Sunday, May 29, 2011

Tournament Futsal dekat Parit Besar B.Pahat

ni sebenarnya first time aku join maen futsal.
dah ada orang ajak maen, aku pun join jeklah.
in fact, aku memula tu nak datang tengok jek.
tak bercadang pun nak turun padang sekali.
datang konon²nya just in case tak cukup orang.
tengok² aku lak yang maen seronok lebey. haha.
seronok rupanya maen futsal ni weh. serious!

tournament petang tadi ktorang menang 3rd place je; hadiah RM200.
bukanla tanak terima kekalahan tak berjaya rebut tempat 1st and 2nd.
tapi seriously memang diorang menang tu kira atas naseb jek tadi.
sebab diorang dapat goal pun secara tak sengaja. eksiden je ok!
sebab goalie kitorang pun stok tak penah maen futsal jugak before nih.
so dia pun tak tahu sangat dengan rules² ni semua (sama la macam aku).
bendanya kalo tangan goalie tak touch bola, tak kira goal pun tadi.
goalie ktorang plak mana lah tahu yang dia patut biar jek bola tu tadi.
arghhh, ok ada sikit tak puas hati la jugak sebenarnya.
sebab menyesal tak pulun bagi paham rules tu dulu before start main.

apa² pun, alhamdulillah menang la jugak even 3'rd place jek.
tapi 3'rd place for 1st timers wasn't that bad after all jugak kan?
so walaupun tak menang 1'st or 2'nd, semua happy jek sebab dapat main.
masing² paham semua baru nak kenal² futsal, so we took it as our 1st lesson.
and since aku dah jatuh chenta ngan game futsal ni,
aku dah decide untuk join team futsal UTHM next semester.
En.Halim (coach) pun dah panggil aku turun padang join training petang².

so sekarang aku dah ada 2 hobi baru di waktu petang.
ke gym dan ke futsal. rasa macam heaven gila life skarang.
dah lama gila weh tak dapat luangkan masa buat benda² aku suka.
naek gunung pun aku dah lama tinggal. kayak lagilah dah berzaman.
siyes rindu gila nak naek gunung, kayak, white water rafting semua.
kalau ada peluang, aku nak naek gunung stong ayam skali lagi. rindu kem baha.
bila lagi baru dapat pegi entah. sebab benda² macam ni bukan boleh pegi sorang².
T______T

rasa macam bosan gila life bila takde aktiviti seronok² yang aku minat camni.
bosan dah aku duk isi masa lapang aku ngan tido dan makansampaigemok.
sekarang dah ada balik aktiviti lasak² sikit macam ni,
seriously rasa macam ''oh, indahnya dunia''. naek sikit semangat.
thank god life is getting so much better now. alhamdulillah.

=)

p/s: cuma satu jek aku kurang gemar kat game tadi. ramai betol pengkid. geli lah!

Sang Mantan


klik SINI untuk lirik penuh.

Thursday, May 26, 2011

Super duper busy.


pening kepala satu.

pening kepala dua.

pening kepala tiga.

dan semakin banyak lagi pening kepala.

T_____T

Gym - Day 1

berjaya kuatkan semangat ke gym hari ni!
tapi yang tak boley blahnya gym tu penuh ngan jantan SAHAJA.
aku sorang jek pompuan ayu kat situ! hak tuih. ayu ke? muntah.
tak best betol la gym tu jenis campur laki pompuan. grr. btw,
"hoi! khamis khas untuk kegunaan perempuan jelah!
ni yang tetibe penuh gak ngan jantan nih, ada plan nak tukar jantina ke??"
ok berangan jelah kalau dapat jerit kuat² sound orang macam tu tadi.
mau kena hentak ngan dumbbell oleh abang² badan taf yang sedang ber'workout'.
T______T

naseb baek jugaklah aku orang pertama yang sampai kat gym tadi.
yang jantan² ni sume sampai lepas aku dah start exercise dalam 15 minit,
so even gym dah mula dipenuhi ngan jantan pun, aku mampu lagi wat tegar jek.
sebab aku pikir, bukan senang aku nak ringankan kaki melangkah ke gym nih.
kalau first day dah down, memang terkubur lah niat aku nak simpan 6 pax. eceh!.
tapi kalau aku sampai tadi gym da penuh dah pun ngan jantan² tak reti membaca ni,
memang sah² aku dah patah balik umah dah. tros membuta tanda protes! haha.
*keje universiti tapi jadual tempek sikit punya besar kat pintu pun tak reti nak baca,huh*

