Sunday, January 30, 2011

Tak jadi ah nak beli kete.

Parit Raja ngan Batu Pahat,
hujan langsung tak reti nak berenti.
area pun da banyak yang banjir.
gua ni duk pikir nak angkat kete cepat.
tapi tengok tempat da start nak banjir ni.
gua ingat macam elok gua tangguh dulu la kan?
nak beli pastu nak ajar 'berenang' ni satu hal lak.
gua snirik pun berenang 'kuak terabor' lagi nih.

status project A 
postponed.
_________________________________________________

status project B
sape ada nak jual kayak 2ndhand skang?? urgent.

gambar hiasan (google image)

sape yang rasa nak tumpang gua, kena booking cepat.
sebab seat gua limited untuk sorang jek penumpang.
tu pun silap² gua buat isi bekalan makanan gua jek.
kalo gua isi lu, bukan gua boley makan lu pun kan?
*disambung dengan gelak macam setan*

astaghfirullahalazim..geleng kepala 18 kali.

p/s: semoga kita semua dijauhkan dari segala bencana. amin.

Saturday, January 29, 2011

Sejuk.

sepanjang hari ini hujan.

jadi sepanjang hari ini aku tido.

nice kan?

tau dah.

Friday, January 28, 2011

Maap ye Doc. Heeee...

subhanallah, sakitnya tekak aku!!!
semalam da pegi karok kat summit pun tak baek² lagi ke???
mengadelah ko ni tekak.
ubat nak yang mahal jek.
fine!! malam ni kite pegi karok kat dreamworld lak.
kalo esok ko tak baek gak, 
AWAS!!!
kita memang takley manjakan sangat sakit² ni. 
kena ajar ragging sikit!


p/s: matila aku kena bising ngan Dr.Prek pasnih, hahaha. 
ok² last! pastu aku pegi cari geksoral ye doc. noted! twice! thehehe..

Satria terpakai diperlukan!!!

aku nak beli kereta.
used car jek.
nak beli yang baru, tak mampu.
tapi aku nak satria.
sebab proton 2ndhand murah sikit.
if perodua ni still mahal even da 2ndhand.
ada jek proton lain, tapi aku prefer satria.
orang bujang la katakan. lalala~

satria biasa yang standard da cukup bagus.
tapi if ada extra accessories seperti seat recarro lebey mantap!
sebolehnya aku nak yang tak penah accident.
dan amat penting untuk still sedap dibawak, 
yakni enjin still ok. takde sakit 'parkinson'.
budget aku limit sampai 9k sahaja.
condition mesti tiptop dan still cantik.
sebab aku takde duit dan masa nak makeup² lagi dah.
anyone with info tolong roger aku cepat².
inform aku link pun ok, nanti aku contact snirik.
kalo dapat area batu pahat lagi bagus,
senang aku nak pegi usha kete skali ngan urusan² lain.
aku nak beli and tros pakai on road.
da siap masuk² mimpi da pasal kete nih.
parah sangat da kondisi aku nih.
hilang fokus aku dibuatnya.
doakan aku cepat dapat kete please.
aku nak siapkan research dalam masa setahun.
maka aku sangat memerlukan transport dengan segera.

satria merah (gambar hiasan) sumber : google image

serious buyer. pay by cash. sila jangan ragu² untuk contact aku.
mengutamakan kepuasan hati kedua² belah pihak.
oh ye, kaki² gebang ni gua sangat tak layan. harap maklum.

thanx~

p/s: boley email info kat mieramax@yahoo.com

Wednesday, January 26, 2011

Tindakan yang bijak!!

sakit tekak.

da berminggu² tak baek² jugak.

bangun pagi sumpah rasa tak selesa.

rasanya alang² da sakit tekak,

minggu ni elok pegi karok.

biar hilang tros suara.

puas ati aku.


Tuesday, January 25, 2011

Aku rasa penat belajar tak habis²

meh ar tengok ada apa atas meja study aku skang.

 nampak tak? ke nak kena zoom?

da nampak da skang?

"sape nak jadi calon laki aku sila angkat tangan skang!!"
thehehehe..

Kalo aku robot, aku da overheat running nonstop.

petang ni aku nak rehat.
badan aku da cecah tahap piawai.
penat balik kl ari tu still belum hilang.
5 hari straight aku tak cukup rehat.
khamis ngan jumaat aku busy kemas umah.
packing sume barang² masuk kotak dan balut pape yang patut.
sabtu proses angkut barang masuk lori pindah ke kemaman.
petang sabtu zyro ngan jambu kutip aku kat umah.
malam tu lepak mapley sambil online usha kete 2ndhand.
kereta zyro rosak, subuh baru ktorang blah tumpang tdo umah daia.
ahad pagi bangun keluar meronda pegi tengok kete² 2ndhand.
sammmmpaila ke malam kul 8.30 amik tket bas balik batu pahat.
sempat akak ngan brader kaunter transnasional wat 'lawak bodo' ngan aku.
aku mintak tket ke batu pahat, dia kasik aku tket pegi johor bharu.
dah tu bile aku cakap dia bagi salah tiket dia mengamuk kata aku yang salah cakap.
apa ke bangsat sangat tah. orang laen pun dengar aku cakap batu pahat.
dahla duit aku da burn, ko lak cakap nak paling kurang ajar ngan aku.
aku cakap baek², yang ko nak siap tuding² jari kat muka aku pehal??
aku tengah duk penat² sangat tu, memang muka pair jek blah. tak larat nk gado.
pukul 12 gak ar baru aku sampai parit raja.
sampai² umah da bajet nak tros landing tido dah,
tengok kipas bilik aku rosak lak, demmm!!!!
kipas ni memang da prob dari hari tu lagi. bukan salah sape² pun sebenarnya.
cuma aku tengah penat sangat buat aku sakit jiwa bila tambah lagi satu masalah baru.
belum habis aku rasa tensen duit bazir kat bas, ni nak beli kipas baru lak. duit da takde ni.
sian dak² umah aku kena dengar aku bebel². sori weh, aku bukan marah korang.
last² aku tdo luar malam tu ngan badan letih, nyamuk banyak nak mampos.

isnin pagi² aku da bangun pegi lab milling sebab nak potong mold.
hari jumaat lepas aku da amik cuti balik KL, jadi jadual aku da ketinggalan skit.
dari pukul 8 pagi sampai pukul 1 tgh hari aku berdiri terpacak potong mold.
aku punya da penat sangat sampai aku hilang fokus kejap jek, tangan aku da terkena spindle.
nasib baek luka jek. kalo putus?? bengkak gak rasa tulang tangan aku terhentak kuat.
penat tapi terpaksa jugak cepat sebab supervisor aku da bising suh catch up wat simulation.
so aku takde choice. yang aku cuma mampu cakap ialah "sumpah letih".

 potong kepada 4 biji kiub pakai sawing machine.

