Monday, May 28, 2012

Keje oi!

hari ni kul 7.15 dah terpacak kat opis; ok ngantok. =.="
datang awal penuh semangat sebab sedar diri banyak keje belum siap.
due date pulak dah dekat; last 5 June 2012.
kena siapkan draft thesis, report siswazah dengan paper conference.
gila banyak nak kena buat dalam 1 masa; insyaAllah.
akibat suka sangat buat keje last minit,
sekarang semua benda tunggang langgang.
esok nak kena pindah rumah.
esok jugak opis nak direnovate.
barang2 kat opis nak kena dipindahkan keluar esok.
barang2 rumah pun nak kena dipindahkan esok.
dah kena bawak balik barang opis ke rumah yang tengah macam kena ribut tu,
bawak pulak pindah barang2 tersebut ke rumah baru,
pastu nanti bawak semula masuk ke opis lepas opis da siap renovate.
tu pun kalo opis siap renovate cepat lah.
kalau tak? kenalah buat keje kat rumah guna internet yang lembab macam haram tu.
tahniah lah dengan keje tengah banyak sekarang ni.
sempat ke tak nak siap semua ni? insyaAllah.
insyaAllah memang takkan sempat siap.
wakaka.

tahniah.

T______T


Wednesday, May 16, 2012

Time to get a haircut.

Long straight layered hair is getting pretty lame; i think.
[maybe sebab tu jela hairstyle aku dari dolu2 lagi. eheh.]
dah bosan dah dengan rambut style ni.
I'm up to try something new.
idea tu ada tapi tak mampu nak decide.
samada nak try perm atau shave.
here's some pictures of hairstyle yang aku nak cuba tu.

rihanna - side hair shaved

jane doe - side hair shaved.

OR

scha - perm

katharine - perm

so yang mana?
nak shave atau nak perm?
nak cool atau nak ayu? *uhuk*
help me out guys.
drop la komen sebarang dua.
;)

Tuesday, May 15, 2012

Monday, May 14, 2012

Tak semua orang suka membaca sambil dengar lagu.

memekak betol la pasang lagu kuat2 kat blog.
nak blogwalking pun rasa menyampah.
mana nak membacanya lagi, 
nak mendengar lagunya lagi,
kalau ye pun, pasang lagu yang tenang2 sikit boleh?
sakit gegendang telinga aku ni.
haih.

laenlah kalau aku Mr.Crab


I think I love you. ;)


thanks for brightening my days.
'brighter than the sun' - katharine mcphee

Mother's Day lah pulop!

mother's day semalam, yeah i know.
tapi seharian aku kat kuantan,
didn't get the chance to write this post.
balik tadi belum pukul 12 pun sebenarnya,
tapi delay sebab duk godek cari gambar pulak.
I hope this is not too late.

Mommy a.k.a Datin Sri

she may not be nominated as the best mother,
but who cares?

Happy Mother's Day Mommy.
;)

love,
kakak

Sunday, May 13, 2012

Politik?

to those yang sebok bergado pasal politik tak tentu hala,
I recommend you guys to watch this. 
it's a good one by MohdLutfi ; thumbs up!
terimalah dengan hati dan minda yang terbuka.


berdiam diri tidak semestinya bermaksud tak mengambil berat.
there is just no need to make things even worse.
;)

Thursday, May 10, 2012

Cheesecake. Nyum!!

cheesecake ; my favourite. 
*ehem, tengok badanla!* XD

hari tu dah masak cheesecake.
tapi sebab bahan tak cukup,
aku campak jek masuk sume apa yang ada, then tawakal. ;)
segala jenis bahan yang isinya lemak berkrim, semua aku bubuh!
pastu buat muka yakin jek gaul sume bahan ala2 chef wan.
mula tu takot2 sebab risau jugak if kek tak jadi.
then pikir2 balik, how worst can it be?
tong sampah family aku tak pernah memilih lagi setakat ni.
lalalalala~~

so after leaving it in the fridge semalaman,
esoknya bangun jek tido, tanpa gosok gigi tros ngap!!!
fuhhhhh, aku dah agak dah sedap gila hah!
*padahal terkejot gila yang kek tu end up edible, 
da standby makan depan tong sampah in case nak terkeluar balik* ;P
bangga la jugak aku beberapa saat sebab resipi mengarut aku menjadik!
*walaupun cubaan membuat corak atas kek da rupa macam lukisan dak 2 tahun*
yang penting rasa dia success. (ke syok snirik? haha)

then sebab sedap sangat *eceh*, kek tros habis dimakan.
langsung tak sempat nak even amik sekeping gambar pun.
apatah lagi nak upload dan canang kat 1 dunia yang aku berjaya wat cheesecake.
memang tak sempat! *sambil mulut mengunyah sisa akhir cheesecake*
then sebab tak puas makan sebab hari tu wat sikit jek,
*wat sikit gara2 takot tak jadi nanti sayang bazir banyak2*
so aku decide nak cuba buat lagi.