so hari ni sejam aku pergi gym. sejam exercise, peluh sakan la weh! *tetibe terharu* wtf!
aku cuba treadmill, rower pastu mesin yang untuk lengan ngan pinggang tu selang seli.
tak dapat nak cuba semua equipment tadi sebab ada lelaki² tu duk kongker. cis.
(menyampah jek tengok siap duk berurut², peluh menitik² pun boleh duk gesel². eew.)
ok ngumpat lak yang lebey. haish. so far puas hati dengan mana yang ada.
yang mana mesin yang aku tak dapat cuba petang tadi, maybe next time. 

moga² lekatlah rutin ke gym tiap² petang. 
kalo cukup sebulan straight aku dapat kekalkan rutin ke gym tiap² petang,
dapatlah aku wat review sikit untuk hasil dia nanti. aiseh, bestnya!

wish me luck!!

=)

Fix you


full lyrics

Wednesday, May 25, 2011

Awas! pompuan emosi terganggu sedang berkeliaran.

otak serabot gila lately.
baru sekejap rasa happy, kejap lagi da serabot balik.
sekejap rasa macam nak lompat² seronok gila.
sekejap rasa macam nak lempang² orang, tensen gila.
T____T


"When everything seems to be going againts you,
remember that the airplane takes off againts the wind,not with it" 
-Henry Ford-

Monday, May 23, 2011

Brader kaunter library UTHM yang kerek nak mampos tapi tak jugak mampos² lagi!

Tempat kalau canggih macam mana sekalipun,
duk dalam bangunan nek tingkat atas pakai jet skalipun,
kalau bagi layanan servis suck macam gamfrang, 
baek tak payah!! buat malu jek.
T___________________T

baru student datang mintak tolong sikit,
ko da buat muka ketat gila macam keje tu susah sangat.
siap maen hempas² keyboard, hentak² meja sgale bagai,
lagi siap mendengus tak berhagak macam fedup sangat,
ai, busy sangat ke sampai mintak tolong sikit da marah²?
aku tengok skrin tu dari tadi facebook jek yang lebey.
kalau tak facebook, sembang kung kang kung kang.
paling tak boleh blah, nak buku aku maen rentap² jek.
hape ko da takde mulut nak mintak elok² barang aku?
pastu time pulang balik maen tolak² jek. dasar setan gondol!!
dah tu ko tolong pegi cari buku, datang balik siap maki² aku.
baek ko tak payah tolong kalau lepas tu ko nak maki² la mangkuk!
ko naek tingkat atas tu pun pakai lif la sibet! letih sangat ke?
memang keje ko pun kan kena tolong student hal² macam ni? pehal komplen?
aku datang sini, aku bayar mahal² tau untuk semua servis ni! bukannya free!
cakap tu elok² sikit! jangan melampau sangat siap nak naek² suara ngan aku.
aku ni datang tanya pasal buku, bukan kantoi beromen dalam library ke hape.
aku pun takde langsung suruh kau pergi cari buku tu untuk aku.
aku datang tanya nak kompemkan buku tu ada lagi kat rak ke tak. tu jek.
mana lah tau kot² orang baru pulangkan, belum sempat susun balik kat rak ke.
tanak macam penat pulak kalau duk tawaf cari buku tu, tengok² ada kat kaunter.
itu reasonnya aku datang tanya, bukan saje datang nak mengade².
walaupun memang keje ko untuk tolong aku, tapi kalau kau tanak buat,
cakap jela elok² yang buku tu ada, cuba pergi try cari sekali lagi.
aku takde masalah pun nak pergi cari sekali lagi. jawab soklan aku dah cukup.
tak payah la ko nak pergi dengan mengamok² pastu balik kaunter maki².
tanya pun salah ke?? dem la lu brader. dahla tak hensem. ptui!