4 biji kiub potong sikit² sampai dapat ukuran ikot design pakai milling machine.

skang mold da di anta ke Lab CNC untuk dipotong shape sebelah dalam pulak.
petangnya aku ke ofis supervisor aku untuk wat tutorial simulation.
mold da anta, jadi skang da boleh fokus pada simulation. tapi aku penat!
pagi tadi pun aku tak larat nak bangun. kul 9.30 pagi baru aku bangun.
badan aku da piawai sangat da rasanya. tak larat.
aku bangun siap², masuk itho pegi angkut pc pindah pegi meja baru aku.
alhamdulillah dak² ofis baru aku sume aku tengok ramah², baek².
rasa lega disambut baek kat sana. tak sempat rasa kekok pun kat tempat baru.
thanx pada semua yang tolong aku clear meja, setting plug ngan pasang pc tadi.
then pegi makan, singgah kedai kipas, pastu tros balik umah.
siyes aku perlu rehat sebelum badan aku demam urat lagi.
kipas pun da 'sehat', aku nak tido.
'nyte'.

Monday, January 24, 2011

Selamat tinggal rumah cheras

weekend hari tu aku balik KL.
cuti dari khamis sampaila ahad (semalam).
balik sebab nak tolong akak ipar aku pindah rumah.
dia da nekad nak pindah pegi duk kemaman ngan abg aku.
da berenti keje ngan Kosmo and da siap jual da kelisa dia.
aku paham dia susah bila kena duk jauh² ngan abg aku just sebab tempat keje.
belanja pun jadi banyak bile duk umah lain². bil dabel, sewa dabel.
tapi even aku paham, aku tetap berat gila hati nak bagi dia pindah.
sebab lepas ni aku akan rindu nak lepak ngan dia,
aku akan rindu nak maen ngan anak buah aku si ayid.


plus biasanya kalo aku tensen jek,
aku akan lari balik rumah cheras.
3 jam da sampai. tket baru 20 hengget.
even balik weekend jek pun da cukup buat aku lega.
duk umah tak wat pape pun aku tetap rasa sronok.
mungkin sebab aku rasa aku dialu²kan kat situ.
balik rumah orang tua aku pun tak rasa macam tu.
tapi kalo duit ada lebey sikit,
aku akan turun masjid india round².
kadang² aku takde beli pape pun, 
aku cuma pegi untuk cari sedikit distraction.
supaya otak aku boley rehat kejap dari masalah.
being in a crowd of strangers buat jiwa aku rasa bebas.

skang rumah cheras da takde,
kompem aku susah nak balik kl da pasni,
aku tak suke tempat lain.
aku membesar di sini, jiwa aku da sebati di sini.
the only place feels like HOME to me.

Tuesday, January 18, 2011

eFF you Bieber!!

harus update lagu² dalam mp3 malam ni.
lagu zaman bila ntah yang dalam mp3 ni.
tapi tenetnya slow gile nak mengdonloddddd.
haihhh, tensenlah aku macam ni.
aku prefer dengar radio jek kat mp3 aku selama ni.
sebab dj² boley tahan lawak, lagu² pun up to date sikit.
tapi jenuh bila duk kat umah ceruk² kampung nih.
nak dapat siaran radio tu macam gamfrang punya payah. huh.
nak layan tv3 online lagi la, kiamat baru siap loading gamaknya.
ni sume salah brodben yang lembab mengalahkan siput babi.
maka layan lagu dalam mp3 ialah last choice yang aku ada.
tapi lama sangat da tak tukar lagu² dalam ni.
macam merepek sangat jek lagu²nya aku dengar tadi.
meh nak tengok sikit lagu apa yang ada sebenarnya.

Eenie Menie by JUSTIN BIEBER???
ini baru betol takley blah ni.
mp3 aku da tercemar. shit. jijik.
*pegang pakai tisu, buang tros dalam tong sampah*


setel.
takyah susah² nak donlod lagu lagi dah.
ok jom tido.

Monday, January 17, 2011

Gua rehat jap ye Pak Mat.

gua da buang sume akaun laman sosial yang gua ada.
friendster.myspace.multiply.tagged.twitter
sume pun gua da 'cancel account'.
YM pun gua da tak main da skang.
skype gua khaskan untuk prek ngan adik gua jek.
yang tinggal cuma blog hidup gua ni.
satu²nya tempat gua masih boleh dilihat bernafas lagi.
facebook, gua 'deactivate' dulu buat masa ni.
gua perlu menghilang dari dunia ni untuk sementara waktu.
sebelum akal dan kewarasan gua yang hilang dulu.
"loose the distractions, spare the extra pressures."

hati gua sekarang da lagi banyak parut dari daki. berbirat.
plaster besar kertas kajang pun da tak mampu lagi nak tutup luka² gua ni.
jadi gua ingat mungkin ini la cara yang terbaek.
dunia gua dah tak lagi serasi ngan jiwa gua yang dah makin rapuh ni.
semangat nak hidup gua pun da tercicir celah mana² longkang.
(berani la suruh gua pegi buat aduan kat kaunter lost and found. gua lempang jugak lu kang!)
seeloknya ialah gua berundur dulu untuk beri ruang pada jiwa gua nak lalu proses 'adaptasi'.
tak semua benda boleh guna konsep 'berjuang sampai ke hujung nyawa'.
kalo gua buat gak, tu da kira kamikaze da tu namanya. keje gila.
nantilah baru gua catch up balik dengan mana² yang gua da miss tu.

jangan risau, no phone gua takkan buang.
paling² pun gua kerap tinggal enpon kat rumah jek.
kang malam sebelum tido gua jenguk la jugak.
pasal enpon gua masih berguna nak buat alarm.
itupun KALAU gua rasa nak bangun pagi besok la.
jadi pandai² la korang text jek kalau nak cari gua.
kalau kol takot gua tak angkat pulak.
kang lewat malam sebelum tido insyaAllah gua balas.

gua cuma nak rehat kejap je.
sambil² buat keje baikpulih kecederaaan.
gua pun da naek loya layan emosi.
da penat yang teramat sangat.
robot pakai bateri tu pun pandai kong bhai!

skang gua da tutup semua cerita karut tu.
lu orang sila go play far².
gua ada misi penting skang ni.
kasik gua fokus.

keluasan ke-empat² kawasan berlorek kena sama. IQ ni bhai.

da sehari gua duk calculate design mold ni. ingat senang ke??

akhir kata, gua sedang fed up fokus!

chow.

p/s: pak mat tu bapak gua. dan ye, gua la anak pak mat yang rare tu. ok poyo.

