dah balik kejap ni,
perasaan 'senang' yang sekejap ni mampu pulihkan banyak benda.
*takdelah duk rasa desperate sangat lagi dah kan? XD*
well I am all good for now.
already feeling like starting new.
fresh and stress-free.
self motivation restored.
semoga hidup akan lebih dipermudahkan lepas ni.
;)

dah lama2 tak update blog ni,
hamik kau 1 entry sikit punya panjang.
kira cover sebulan punya cerita la ni.
chow.



p/s: people do crazy things when they are desperate.
crazy things which they will soon regret doing it. yup, that kind of things.
i've been there, i've done that and I definitely know the feeling; it sucks.
so try to avoid feeling desperate. be optimistic.
but if it still doesn't work, do not hesitate on getting help.
better be safe then sorry.


Friday, April 13, 2012

Happy Birthday Jena!! (12 April 2012)

celebrate simple je kat Dagan Rengit Coffee - BP.
tak lupa beli kek 3 slices kat secret recipe.
tak sempat beli hadiah pun lagi untuk jena.
nantilah beli, hadiah dapat lambat sikit pun takpe kan? hehe.
aku ni dahla foul tang pilih hadiah. maap!
memang amik masa sikit nak memilih ni.
T____T

happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to jenaaa..
happy birthday to you..

nah kita tempek gambor sikit.

birthday gurl~
with tunangnya en.zarip~
ngap!
 ngap! ngap!
 kami lorh~

semoga panjang umur murah rezeki ye cik manis.
kami sayang kamu tau!! ngeee~~
cepat2 la kawen, nanti dapat anak kasik kat aku.
;P

Health Check Up

Last few weeks, I 'makan besar' with my housemate.
ktorang makan home made grilled foods.
kebanyakannya ialah daging sebab I suke makan daging.
usually I makan daging banyak mana pun,
I tak pernah rasa tak best lepas tu.
paling tidak pun I rasa kenyang terlampau jela. ;P
but that day, after dinner I tros rasa headache trok.
boleh rasa sakit tu kat ubun2 kepala.
it felt weird la.
tak macam sakit kepala yang I normally get tu.
biasanya sakit kepala sebab cuaca panas or kurang air.
and sakit dia tak macam ni.
suddenly I feel the need to run some medical check ups.
my last check up pun 2 years ago rasanya.
dah basi dah pun yang tu.
for the past 2 years I tak buat check ups bukan sebab malas.
tapi sebab benda alah check up ni mahal.
nak run few simple test pun da cost almost a hundred.
berenang air mata ni tahu.

now luckily my bestie da jadi doctor.
she works in BP's general hospital (thank god!)
so I kira da ada private doctor la. ;)
semua keje da jadi mudah sekarang.
amik darah kat rumah je then dia bawak ke hospital untuk run test.
for freeeeeeee~~~~ huhu.

 3 test tubes.
darah pekat likat. eeuw.

rasanya darah I type A.
and as I expected,
cholesterol level I agak tinggi.
sebab tu I mampu sakit kepala that day.
mentekadarah makanan kolestrol tinggi dengan banyaknya.
kena cut off high cholesterol foods la lepas ni.
T___T

bila dah makin tua ni,
mula la nak ada banyak penyakit.
so I suggest kat sume orang sila pergi wat medical checkup.
you might never know bila nak kena penyakit.
jangan dah terok baru nak berubat, lupakan jelah.
and owh, jangan jeles I dapat checkup free.
keh keh keh.

Thursday, April 12, 2012

Potong lagi!!

cubaan menjadi engineer lagi hari ni.
kali ni nak leraikan toaster untuk dibersihkan.
sebab penuh ngan bulu kucing. i.e Oyo.
jijiks jek rasa nak buh roti ngan bulu penuh kat toaster tu.
ruang nak dibersihkan kecik,
so pakai jari jek dulu lap tarik bulu and habuk keluar.
skali!!! zasss!!
demit.
potong jari lagi.
tajam rupanya.
=.='

nak jadi engineer memang kena macam ni gamaknya.
wat keje sikit, hilang jari. hish.
tula kecik2 tanak belajar rajin2.
kalau tak, dah boleh jadi doktor dah skarang.
kalo terpotong jari pun, boleh rilek jek jahit snirik.
haha. gile.