ingatkan nak buat esok lusa jek.
but since prek ada kat sini (kemaman) skang ni and nak balik dah esok,
so I thot y not just make it tonite then esok boleh prek sempat rasa.
itu yang kul 2 pagi (orang laen semua da tido) tapi aku still kat dapur.
kali ni aku siap beli bahan semua lengkap and siap timbang sukatan tepat2 lagi.
dah siap godek dah pun, tu duk tengah 'terbakar' dalam oven tunggu dia masak.
harap2 naek elok jek and lagi sedap la rasa dia.
kalau tetibe kek tak jadik/ tak sedap macam kek yang aritu,
memang parahlah. parah sangat2 sebenarnya.
sebab aku langsung tak ingat apa aku bubuh dalam kek aku buat aritu!
aku taram jek semua benda kot. 
T______T

padahal dah buat yang taram pun rasa elok jek.
ni yang dah buat betul2 follow resipi ni, nebes lebey lak.
teramatlah tak confident if the cake is edible. apatah lagi sedap. =_="

esok baru boleh rasa kek.
aku duk intai2 kek dalam oven tu tadi, nampak macam ok jek.
tapi maybe aku patut tadah tong sampah siap2 depan prek esok.
just in case takot2 dia kunyah sesuap dah termuntah sebaldi.
yang penting kasik prek rasa dulu.
kalau terkena tak sedap pun, dia yang kena, bukan aku. HAHA.
but if it turns out sedap gila, then the rest is mineeeeee.
korang tak payah!
ok gurau.
;)


p/s:
tengoklah kalau aku tak pelahap malas sangat, 
maybe aku try upload gambar kek tu before aku bagi prek makan esok.
kalau tak sedap pun bukannya korang tau kan?
dalam gambar nanti aku edit la kasik cantik.
wahahahaha. haip!

Tuesday, May 8, 2012

My EVERYDAY checklist

disusun mengikut nafsu kepentingan seharian

otak aku memang pusing kat situ jek ari2.
memang eloklah. bagus sangat2!
tang makan tdo tak pernah miss.
kejenya bila nak buat??
=_=''

Monday, May 7, 2012

SINGLE and FAMILY

sekarang memang style update blog sbulan skali rasanya.
kalau lagi banyak gap masa per entry, lagi bagus. cayalah!

2 minggu dah aku kat kemaman.
still feeling guilty sebab terpaksa tinggal my housemate sorang2.
lagi2 after dah pernah janji tak tinggal dia kat BP tu sorang2.
tapi ni balik kampung, bukan tinggal tros. patot tak boleh kira mungkir janji.
huhu. sorry2.
but I still feel bad. seriously.
dear housemate, i just want you to know,
*nak cakap face to face kompem tak lepas ni*
aku tak pernah lupa ko tolong datang duk BP teman aku,
so aku takkan mungkin nak tinggal ko kat situ pulak.
eventho memang banyak kali kte sama2 fikir pasal aku nak cari kerja,
and aku slalu cakap pasal possibilities maybe aku kena keje tempat laen,
tapi sebenarnya aku takde tergamaknya nak blah tinggal ko kat BP.
eventho ko kata xpela, ko paham. but I still feel bad coz ur my bestfriend.
I am the worst friend ever kalau aku tinggal ko kat sana lepas da ajak ko datang.
it's just something that came out of my mouth masa duk fikir berat2 tu.
ikotkan, aku yang memang kalo boleh nak menetap lama lagi kat BP.
kalau ko takde pun aku da cukup berat hati nak let go rumah tu.
inikan pulak ko ada kat situ, aku mestila nak duk ngan ko.
aku tak rasa aku boleh serumah dengan orang laen pun.
skarang aku tengok ko pun dah plan nak pindah KL tahun depan.
maybe sebab aku selalu balik kot?
atau sebab aku selalu complain susah cari kerja kat bp?
sorry. maybe I should have thought of that earlier before ajak ko datang.
ikot plan asal, aku pun memang nak pindah KL lambat laun,
tapi maybe ko patut gerak dulu la kot sebab ko susah nak tukar tempat keje.
at least you're not stuck in BP because of me.
sementara tu, aku nekad nak cuba jugak cari kerja kat sana since aku da janji camtu.
aku taknakla ko rasa aku sebagai kawan baek ko, sanggup tinggal ko.
ada setahun lagi before ko abis HO, aku mesti boleh dapat keje lah.
cuma skang aku desperately nak beralih angin jap.
it's just something I have to do.
sebab aku fikir ini lah jalan terbaik supaya aku boleh siap keje cepat.
cepat siap master, cepat aku boleh fokus cari kerja kat BP.
tak payah dah kita serabot2 pasal aku nak kena keje tempat laen.
sorry tinggal ko lama2 sampai ko terpaksa jalan kaki ulang alik pergi keje.
please don't hate me for this.
T____T