Saturday, January 15, 2011

Bury me alive

It's been a while.
waking up with a huge sigh becomes a habit.
something inside of me feels lost.
something inside of me had been missing.
how i actually lost it wasn't really the point.
since i've been living without it,
for quite some while already..

i woke up without knowing what to do.
i went out without knowing where to go.
i stayed still without knowing what i was waiting for.
i got tired of blaming myself,
for not knowing the reasons why i'm here, alive.
this is just ain't me.
living without clear needs and directions.
i've even stopped speaking 'human'ly ever since.
rambling has more become the language i chose to speak in.

i used to hate being in 'common'.
i used to swear at doing 'routines'.
i used to like it being 'different'.
but somehow now,
i just no longer care bout being just like the 'others'.
all i ever want now is to be 'normal'.
just like any other living human being.
spare me some of that fresh air guys. *breathing heavily*.

I need a new book to write on,
a new story to begin with,
and a new life to live in.

only if I could remember where did I last see it before it went missing.

"dear soul, please come home now. let's go more furious dis time. chicken."

saya SAYANG mak saya.


"mami sentiasa doakan yang baek² untuk anak² mami.
yang mami selalu mintak ngan tuhan,
kalau jodoh yang itu baek untuk dia, panjangkanlah.
tapi kalo jodoh yang itu merosakkan dia, putuskanlah.
gantikanlah dengan orang laen yang lebeh baek,
yang mampu sayang anak² mami sepenuh hati"

amin.


terima kasih mami.
ur simply the best!

Friday, January 14, 2011

Oh Medical Check Up~

semalam aku pegi medical check up.
macam biasa, mesti tang mata jek yang problem.
"awak memang pakai spek mata ke sebelum ni dik?"
aku pun dengan lajunya menggeleng, "tak".
"awak tau tak awak rabun?"
lagi sekali aku dengan muka lebey innocent lak kali ni, "tak".
free jek aku wat dosa kering.
sebenarnya aku memang da tau mata kanan aku rabun.
tapi sebab mata kiri aku langsung takde masalah,
jadi aku memang ngan sengajanya malas nak buat spek.
sebab pada aku, pandangan rasa macam limited bila pakai spek mata.
macam mana nak luas mata memandang, ye tak? =)
yang nurse tu aku bukan suka² nak tipu dia,
tapi aku malas nak dengar dia bebel² nape tak pakai spek.
tau sangat dah. huh.

pastu menyusul lak keputusan² check up yang lain.
buat pertama kalinya aku sangkut tang urine test.
bukan sebab alkohol dan dadah la!
tapi doc kata urine aku agak kotor.
(bukan sume kencing tu memang najis kotor ke??)
then dia kata kotor sikit jek dan rasanya sebab aku kurang minum air.
atau ada possibility sebab aku da dekat ngan tarikh nak datang bulan.
still dinasihatkan untuk aku banyakkan minum air pasni. lalala~ tanak..
(owhhh..patutla pinggang kadang² rasa macam sakit jek. eh, ada kaitan ke plak?)
tapi memandangkan doc kata benda ni normal,
aku pun balik umah berlenggang kangkung senang hati jek siap nyanyi² lagu kajol.
selagi tak kena tahan kat wad memang tak penah nak amik siyes benda camni. haish.
tapi nampaknya baru sehari lepas doc pesan macam²,
masalah da timbul da pun. dis is so sheeeettt.
masalah nak meng-ehem-buang.
memang sakitla perot ni bile toxic semalam takmo keluar.
aku suspek ni mesti aku da terkena sumpahan dari doktor semalam.
tak puas ati la tu tengok aku rilek jek, cool jek, comel jek. (apakah?)
so skang ni sistem kumbahan aku bermasalah.
kang mula la sakit perot, sakit kepala, sume nak datang.
tak boley dibiarkan berlarutan perkara sebegini ye puan².
kerana penyakit sembelit ni sangat merbahaya dan boleh membawa kepada maut.
ok tipu. tokok tambah cerita memang hebat.
no wonder aku tak dapat jadi doktor. huh.
(nanti patient mati bukan sebab penyakit tapi mati sebab terkejut)

makanya petang tadi dengan pantasnya aku pegi kedai cari teh herba.
benda alah ni memang berkesan gua cakap sama lu!
lepas 8 jam minum, kompem ko berlari tak cukup tanah nak ke toilet.
effect dia memang bagus.
kadang² tu ko boley nampak lendir² toxic sume kuar skali.
sebab tu la minum teh herba ni boley kurus kot.
tapi rasa dia tuhan jela tau payau tak payaunya.
masa aku mula² minum menatang ni,
minum sesudu, muntah 8 jag. hebat kan?
pun boley kurus gak dengan cara tuh. heheh.

teh herba orang kampung. RM17 sekotak. *ey, cekci la gambar u ni!*

tadi elok lepas aku beli teh ni, sampai umah tros rasa nak terjah toilet.
aku da cakap..teh ni memang bagossss..
baru tengok kotak da baek da sistem kumbahan aku. (cis!)

Thursday, January 13, 2011

"Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"

Assalamualaikum.
(rasanya ni la first time aku start wat entry ngan bagi salam ek? ish ish ish)
tetibe broadband aku da pulih lak kan? so aku pun cepat² lah update blog.
entry aku kali ni adalah khas untuk membayar hutang tag GA pada cik Azreen. =P
mula² sekali haruslah kasik tempek dia punya syarat² penyertaan ok.

oh ye, mula² skali.
sebelum korang mula baca lebey lanjut.
hendaklah dimaklumkan bahawa entry kali ni sangat panjang.
kalo rasa tak cukup nafas atau tak cukup semangat,
digalakkan bawak mengucap dan skip tros entry ni.

pada yang decide untuk tros membaca,
nah! sila lah mula membaca.