serious kecewa ar ngan layanan macam ni.
library dah megah bertingkat², siap landscape!
konon library terbesar di Malaysia lah, apa lah.
macik cleaner je da 10 orang 1 floor. bersih, harum.
baru nak bangga sikit ngan library UTHM,
sekali staf kat kaunter perangai macam nohorom.
sumpah biadap nak mampos. pegi mati la faker!
tanya pasal buku sikit da nak mengamuk gitu gaya.
ko nak keje ke tanak keje sebenarnya?? pemalas!
datang duduk kat kaunter makan gaji vavi buta. grrr.
baru keje kat kaunter library da perangai kerek nak mati. huh.
kalau ko rasa tak suke keje macam ni, pegila keje tempat lain!
itu pun aku nak kena ajar ke hah tenggiling?!

haish, tak pasal² da bazir masa aku 15 minit duk marah².
oi botak! ganti balik aku punya 15 minit!! 
T_____________________T

p/s: korang pegi library UTHM jumpa brader kaunter botak², jangan bagi muka. lempang jek!

Barney


sape yang layan cite 'How I Met Your Mother' kompem kenal mamat ni.
kalau nasihat orang, bunyik macam gempak gila. style~

well, ada betolnya jugak cakap barney ni.
so sesape yang terasa palat semacam jek hari ni,
atau yang dah 2,3 hari dah pun duk rasa macam palat, (aku!)
here's something inspiring untuk dibaca bersama.

Quoted from blog terfaktab.blogspot.com :

    As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will. You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive freely, and love like you've never been hurt. Life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out, dance in the pouring rain, hold someone's hand, comfort a friend, fall asleep watching the sun come up, stay up late, be a flirt, and smile until your face hurts. Don't be afraid to take chances and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back.

p/s: moral of the story,
takyah la duk buang masa rasa macam palat,
atau sedey overdose sampai tido seharian tanak bangun.
"stop being sad and be awesome instead", yeah! =)

Sunday, May 22, 2011

Mari MELAWAT gym. Keh3~

,

pergh kagum!
start besok nak pegi gym gak ah.
tapi kena cari seluar sukan dulu.
nampak sangat sebelum ni tak penah pergi bersenam.
sampaikan seluar sukan pun langsung tarak. =.="

I'm immune to you now

coz you can't break a broken heart.

^_____^

Untitled~



   Em
I open my eyes
                                     G
I try to see but I’m blinded by the white light
         Em
I can’t remember how
         Em
I can’t remember why
      G             D
I’m lying here tonight
      C               D
And I can’t stand the pain
      Em               G
And I can’t make it go away
     C               D
No I can’t stand the pain


-=( Chorus )=-
                         G
How could this happen to me
              Em
I made my mistakes
                     C
I’ve got no where to run
               D
The night goes on
              G
As I’m fading away
                  Em
I’m sick of this life
              C
I just wanna scream
                D        G 
How could this happen to me


 Em
Everybody’s screaming
                                  G
I try to make a sound but no one hears me
     Em
I’m slipping off the edge

I’m hanging by a thread
   G                    D
I wanna start this over again
   C         D           Em         G
So I try to hold onto a time when nothing mattered
    C          D       
And I can’t explain what happened
    Em       G                          C
And I can’t erase the things that I’ve done
      D
No I can’t

-=( Repeat chorus )=-


Friday, May 20, 2011

No wonder our perception of beauty is distorted

I bet most of you guys have seen this clip before.
just thought that maybe I could share it with those who still haven't.


Wednesday, May 18, 2011

Selepas kau pergi


C
Selepas kau pergi
Am
Tinggallah disini ku sendiri
G , F
Ku merasakan sesuatu
C
Yang telah hilang di dalam hidupku

C
Dalam lubuk hatiku
Am
Ku yakin kaupun sebenarnya tak
G , F
Inginkan lepas dariku
C
Tahukah kau kini ku terluka

F , G
Bantu aku membencimu
C , F
Ku terlalu mencintaimu
G
Dirimu begitu
C
Berarti untukku

Kau telah mencinta
Dan di cintai kekasihku
Ini tak adil bagiku
Hilanglah damba tinggallah hampa

Bantu aku membencimu
Ku terlalu mencintaimu
Dirimu begitu 
Berarti untukku

Lupakanku dalam hidupmu
Yang pernah mencintaimu
Kau memang tercipta
Bukanlah Untukku

