Buat seketika, aku rindukan suasana itu.
Hiruk pikuk bandaraya Kuala Lumpur.
Kelemasan di dalam kesesakan lalu lintas.
Kesibukan yang membuat aku leka dari masalah.
Kesibukan yang membuat aku leka dari masalah.
"The city that never sleeps."
Setidaknya aku tahu, aku bukan keseorangan.
Manusia tidak ada yang sempurna.
Tetapi aku masih mahu mengejar kesempurnaan itu.
Sehingga aku kehilangan harta² paling berharga dalam hidup aku.
Aku ditinggalkan terpinga-pinga.
Apa aku patut bersedih atau bersyukur.
Kerana akhirnya aku diberikan kesedaran.
Tetapi aku kehilangan orang yang aku sayang.
Aku rindukan segala²nya.
Kini aku cuma mahu bangkit sembuh.
Sembuh dari semua luka lama.
Di sini bukan tempat aku.
Keheningan malam di sini mengembalikan segalanya.
Kenangan lama itu datang menyerbu lagi.
Satu persatu ligat berputar di celah setiap ruang sempit mindaku.
Aku bencikan kesunyian ini.
Terlalu sunyi sehingga mindaku terlalu mudah didengari.
Fikiran kerap dihimpit emosi sehingga aku rimas.
Setiap detik aku mengeluh.
Aku mahu lari jauh.
Jauh dari mindaku sendiri.
Bawalah aku ke tempat fikiranku menjadi kaku.
Bandar metropolitan itu.
Kebingitan yang tidak pernah berhenti.
Aku mahu pulang.
Ke suasana yang buatku tenggelam.
Jiwa kosong, menerawang.
Biar aku tidak lagi kenal siapa diri aku.
Semoga aku lekas sembuh.
Sembuh dari luka yang dalam itu.
Luka yang aku coret sendiri.

0 comments:
Post a Comment