  1. Anda harus mempunyai tiket dan menaiki train ke Hogwarts (Jadi follower I. Kehkeh.Wajib) Maknanya anda harus mempunyai blog ya.
  2. Copy paste syarat - syarat penyertaan ni.
  3. Buat satu entry yang bertajuk "Mari Kita Cantik, Gembira Dan Bahagia Bersama"
  4. Kemudian dalam entry anda nyatakan siapakah insan yang palingggggg cantik di mata anda. Kalau anda kata dalam entry anda I lah manusia yang paling cantik, terus I bagi semua hadiah tu kat you guys! Haha. Tak takkk. Contohnya anda kata Maya Karin adalah cantik, so nyatakan kenapa dan huraikan bla bla bla.
  5. Kemudian anda nyatakan pula definisi cantik di mata anda. Apa makna cantik pada anda. Kalau cantik tu kena kurus ke, kalau pandai make-up tu kita kata cantik ke hape ke bla bla bla.
  6. Tag 4 orang bloggers yang lain (Sertakan link mereka) dan jangan lupa bagitau kat dirang yang diorang kena tag untuk join GA ni.
  7. Dan yang terakhir sekali, tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini.


giveaway ni dari Cik Puan Bunga katanya.
aku da pegi usha da hadiah²nya. memang mantap seyh!
tapi aku berminat nak 'bayar' hutang tag ni hari ni bukan sebab hadiah²nya.
aku join sebab aku berminat ngan tajuk entry yang di request oleh Cik Puan Bunga.
aku berminat sebab aku memang ada someone yang aku rasa layak digelar 'cantik'.

mereka² yang tidak terpilih jadi makhluk tuhan paling cantik di mata aku,
jangan teros pegi nangis guling² sambil pluk bantal sampai hingus leleh² lak ye!
korang pun cantik jugaklaaaa..*ayat amik ati* haha.

so makhluk tuhan yang paling cantik di mata aku ialah!!!
kawan baek aku iaitu cik Prek! (bukan nama sebenar). haha.


*gambar² di oversea sebab dia skang duk russia study medic*

korang jangan ar muntah pulak aku puji kawan baek snirik.
ni bukan kes mengampu supaya prek blanje aku domino's. bukannn. (kepsi pun boley, =P)
ni juga bukan kes aku nak 'jual' kawan ye. bukannn. (haip! balak dia marah kang! XD)
ni betol ikhlas punya puji ni, aku ni penah cte bohong la plak? ehem.
tapi aku tau korang juga pasti akan pikir,
"alah, memang ar dia rasa kawan baek dia paling cun.
aku pun rasa kawan baek aku paling cun."
so? ada aku kesah? hahaha..opp², rilek kak.
bukan macam tu la kawan.
terpulang la korang nak rasa kawan baek korang lagi cun ke apa.
aku takdek nak pegi buat grup kat fb anti ko lak pastu.
dah aku rasa kawan aku paling cun, nak buat macam mana kan?

reason nape aku kate dia cantik?
sebab dia cantiklah!! weee~
 ok, mari masuk sesi aku puji member snirik skang.
(prek, kalo ko baca ni sila jangan wat² tak paham lak ye.
standby duit lebey untuk belanja aku pasni. hahaha.)

so the reason nape aku rasa dia cantik ialah sebab aku da kenal dia luar dan dalam. *sila jangan pikir bukan²!!*. aku da kawan ngan prek dari umur aku 13 tahun. bermaksud da 10 tahun kami berkawan baek. sepanjang aku kawan dengan dia, aku kenal hati budi dia. cut!!! bunyi macam lesbo. rephrase! aku kenal dia bukan takat tengok tangan jek! rupa dia, sifat² dan perangai dia sume aku da belek. paham??

dari aku form 1, peminat prek ni memang berduyun². *menyampah tau! bilanya turn jejaka² tu nak kejar aku plak??!*. ahaha..desperado kah aku?? lantak. so berbekalkan paras rupa yang cantik, dan figure yang menarik, prek sememangnya terkenal sebagai playgirl terhormat. ok tu tipu. *pangg!! kena penampor ngan prek* haha. ok siyes skit eip!

10 sebab kenapa prek cantik di mata aku?
  1. dia tahu macam mana nak nampak cantik. dia jaga penampilan dia. dia amik tahu pasal kecantikan. apa yang elok pakai, apa yang tidak. bukan hentam kromo jek. dia takkan pakai benda² yang akan buat dia nampak tak senonoh. and she prefer things to be simple. tak penah over. dan dia bergaya kena ngan tempat dan masa. takdela nak pegi pasar malam pun penuh ngan aksesori. gud!
  2. dia tak penah control². kalo rasa lapar, melantak jek puas². takde nak buat gaya barbie doll makan hujung² sudu ni. tampor kang! tapi makan banyak mana pun, slim jugak orangnya. arghh!!! jeles!!
  3. dia tak penah berlagak dengan kecantikan dia. muka lawa, keje doktor, boleh sangat kalo nak BERLAGAK cantik macam setengah² pompuan yang BAJET cun kat luar sana tu. arap bajet jela lebey! (ok, berbaur kemarahan nampak.). tapi prek ni tak penah buat. merendah diri je orangnya.
  4. hati dia memang cantik. kalo ada kawan² yang ada prob, dia mesti tolong. and she will never judge you. ko datang la ngan masalah paling memalukan macam mana skali pun, she'll be there for you. dan jangan risau, dia tak makan kawan. kalo hari ni ko tolong dia, esok 10 kali dia tolong ko balik.
  5. dia bukan stok² ada balak, tros tak ingat member. ni yang aku paling benci orang macam ni. seb bek prek ni tak. dulu aku penah ada member sorang ni, masa dia tak cun, dia la kawan paling baek. dah cun, lesap jek manjang ngan laki sana sini. orang hot la katakan. member²? buang dalam parit. nice.
  6. dia tabah orangnya. setiap orang pun ada masalah hidup. aku ngan dia contohnya, masing² ada sejarah masalah yang setebal kamus dewan. tapi dia tegar orangnya. kuat jek nak harung semuanya. tak macam setengah pompuan kat luar sana, lembik macam taik. we are proud young ladies kan prek? eceyh. *sempat puji diri snirik, lalala~*
  7. dia tak lupa diri orangnya. even belajar jauh² sampai rusia pun still pakai tudung. kalo aku la, muka da cun, badan pun da type² sume jenih baju pun boley larung jek sebab kompem muat, memang da sah² aku jadi makhluk tuhan paling seksi pastu abisla aku kikis duit jantan² kat dunia ni. waaahahahahahah *gelak setan*. tapi dia tak.
  8. dia natural orangnya. dia tak poyo. dia tak hipokrit. dia menjadi diri dia dan bukan dibuat². dia cantik dan tampil cantik. dia baek dan tampil baek. takde pura² sume ni. takde mekap 8 inci semata² nak nampak cantik. takde nak pura² baek just sebab nak dipuji baek. setengah orang ni depan orang jek nampak cantik..baek..sopan..belakang? urgh. and she respect's people. 
  9. dia cantik budi bahasa. tak reti mencarut hebat² macam aku. haha. dan tak reti laser² macam aku. sentiasa menjaga hati dan tak penah kasar² ngan orang. orang sume senang dengan attitude dia.
  10. dia cantik dan bersih. aku cukup tak suke orang² yang muka cun tapi ya tuhannnn!! pengotoq! prek ni dari zaman aku skolah, kalo basoh kaen, berejam! haha. sebab dia permbersih orangnya. tak boley sepah² kalo ngan dia. memandangkan aku pun tak boley ngan orang jenis sepah², maka aku suke!!
so definisi cantik pada aku, dia haruslah ada rupa yang cantik, figure yang cantik, budi bahasa yang cantik, personaliti yang cantik, dan attitude yang cantik. kalo takat rupa cantik, tapi dalam busuk, tak guna gak. tapi kalo dalam cantik, muka tak jaga, rugi jugak. orang nak puji cantik pun serba salah. beauty is suppose to be something you can see, and feel gud about it.