Selepas kau pergi
Tinggallah disini ku sendiri
Kumerasakan sesuatu 
Yang telah hilang di dalam hidupku

p/s : ouch. sakit. eh, apsal macam basah je gitar? =P

Tuesday, May 17, 2011

Operation Abu

usia Abu da 10 tahun.
kulit Abu dah tak seksi macam dulu.
ngauman Abu juga dah tak gagah macam dulu.
berjalan pun ketar² jek badan Abu. kesian.
sendi da banyak yang longgar.
asal berjalan jek bunyik². lagi sekali, kesian.
Abu definitely needs some fixing.
so operation Abu starts tomorrow.
misi utama : kembalikan sebanyak mungkin zaman muda Abu.
i'll see what i can do for you Abu.
firstly ialah kerja² pembersihan.
next kita pergi klinik.
=)

not easy, yet also not impossible


some might say, holding on is what makes you strong.
but trust me, you'd be much stronger if you just let go and move on.

=)

so this is how it feels like.

aku baru cakap teringin nak makan brownies,
dah akak ipar aku buatkan, dan siap kirim lagi.
how cool is that???

ini first time aku rasa bestnya ada kakak.
in fact, ini first time aku dapat btol² merasa ada kakak.
sebab akak aku snirik bukan jenis yang manjakan adik² dia.
so selama ni, aku cuma merasa macam mana menjadi seorang kakak.

dengan akak ipar aku ni,
aku sentiasa rasa dialu²kan ke rumah dia.
pergi rumah dia, dah rasa macam balik kampung snirik.
kalau abg nik aku takde kat rumah pun, aku tetap pegi jugak.
rumah abg² aku yang laen, jangan haraplah kalau ipar aku jek yang ada.
even kalau balik rumah aku snirik, takde lah layanan² special macam ni.
masak² kek lah, aiskrim lah, sume yang aku memang febret lah!
kalau balik rumah aku, nak rasa makan benda² ni , memanglah layan diri je.

once in a while,
bila dapat layanan special macam ni,
nak² yang siap kirim macam ni.
sumpah aku rasa terharu.
terharu gila ada yang prihatin dengan permintaan aku.
kalo aku tau macam ni punya best ada kakak macam ni, 
10 tahun yang lepas lagi aku da suruh abg nik aku kawen ngan kak timie.

thanks for the brownies kak timie.
and also thanks for being super cool!
ur the best!!!

ouh, thanks juga pada adik aku (belle).
yang selalu layankan jek angin aku.
ko pun sangat best!

p/s: tak sabarnya nak tunggu brownies sampai.

Monday, May 16, 2011

Nah, nak ukir² nama sangat!

guwa beli cincin silver baru.
cincin kosong, takde batu or mata.
then mintak brader tu ukirkan nama.
pertama kali guwa nak ukir nama kat cincin.
sebelum ni guwa prefer pakai cincin kosong jek.
kali ni guwa nak cuba ukir nama lak.
lagipun brader tu kata ukir nama ni free.
dia bagi guwa kertas untuk tulis nama nak ukir.
guwa pun tulis. ringkas. tiga hurup jek.
brader tadi pandang guwa semula.
dia tanya guwa sekali lagi.
"tiga hurup je dik? free tau. panjang pun takpe."
guwa angguk tanda yakin.
"kompem. nak tulis tu je."
dah nama guwa memang pakai tiga hurup jek bang.
dengan cekapnya guwa tengok abang tu ukir nama guwa.
tak sampai seminit da siap.
guwa hulur duit, guwa capai cincin.
dan tertera kat cincin baru guwa.
-
-
-
♥ EIP ♥

memang dem.
cilakak punya brader.
ada guwa suh lu letak love² ke??!
keje simple macam ni pun tak boley buat. grrrr.
muka rawk macam guwa, malu lah pakai cincin ada love²! ish.
jangan haraplah guwa nak ukir² nama lagi dah lepas nih.

----------------------------------------

untuk mendistract diri dari benda ni,
haruslah pergi tengok video² DC cupcakes.
tak sabarnya nak bukak cupcakery snirik.
ahhhhh..bestnya. *berangan!*

tengok menu DC cupcakes jek dah rasa terbakar semangat. cewah!