if you think ur pretty, you shud be able to show it. bukan belagak, tapi tampil cantik. as in takdela sampai segan nak kuar umah. koman² pun ada gakla bangla nak ngorat. tak perlu sampai nak makeup macam badut. please don't. rosak mata aku tengok ko nanti. 

then if you think you are pretty, you shud be able to feel it. confidence level rasa tinggi skit kan kalo kuar umah pakai baju blouse baru nak banding ngan kuar umah berkemban? over. lebey kurang macam tu la. 

and yang paling penting, if you are pretty, others will surely admit it. coz they can see it and feel it too. kalo ko jek yang rasa diri tu cun, orang laen tergamam seribu bahasa bile ko tanya ko cantik tak, sila pack baju balik kampung skang gak. heheh. 

arap maap kalo ada kekasaran bahasa sampai ada golongan² 'cun' yang laen di luar sana terasa ati lak. aku ni memang payah nak rasa orang laen cantik. apatah lagi nak puji. sebab aku rasa takde sape lagi cun dari aku. *panggg!!!* ok tipu lagi. haha. aku ni memang demanding skit bab kriteria² untuk kate orang tu cun. mungkin sebab aku dengki. lalala~ so janganla amik siyes lak sampai nak pegi bunuh diri sebab tak cukup satu kriteria macam aku bagi tu. lek sudeyyy. *alah aku ni idup da 24 tahun tak penah dapat title cun, steady jek hah*


kesimpulannya, prek cantik dan aku tak. tapi hati aku baek. so sape yang berminat nak kenalan sila tinggalkan no anda supaya dapat dihubungi lewat malam kang. auwww~ ahahahahaha..*mari gelak macam syaitonnnnnnn*

eh, lupa lak nak tag. nah². 
  • yang paling utama skali haruslah tag adik saya, Belle, supaya kalo dia menang nanti saya ley rampas jek habuan dia. *aku kan kakakkkk..hahahahaha*
  • kedua haruslah tag sorang lagi kawan baek saya, Dayah sebab dia juga makhluk tuhan yang cantik. *dayah, bila aku puji ko, aku pun rasa efek dia menjadi cun, nape yek? kuang3*
  • yang ketiga haruslah tag juga sorang lagi kawan baek saya, Ika sebab dia juga cantik dan gaya penulisannya menarik dan berinfo. *harap ko menang pastu aku sharing is caring la apalagiiii, ngeh3*
  • yang keempat haruslah tag juga ialah kawan baek saya, Erin sebab dia juga cantik dan saya suke kawan ngan dia. *aku awal² da puji ni tak paham² lagi ke? so sila kerja keras skit wat entry ni ye. KITA mesti menang! cewah~ dan² la jadi kita. hehehehe*

    p/s : sumpah ni la entry paling panjang aku penah wat. abis calar kuku. cewah.
    so prek, cancel ah kepsi. blanje aku manicure jom! ngehehehehe.
    *acah mak enon jela sengal!!*

    Potong! potong!

    broadband gua kena potong sebab tak bayar bil.
    tadi gua da pegi bayar,
    tapi belum dapat pakai gak.
    ni pinjam broadband member jap.
    broadband gua ada kemungkinan besar bermasalah skit.
    jadi sementara tu,
    gua tak dapat nak update blog.
    arap maap.

    p/s: reen, hutang tag anda terpaksala diselesaikan hanya sebaik broadband da pulih kembali. T_T nanti ye yunk~

    Tuesday, January 11, 2011

    Barang baek!

    kalo zaman aku skolah rendah dulu, 
    feymes gile dak² beli plastik keras yang orang wat cover binding tuh,
    potong jadi 2 keping pastu selit kat tudung jadi pengeras.
    kononnya nak kasik bentuk tudung tu cantikkkk jek bulat.
    takdela dia kerepot sana kerepot sini.
    sekarang ni takyah da nak susah² sebab orang da wat tudung ekspress.
    beli memang da siap ada plastik keras tu kat dalam.
    mostly dak² skang suma mak bapak belikan yang tu jek.
    takde la kena susah² beli, potong pastu selit² macam zaman aku dulu. =.="

    credits to google image.

    comel jek adik ni pakai tudung kan?
    dulu sebelum wujud tudung ekspress ni,
    dak² pakai tudung, takyah cakap la serabai dia kau!
    kalo tak senget benget apa segala memang tak sah.

    tapi tak semua orang muka dia ngam pakai tudung ekspress ni.
    yang tak ngam ni biasanya yang muka chubby² skit dan berbentuk bulat. (macam aku)
    sebab cutting kat muka tu agak mendedahkan pipi² yang tembam ni.
    hasilnya muka yang da bulat akan nampak lebey bulat.
    so kami ni lebey prefer tudung empat segi yang biasa tu.
    sebab tudung ni dia bila pakai, dia cover tang pipi gebu tuh.
    even sedikit leceh tapi apa boley buat, yang ni jek yang seswai.
    *jeles tol ngan orang²muka kurus pastu panjang² nih!*

    macam kes aku,
    aku sebenarnya takdela rasa pakai tudung kain bawal yang biasa tu leceh sangat.
    lipat dua, sarung, buh pin tudung pastu selimpang kat bahu. simple jek.
    cuma tang kat muka tu jek kadang² stengah jam nak setting.
    kalo ada salah iron sikit, memang toksah harap la bentuk dia nak jadik.
    pastu berkat menimba ilmu tambahan *eceyh!*.
    aku blajar lak dari member² method sapu lilin kat tudung area muka tu pastu iron.
    area tu akan jadi keras sikit so dia senang nak bentuk kat muka.
    tapi akibat buh lilin ni, lama² tudung akan rosak.
    pun pening gak tang tuh!
    takkan la aku nak buat macam zaman kecik² dulu beli pengeras buh kat tudung kot!

    dan akhirnya aku da jumpa da pun penyelesaiannyaaaa..
    konsep dia sama jek. (kasik keras tudung area muka)
    tapi barang ni memang barang baek punya!
    disebabkan aku tengah baek ati,
    jadi aku pun nak kongsi la tips ni ngan korang..
    (tips ke? info lah!)

    taraaa!!!

    KIWI Kleen Fabric Starch!!

    ni la barangnyaaa..
    siap ada perisa/bau lemon lagi.
    sangat wangi dan sangat berkesan.
    cara pakai pun senang jek.
    ko spray jek kat area yang ko nak kasik keras,
    pastu ko iron cukup². siap!
    da boley pakai tudung dengan mudah pastu.
    kat selendang² yang susah gile nak pakai tu pun boley buh gak.

    *percubaan pertama aku (aiseh, apsal muka macam sedey lak tetibe)*

    slendang ni dulu takley pakai sebab kaen dia lembik gile!
    licin sangat sampai susah nak dibentukkan bagi tak bertempek kat muka. 
    skang da boley! *dengki tak? haha*

    dan nape aku cakap barang ni barang baek??
    sebab since ini fabric starch memang khas dibuat untuk kain dan baju,
    so dia memang takkan kasik rosak tudung korang tu.
    trust me bebeh! tak tipu punya.

    selamat mencuba~

    Monday, January 10, 2011

    Selera kena besar!

    Life aku skang bosan gile babeng. (skang jeke plak?)
    tapi seriously sangat bosan la life skang.
    sebab rumah langsung takde apa² yang boley dilayan.
    takde tv, takde radio, takde fridge, takde dapor, sume pun takde ah!
    macam mana la tak bosan duk umah macam tu kan?
    sampaikan semalam nak layan AJL punya pasal,
    ktorang ke batu pahat smate² nak carik port lepak yang tv nya pasang siaran AJL.
    *semalam game Man.U lawan liverpool. rata² sume pasang siaran bola. huh.*
    sadis kan? nangis skit ah! tsk tsk tsk. ok cukup. skit² je.
    pastu lagi seksa jiwa ni bila tengok² Ana Rafali yang menang juara AJL. urgh.
    *I'm sorry dear, I do adore u. u have the talent, u have the voice.
    it's just that someone else deserves that prize more than u do. still, congrates~*

    every single thing aku buat is a daily routine da skang.
    takde variety langsung dalam perjalanan hari ke hari.
    tiap² hari pun aku bangun lewat. (lalala~)
    tiap² hari pun aku sakit jiwa ngan supervisor.
    tiap² hari pun aku bengkak hati ngan 'orang gile'.
    dan yang paling takley blah,
    tiap² hari pun aku makan benda yang sama!
    *tapi naseb baekla bendanya sedap, huh*

    meh aku kasik tempek sket lunch aku yang sama tiap² hari tuh.

    ikan bakor cicah air asam, nasik kuah masak merah+kicap, salad, teh o ais.

    pasni korang takyah susah² da nak tanya "makan apa hari ni?"
    (eh, ada sesape tanya ke sebenarnya??)
    tengok! betapa bosannya life aku!
    aku makan apa hari ni pun takde sape nak amik tau. 
    ibarat melukut di tepi gantang. sob sob sob.
    *pasal makan je pun nak emo lebey pehal??!!*
    ok bye.

    WTF???

    SUMPAH MACAM GAY!!!!

    p/s: pe da jadi ni?!! sakit la sial jiwa aku tengok ko skarang. urgh.

    Sunday, January 9, 2011

    Missing!

    kes budak hilang da makin menjadi² sekarang ni.
    sampai mak bapak nak lepas anak pegi skolah pun da takot.
    mau taknya? tengok jela berita.
    sana sini budak yang hilang dijumpai mati kena bunuh.
    jumpa lak dalam plastik hitam tepi longkang.
    takpun dalam tong sampah atau semak samun.
    budaknya siap lengkap berbaju skolah lagi!
    takde hati perut ke diorang ni buat macam ni kat budak²??
    kalo ada antara penjenayah ni yang berjaya ditangkap,
    tolongla seksa diorang cukup².
    hukum mati jek tak cukup!
    dera dia mental dan fizikal.
    kasik dia merayu² mintak kena bunuh.
    pastu bunuh dia pelan².
    biar dia rasa macam mana seksa budak dan mak bapak budak tu rasa!!
    dasar bodoh! ada otak buat basuh jamban. tak reti² nak guna buat pikir.
    ok, emosi aku da meluap². maghah sangat² lak rasa.
    tak elok untuk kesihatan. jadi harus stop marah².

    ni ada sorang lagi budak yang hilang.


    sesape yang ada info sila lah bantu dengan segera.
    sebelum sempat jadi apa² kat dak ni, tolongla ramai² bantu cari dia.
    jangan sampai da terlambat.
    rasa tak sanggup nak tengok dak ni pulak dijumpai tepi longkang.
    nauzubillah!

    other bloggers, tolong pass around.
    semoga ditemukan semula dengan familynya dalam keadaan sihat walafiat, amin.