Sunday, May 15, 2011

Apple yogurt smoothie recipe

dulu aku selalu singgah beli smoothies kat So Fresh Parit Raja.
dia macam ice blended tapi ada bubuh yogurt and boleh mintak whip cream.
biasanya aku akan order smoothie perisa guava then tambah cream.
tapi sekarang aku dah lama tak pegi sebab harga dah naik.
kalau aku order yang macam biasa tu boleh cecah rm7. gila tak??

inilah kedainya. (cilok google)

dah lama tak minum ni rasa teringin lak nak minum tetibe.
so ari ni aku decide nak wat snirik jek kat rumah.
selama ni aku duk perati dia wat kat dapur tu, rasanya ni jek resipi dia.
(gambar semua cilok google)

                       1 sudu besar plain yogurt              1 biji epal hijau saiz sederhana

 
                                    1 cawan ice cubes                               sedikit susu perisa vanila

dan yang paling penting skali,

seketul blender


Cara² nak menyediakan:
1. campak semua bahan dalam blender pastu ON suis sampai hancur bahan².
2. setel.
(kalau kat umah ada whip cream, boleh bubuh untuk topping)

dah boley minum sambil layan facebook.

=)

Sejam lebey aku cuba siapkan tag ni. susah gila rupanya!

Tengah duduk seorang diri dekat rumah. Housemates seorang balik kampung dan seorang lagi pergi dating, leaving me alone with nothing to do and nowhere to go. Abu belum sampai, so i'm stuck at home sebab aku takkan mungkin akan keluar berjalan kaki di tengah² malam buta begini sebab aku sangat penakot antu. (kalau Abu ada pun rasanya aku still tak pegi mana jugak sebenarnya sebab nak pegi mana jek sorang² time² cenggini?? so i found this tag thing masa tengah blogwalking kat page Liana Ezzana (kakak kepada Hanis Zalikha), which she tagged semua readers dia and i decided to give it a try sebab nampak macam fun and challenging.

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

so let's get started..

1. What is your name : Eip
2. A four letter word : err..Ever? *baru no 2 da tergagap²*
3. A boy's name : Edward
4. A girl's name : Elly *eh, tapi elly iskandar lelaki!*
5. An occupation : Engineer! ahah! *akhirnya berguna jugak duk sebut hari², eh hari²ke plak?*
6. A color : Emerald
7. Something you'll wear: Esprit Ladies wear *apsal semacam jek bunyinya?? lantak*
8. A food : Egg
9. Something found in the bathroom: Eco friendly shampoo *wow!! hasil tengok banyak sangat episode of hannah montana XD*
10. A place : Egypt
11. A reason for being late : Enormous traffic jam! *hyperbola sungguh*
12. Something you'd shout : Excuse me!! you dropped ur wallet! *nak jugak tambah lebey²*
13. A movie title : Eiffel I'm in love.
14. Something you drink : Energy drink. *da tak boley nak pikir sangat da tuh, HAHA*
15. A musical group : Evanescence
16. An animal : Elephant
17. A street name : what the??? hafal la pulak aku nama² jalan?
.................
*ok kecewa gila sebab terpaksa give up soklan nama jalan, terpaksa skip ke soalan seterusnya*
18. A type of car : Exora!! *eceyh, semangat lebey kereta buatan malaysia*
19. Title of a song : Eclipse - Pink Floyd. *tak minat tapi taula kewujudan lagu ni*

18 out of 19!!!! *deym! buat malu jek*
and no wonder la aku ni asyik sesat jek keje, nama jalan pun tak penah pay attention. hish.

Aku tag semua reader jugak!

=)

Saturday, May 14, 2011

DC Cupcakes. This is serious biznez!