    Saturday, January 8, 2011

    Thursday, January 6, 2011

    Terfaktab

    dulu aku prangai macam anak setan.
    semua orang tau tu.
    skang aku berusaha nak jadi budak baek.
    semua orang tau tu.
    tapi nak berubah ni bukan keje senang.
    banyak betol dugaan² nak datang.
    pun semua orang tau jugak tu kan?
    yang aku kompem korang semua tak tau,
    mental dan fizikal aku sama² nak berentap skang nih.
    otak aku serabot, jiwa aku kacau, hati aku bengkak!
    tahap sabar aku betol² da kat hujung jari jek skang nih.
    bahasa² dari kamus lama aku da makin rancak keluar balik da ni.
    setan dalam badan ni pun da melompat² galak nak tumbuh taring baru skang nih.

    jadi aku mintak tolong sangat². 
    bawak² la berenti menduga kesabaran aku ni manusia oiii.
    dalam sehari tu boley tak jangan keje asyik nak nyakitkan hati aku jek??!!

    bila aku kata jangan cari pasal ngan aku, 
    maksudnya JANGANLAH!! BODO!!
    tak paham bahasa ke hape??

    percayalah cakap aku.
    you won't like the other side of me.
    aku tak penah cite bohong tang ni.
    so while I'm still in the mood of being nice, 
    how bout you be nice to me too. hmm?
    jiwa aku tak luka, 
    korang pun tak cedera.
    sama² untung kan?
    bagusla kalo akhirnya ko paham.
    skang sila pegi main jauh².
    aku ada banyak keje baik pulih nak dibuat.
    nak kutip balik mud aku yang da berterabur sana sini ni,
    mau esok lusa jugak baru boley siap nih. huh!

    My life starts at ELEVEN!

    pergh! bisa ah camni.
    hari² bangun matahari da tegak atas kepala.
    bilenya nak siap keje aku kalo camni? T_T
    parahhh..parahh..
    aku ni dahla sememangnya kuat tido.
    kena plak ngan bilik baru aku skarang yang haram takde lubang cahaya langsung.
    kalo kat luar da cerah ke, da gelap ke, aku siyes taktau!
    so boley bayang tak kalo aku da plan nak bangun awal esok,
    tetibe aku bangun kuar bilik tengok hari da panas. *ternganga kau!*.
    pastu aku plak tak reti² nak tido awal.
    memang sah² la esoknya pun aku payah nak bangun.
    ni esok aku ada appointment ngan prof.
    ngan keje tak setel lagi nih, memang cari nahas!!
    jap lagi kena pegi library ah wat keje. (wat keje la sangat)
    kalo aku duk bilik ni, membuta lagi la aku ni kang.
    tu pun naseb baek ah aku ni da takde kena attend lecture² tu sume.
    kalo zaman aku wat degree dulu,
    buat liat bangun macam ni,
    memang haram langsung tak pegi class la aku ni jawabnya.
    pastu dapat 'surat cinta' dari lecturer. emh, memang bestlah!
    *dulu memang aku kuat ponteng pun, sebab tu aku tau. haha*
    time tu naseb baek ar ada member² duk tolong cover attendance.
    kalo tak cukup 80% attendance aku, kena banned dari masuk exam kot! pfft.
    pastu mula la menjajau gelabah nak wat surat tunjuk sebab.
    tapi ni ada sorang ni da wat surat paling mantap ah aku penah tengok!
    pasni korang kalo kena wat surat tunjuk sebab, pegi jek mintak izin dia nk tiru.
    softcopy punya pun dia ada rasanya, haha.
    nak tengok, sila klik pada link biru ni. 
    jangan korang jujur sangat pegi amik sbijik² anto kat dekan korang surat ni dah.
    pastu dekan ko tanya sape yang ajar, ko jangan brani petik nama aku!
    memang aku sunat ko 18 kali takyah nak bius² sgale bagai. grrr..
    credits to Ide, thumbs up bro!

    p/s: ngantok lagi ar. =.="

    UTHM ada library yang super cool!

    masa aku wat degree kat sini dulu,
    library yang baru ni tak siap lagi.
    yang ada hanyalah library lama yang sangat cikai tu jek.
    sangat tak best sampai nak pegi pinjam buku pun rasa tak semangat (perghh, alasan!)
    tambah lak brader kaunter dulu kerek+poyo gile keje asyik nak sound orang jek. huh.

    well not anymore! *cewah, haha*

    lantakla if korang rasa nak muntah aku puji universiti snirik pun kan,
    tapi seriously aku tak tipu weh. sumpah cantik.
    so korang boley la mohon berenti belajar kat universiti masing² skang jugak,
    dan dengan pantasnya datang mendaftar di UTHM. lalala~

    meh sini aku nak tayang gambar dengan riaknya macam library ni bapak aku yang punya.

    main entrance. *gambar tak full sebab camera cokia. tsk3*

    bangunan library ni berbentuk silinder. so tengah²nya ialah landscape. 

    5 tingkat beb! turun naek pakai lif wokeyyy. *muka kerek*

    saaaangatlah luassss. dan juga sangat sejuk. *ketaq*

    kemudahan komputer punyala banyak. korang ada ke?? *dabel kerek!!*

    dan akhir sekali haruslah gambar aku posing bajet stylo di sini. *haha*

    camera aku tak canggih.
    tambah lak aku bukan jurugambar profesional.
    so kecantikan tempat ni tak berapa menyerlah la dalam gambar² aku ni.
    maka korang harusssslah datang sini tengok snirik library aku ni.
    *rasa macam nak tido kat library jek pasnih. ngee~~*
    aku bangga weh universiti aku ada library best camnih!
    serious! haha. *ok poyo*
    (nahla baldi, kesian aku tengok muka tu da naek biru duk tahan rasa nak muntah tu)

    esok pagi aku nak pegi lepak library lagi.
    pe barang layan internet kat umah. panas kot.
    papehal sila datang cari aku di library ye,
    layan youtube dalam aircond ar, baru syok! haha.

    Tuesday, January 4, 2011

    I hate this feeling

    aku ni annoying ke?

    kadang² aku rasa macam semua orang tak suke aku.
    kadang² aku rasa macam aku sorang² jek kat dunia ni.