pernah tengok rancangan tv nama DC Cupcakes tak?
sesape yang ada astro tu rasanya kompem at least penah dengar punyalah.
nama kedai dia actually is Georgetown Cupcakes, situated in Washington DC.
pengusaha dia ialah 2 orang adik beradik - Sophie and Katherine.
kedai dia cuma jual cupcakes semata². A cupcakery more exactly.
kedai dia tak besar mana pun, pekerja pun tak sampai 10 orang.
but they manage to sell about 5000 cupcakes EVERYDAY.
lagi mantap, diorang ni siap ada lab untuk tryout new recipes apa sume. pergh.
kedai dia tiap² hari akan ada barisan panjang luar kedai semata² nak beli cupcake.
sampai akhirnya tahap feymesnya kesedapan cupcake ni sampai jadi show kat tv.
for someone who loves baking cakes and stuffs like this, seriously akan rasa teruja gila.
that day aku balik rumah abang aku kat kemaman, tv memang almost 24hours baking shows.
abang aku, akak ipar aku, and aku sekali, memang suka baking² dan makan benda² macam ni.
rasanya ada dalam 4,5 kali jugak lah kami bincang pasal nak bukak bakery satu hari nanti.
tapi kalo aku bukak bakery, memang aku nak buat cakes and cupcakes sahaja.
sebelum tu kena pegi belajar dulu skill² dan resipi² yang power, baru boleh cipta nama gak.
to have our own bakery, it would be a dream come true beb. I am damn serious guys!
ikot hati aku, nak aje aku paksa adik aku tu amik course culinary, boleh join sekali nanti.
aku ni dah 24, habis belajar dah 25. kalau nak sambung amik culinary 2,3 tahun plak, mati!
tapi adik aku bukan jenis minat sangat baking² segala benda jadah ni. laen jadinya kang.
habis belajar nanti, terpaksa aku cari masa attend classes and buat plan on how to start.
otak da puas duk mentelaah kat universiti ni, ini yang tak sabar nak start bisnes nih. hish.
asyik² duk godek buku² engineering jek. nak gak merasa godek buku² resipi lak pasnih.

meh nak tengok gambar DC cupcakes buat pembakar semangat sikit. cewah! =P

feymes gila kentang woo.

DC cupcakes da setaraf Big Apple kat tempat kita.

royal wedding punya tempahan kau!

pasnih ley ar wat 'Just Desserts' punya boxes lak. eceh!

diorang memang da feymes gaban da skang.
masuk tv, masuk magazines, masuk talk sana sini.
padahal pakai resipi nenek dia jek pun. takde amik² course jadi chef ni pe sume.
orang lagi minat nak tanya diorang ni apa tips² baking dari tanya kat chef. nah tengok!



5 things I should remind myself more often of

1. Please drink lot's and lot's of water. It's super hot these days and ur throat is 'dying' in there.
2. Please learn to love ur body. Stop eating fast foods, junkies and start exercising regularly.
3. Please start managing your financials. Seriously. Ur gonna need some savings, remember?
4. Please keep urself organized and start focusing on ur studies. Less whining, more working.
5. Please stop wasting time sleeping, online-ing, movie-ing and also partying. Grow up a little.

this 'brainstorming' thing, it keeps happening everytime I can't go to sleep. getting used to it.


Thursday, May 12, 2011

Sunday, May 8, 2011

Sentap-mak-nak

isu sentap ni macam makin menjadi² lak lately.
apa da jadi sebenarnya ni? siyes guwa tak paham.
tapi member punya pasal, guwa layankan jela.
jangan berani maen² ngan guwa dah.
orang da bertolak ansur ni, lu baek jangan take for granted,
lu belum tengok lagi guwa punya betol² sentap lak.
tak semua benda boley jadi bahan gurauan bro.
ada benda, mesti mau ada respek sikit sama orang.
tapi kalo yang lu sentap ni pun stok sentap tak memasal,
jenis lu bergurau takpe tapi orang bergurau balik, lu sentap nak lebey,
nuh macam² bangunan tinggi ada, pilihla mana² satu yang lu nak terjun.
guwa memang takkan give a damn punya lu nak berkecai banyak mana pun.

Friday, May 6, 2011

You don't have to be scared to tell me..

..cause it's not gonna bother me anymore.

but of course,
I would much prefer to stay out and know nothing about it.
cause life would be more 'delightful' that way. ^^,

tanpa sebarang gangguan. kan best?

Guwa da sound awal lagi yang guwa tengah mood tak baek kan?

tak payah lah nak duga emosi guwa time guwa tengah jiwa kacau ni.
guwa bukan apa, nanti ada yang cedera nanti, lu orang jugak yang komplen.