    ..................

    ok, now I'm being a sucker that complaints too much.
    or maybe I went too much on everything sometimes.
    sorry for the shits everyone.
    will work on that.
    *zip mulut*

    Pedih!

    aku bangun pukul doblas hari ni. yes!!
    da banyak kali terjaga sebenarnya.
    tapi ada benda yang balik² duk pusing kat otak aku.
    makanya aku tros pejam mata tido balik.
    hati ni perit sangat². *ouch*
    dan aku sememangnya sejak azali lagi,
    kalau otak tengah serabot, aku tido tak bangun².
    da masuk pukul 12, bilik aku da rasa panas.
    aku bangun mandi, on fesbuk.
    skali lagi rasa macam baru pas kena panah petir.
    dia block aku dekat facebook. hmm.
    remove dari frenlist tu aku tahan lagi, ni block tros.
    itu tersangatlah pedih la bodo!! tsk3.
    ............................
    .............

    aku nak blajar rajin².
    biar master aku siap dalam masa setahun.
    then aku nak cepat² blah dari sini.
    things around here are going to get me killed!

    Hidup tak semestinya indah.

    Malam tadi tido dahla tak berapa lena.
    asyik terjaga sebab bunyi macam². =.="
    pagi ni lak bangun jek tros siap² nak pegi JPJ untuk setel saman.

    ni lah saman aku. skali ngan no giliran lagi. 1169 bhai!

    yang dalam kotak merah tu kesalahan yang aku da buat.
    jap ye, aku kasik zoom bagi jelas.

    da nampak? benda remeh jek pun kan? grrr..

    sejam gak aku da tunggu kat dalam pejabat tu.
    punyala ramai orang hari ni. hish. sebok jek.

    baru 1158?? da nak masuk lunch hour kot! bile nak 1169 nih?

    lepas da puas 'berzikir munajat', last² setel gak urusan pembayaran aku.

    seb baek dapat kompaun! kalo tak mau beratus gak nih!

    setel ngan urusan bayar saman,
    petangnya aku pegi jumpa supervisor aku.
    nak amik sign dan cop untuk apply GRA. (bukan GRO ye)
    boleh dia mintak aku siapkan master dalam setahun jek! o.0
    terbuntang mata aku dengar. (ingat aku Einstein ke?)
    dah tu nya, lepas da siap amik cop pe sume,
    aku pengsan jap luar bilik dia lepas dengar berita mengejut tuh. (ok, tipu)
    nak anta borang yang da siap di cop ke pusat siswazah,
    sekali tengok, dia nak salinan depan buku akaun muamalat aku rupanya.
    ada la pulak aku bawak ke hulu ke hilir buku akaun aku tu kan?
    tangguh ke esok lagi la jawabnya nih.
    kena balik umah amik buku akaun pegi fotostet dulu. (leceh tol!)

    then aku ngan jena pegi berbekam.
    tau tak berbekam tu apa?

    credits to google image~

    ni la dia berbekam.
    tujuannya adalah untuk buang darah kotor dalam badan.
    aku buat 3 cup jek tadi.
    buat kat area tengkuk.
    1 cup 15 hengget. 
    tak mampu nak buat banyak² cup skaligus.
    insyaAllah nanti ada duit lebey sikit, aku pegi lagi.

    balik dengan kepenatan,
    lepas mandi tros terlelap.
    tido aku dikejutkan ngan kol dari member baek aku ajak minum.
    aku da janji nak lepak minum ngan dia dari 2 hari lepas lagi.
    tapi busy punya pasal, tangguh tak sudah.
    tadi aku free, aku pun on! rindu nak sembang~
    lama gak lepak sembang².
    macam² cerita keluar.
    dari topik yang aku rasa lawak,
    sampaila ke topik yang aku rasa nak nangis.
    tapi kami masih bergelak ketawa,
    sebab aku tanak la kawan aku ni rasa bersalah.
    bukan sengaja dia nak bawa berita buruk, 
    dia pun tak tau yang dia baru jek sampaikan berita buruk.
    he can't be guilty for not knowing anything kan? =.="
    luckily, putting on a damn fake smile is just what i do best.
    perit macam mana pun berita yang sampai ke telinga ni,
    aku tetap kental dan mampu senyum.
    "hidup tak semestinya indah, apatah lagi selamanya indah. kan?"
    pengalaman banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar.
    mungkin sebab tu aku semakin redha dan tegar.

    kau yang aku sayang,
    semoga ko berbahagia dan diberkati sentiasa.
    hati ini akan tetap tabah mendoakan yang terbaek untuk semua.
    =)

    p/s: eventho it's a fake smile, but it comes from the heart. Ikhlas! @ an effort at least~ =)

    Monday, January 3, 2011

    Facebook da gile ke?

    pehal facebook aku macam ni dari siang tadi hah?

    taraaa!!!

    tu jek yang keluar.
    facebook da gile ke apa?
    atau connection brodband aku yang bongok lembap macam siput babi?
    hmm..*terbangang jap*

    tapi aku duk layan Russell Peter yang lawak nak mampos kat youtube tu, elokkk jek.
    aku jek yang tak dapat bukak ke korang pun sama hah?
    hish..*masih tak puas ati*

    nampak gayanya malam ni takley la aku maen facebook ek?
    ok. takpe. esok pun boley.

    p/s: dah tu aku nak watpe skang nih? bosan gile kot!!

    Sunday, January 2, 2011

    Cekik darah!!!

    tilam nipis macam kertas harga sampai rm30, wtf??? macam shit jek harga barang skang nih! ntah macam mana aku nak survive idup, aku pun tak tau. duit keluar meluncur laju macam 'ice skating' da ni. yang masuknya langsung tarak! hampagas.

    esok harussss ke JPJ untuk setel saman lak. yes, duit lagi!

    eff.you.see.kay you demmit!


    ok da stress.

    Bunuh diri ah camni!!

    hah? da kul 11???
    hari ni dah hari ahad!
    esok da nak kena jumpa supervisor!
    thesis tak siap baca lagi ni woi!!!

    arghhhh!!! 

    ok rileks..rileks..
    hari ni kite baca takat mana yang termampu dulu ye..
    alaaa..tapi malasnya..

    wuuu..tanak bacaaa..tanak!!!!

    tapi esok nak kena pegi jumpa gak ngan supervisor.
    nak amik cop ngan sign pe segala.
    kang dia tanya progress thesis nak jawab apa??
    "saya baru baca 2 page je prof, busy celebrate new year la katakan"
    pangggggg!!! hamik ko maen² sangat! huh.

    yelaaaaa²..aku pegi study la niiiii...!!!


    huh!!