Thursday, May 5, 2011

I shud really stop being a jerk.

aku tahu aku sangat annoying bila aku buat perangai tak sabar.
mulalah cakap nak marah², nak tinggi² suara, langsung tanak kalah.
cakap ngan orang tua snirik pun melenting². biadap tol.
(mula² tu takde niat pun nak melenting, tapi bila da maen passing² ni, TERbengang)
kalau da yang ni suruh tanya yang tu, pastu yang tu suruh tanya yang ni.
masing² tanak buat keputusan, mula lah aku lak nak buat keputusan.
(take charge la kononnya ni.)
dah ikot cara korang tak jalan, meh kita ikot cara aku lak.
nasebla orang tua aku pun da masak sangat dah ngan perangai tak sabar aku nih.
mulut laser tahap boley bunuh orang. takyah susah² nak beli senapang.
sori lah ye mummy, ayah. saya memang macam ni. maap.
kalo nak pape, tak reti langsung nak sabar sikit.
kalau esok kata nak pegi beli handset baru, malam tu jangan harap aku boleh tido.
silap² kalau kedai bukak lagi time tu, dah ajak pegi tros. takde esok² dah.
tambah lak aku ni bukan jenis kira pun kalau time tu dah kul 12 malam skalipun. redah aje.
tapi kalau libatkan orang laen ni, aku boleh jek sabar² lagi. secara paksa la. haha.
cumanya aku jadi annoying gila babi bile orang mula buat aku rasa annoyed.
kalau tak kerana aku da mula rasa annoyed tunggu lama² ngan macam² alasan ni,
aku pun takde lah pegi bukak lagi mudah.my tu at the 1st place.
takdelah jadinya kekecohan yang berlaku hari ni. kes bengang la jugak sebenarnya ni.
macam² sangat masalahnya, aku mulalah nak amik jalan mudah jek. malas serabot sangat.
dah tau aku jenis tak suka tunggu lama², main janji² pastu tangguh² 5,6 kali lak.
memang merasa lah aku jadi bapak kepada segala annoying.
bolehlah dengar nada aku nak mengarah jek bunyinya time tu.
aku da naek rimas tunggu orang laen wat keputusan. 
kena lak macam kes ni, memang aku da berat sebelah pun ngan keputusan aku.
tapi kalau aku tau kita deal skang ngan orang sekampung,
maybe aku tak bukak mulut pun kot tadi. nyesal lak ikot hati sangat.
hish, anak derhaka tak kenang budi tol. =.="
duk diam² jek ah pasni. takyah gatal² nak bukak mudah.my dah.
bikin kecah la lu ni eip.

7 bulan tanpa chenta. (eew, geli plak rasa nak sebut.)

hidup aku sekarang nak kata ok sangat pun tak, trok tu pun tak jugakla.
tapi mungkin sedikit better la dari keadaan aku yang sebelum ni. kot. ok,syukur.
cuma kalau kenang² balik semua yang aku lalu sebelum aku boleh sampai tahap ni, perit!

satu masa dulu, setiap inci jiwa aku ni penuh sesak kot dengan perasaan marah.
aku siap cuba nak benci perasaan snirik supaya luka² dalam hati ni cepat sembuh.
tapi lawaknya aku cuma end up jadi sejenis manusia yang sangat pemarah.
keje nak marah tak tentu hala, sentap memanjang, pastu maki semua orang.
lukanya tak jugak sembuh². lagi berbirat rasa dia ada ar. pedihhhh jek.
dengan apa benda semua serba tak kena, pastu lak serba menyakitkan hati. huh.
api balas dengan api, mana mungkin boleh surut api yang dah sedia ada, kan?
maka itulah hasilnya kalau terlampau berkeras memaksa hati untuk membenci.

lepas aku dah mula penat cuba nak ubah rasa sayang jadi benci,
aku lama kelamaan da mula sedar akhirnya yang aku sebenar²nya,
tak mungkin mampu benci benda yang pernah jadi sebahagian dari hidup aku.
tak mungkin mampu benci benda yang satu masa dulu pernah bahagiakan aku.
buat penat jela aku nak cuba benci sampai aku duk jadi pemarah sangat tuh.
naseb baek lepas masa pun da banyak berlalu, marah aku pun dah banyak surut.
bila marah dah mula surut, sakit tu pun dah takdela rasa sangat dah pun. 
cumanya rasa tak syokla duk balik² teringat benda feeling² macam ni.
tapi nak benci tak mampu. nak berhenti teringat lagilah tak mampu.
last² pujuk hati snirik jugak jelah yang mampu aku buat.
hakikatnya manusia ni kot mana² pun nanti balik cari tuhan jugak.
sama jugak dengan takdir, kot mana² pun akhirnya kena pasrah dan terima jugak.
so sekarang, untuk sejukkan hati aku, aku pakai taktik pesan kat diri snirik lak.
aku akan tarik nafas dalammmmm², pastu aku akan ingatkan diri aku,
 "mungkin ini bukan apa yang ko mintak, tapi mungkin inilah sebenarnya apa yang ko perlu."
sambil duk pujuk hati, aku doa jela semoga aku dapat lupakan semua benda yang dah jadi.
penat lah kot kalau asyik duk teringat jek kan? nak keje pun susah asyik duk pikir bukan².
so tiap² hari lah aku doa supaya esok pagi aku bangun, aku dah tak ingat dah semua ni.

sekarang masuk 7 bulan masa dah berlalu,
aku lupa tak dengan apa yang dah jadi? sah²la TIDAK.
so last² aku juga dah sedarlah akhirnya bahawa aku sebenarnya,
juga tak mungkin mampu lupa apa yang pernah jadi dalam hidup aku.
apatah lagi benda yang pernah jadi sebahagian dari hidup aku,
apatah lagi benda yang pernah satu masa dahulu membahagiakan aku.
(keh keh keh~ gelakkan diri snirik.)
kadang² tengah duk lepak ramai² tu, wujud rasa tak kena macam kurang sorang.
betapa aku masih ingat sebenarnya macam mana perasaan masa selalu duk lepak sama².
kadang² kalau aku pikir² balik, ada bahagianya jugak dalam teringat² ni. tak perlu pun lupa.
cumanya disebabkan nak terima yang benda da jadi macam ni tu pun da cukup perit,
mungkin sebab tu aku prefer untuk lupakan jek semuanya termasuklah yang indah tu skali.
tapi prefer tak prefer, kena terima jela hakikat yang biarlah 8 tahun dah berlalu sekalipun,
aku tetap akan ingat dan tetap akan rasa perit untuk terima yang benda da jadi macam ni.
sape jek yang boleh terima dengan hati terbuka kalau tuhan nak bagi rasa susah?
tak ada lagi rasanya orang yang boleh seronok jek terima perpisahan. ada ke? gila.
tapi just like anybody else, aku takde pilihan melainkan akur dengan aturcara tuhan.
hidup ni kan, kita hanya mampu merancang tapi hanya Dia yang berkuasa menentukan.
so aku dah tak lagi doa supanya aku mampu benci atau aku mampu lupa,
aku cuma doa semoga dalam setiap perancanganNya yang akan datang,
akan bawak semakin banyak hikmah yang akan ubah rasa perit ni kepada bersyukur.
but still, aku tetap cuba mengelak untuk ingat pada benda yang dah lepas².
walaupun aku tahu untuk melupakan tu satu benda yang almost mustahil,
cuma aku rasa lebih baek aku avoid dari still dikaitkan dengan 'suatu yang pernah'.
sebab tak ada untungnya pun dari masih libatkan diri dengan benda yang dah lama berlalu.
hidup kalau nak maju ke depan, tak bolehla asyik nak toleh ke belakang.

in life, you don't always get what you want.
but a gud friend of mine once told me before that 
"good things happens to those who waits. patiently."
dan sampai sekarang aku masih berpegang teguh dengan kata² tu.
sebab di saat yang aku terpaksa redha dengan hakikat yang aku tak boleh atur apa aku nak,
at least aku boleh berharap untuk dapat yang terbaek dari keadaan yang bukan aku aturkan.
tak mungkinlah Dia sekejam tu untuk jadikan keperitan aku sebagai 'saja suka² punya keje'.
so i'm just gonna wait. patiently. with pleasure^^,

beauty is how you feel inside~

Wednesday, May 4, 2011

Hape ke payah bebenor nak tido nih??


guwa sejak dua menjak nih,
memang payah sangat nak tido lena malam².
duk guling² kiri kanan atas katil sampai naek letih dah,
tapi nanti dekat nak cerah gak la baru mata guwa betol² nak lelap.
dah pastu kalau dah tido pun dekat² nak cerah nih,
mula la mimpi nak yang bukan² jek keje. merepek tak tentu hala.
subuh takyah cite ah. menangis bapak guwa kalau tau.
huh, syaiton tol.

Tuesday, May 3, 2011

aku punya cerita tentang chenta


7 bulan dah berlalu~~

p/s: lirik memang setempeklah kasik kat aku. mekaseh.