other than that, its a relief.
tu je aku mampu cakap.
dapat balik jumpa family,
lari kejap from all the stress kat BP,
yup, lega. definitely.

aku single.
(ok, bukan tengah cuba jual saham kat sini)
and it's not that i'm not happy with it.
it is kinda fun bila tak terikat dengan komitmen.
kurang benda nak fikir and risau, hidup pun senang sikit.
sebab now you can focus on ur own life and future.

its just that bila kita single,
akan ada masa yang kita suddenly rasa lonely sangat2 and down gile2.
masa tu rasa sunyinya, bosannya, serabotnya, and all kind of negativity lah.
even ada kawan ramai2 pun still rasa macam ada kosong dalam jiwa tu.
you desperately feel the need of having #someone by your side.
someone that you can really talk to or share stuffs with.
coz in life, tak semua benda kita boleh talk and share dengan kawan.
such as feelings. example paling mudah la aku bagi.
kawan baek macam mana pun, feeling2 ni still ada limit bile nak share.
ada benda, dengan loved ones je kita ada kemampuan nak cite, nak kongsi.
kenapa tu, aku pun tak sure. tapi paham la kan?

so benda ni, atau fasa ni; aku sedang lalu skarang.
i feel lost, and it worries me in a lot of ways.
coz you can't put time on hold.
I am someone who knows what I want in life.
tapi bila prasaan macam ni datang,
aku macam hilang punca.
pastu masa pulak sentiasa je berjalan macam biasa,
then sedar2 aku da rugi banyak benda.
which puts my future at risk.
I need some inspiration/motivation to keep me moving.
biasanya I easily get motivated just by looking at other people.
how they have succeeded in life,happy and dem rich.
but this time. no can't do baby doll.
there's a black hole in my heart, huge i tell you!
that needs more than some inspiration to do the work.

and i realize that things are getting worst bila
1) nak makan pun dah MALAS
2) buat apa2 pun rasa TAK KENA
3) semakin TAK SABAR
tang tak sabar tu in terms of emosi.
suddenly rasa macam semua orang tak paham apa aku rasa.
then mula lah aku nak naek2 suara. 
bajet dengan naek suara tu orang boleh lebih paham la??
tak bijak kan aku? terbawa ngan emosi.
alang2 tu, aku amik peluang ni nak mintak maap.
sorry pada semua yang terkena tempias bitchy aku ni.
and lastly, 4) I can't FOCUS
kadang2 duk tengah lepak ngan member pun aku boleh lost.

this is why tiba2 aku decide to take a long break and balik kampung.
coz there's no other place better than home.
aku tak taulah orang laen.
but i find home where there's family; is the most comforting place to be.
tros dah tak rasa dah the desperate feeling of needing #someone.
coz actually, it's not the people that your heart desires, 
its the love that they have always had for you.
being with someone special makes you feel loved,
but being with the family that loves you? it makes me feel blessed. ;)
and this is why family biasanya akan jadi keutamaan aku.
sebab aku snirik, aku perlukan diorang lebih dari tu lagi.
cumanya tu jela, family; they will always be there for you,
"i'm just a phone call away" bak kata abg nik aku,
but they can't always sit there next to you.

so even perasaan tu mungkin takkan sama dengan having #someone sentiasa.
but it helps a lot. 'clears' a lot!
paling tidak pun, dapatla ganti jap perasaan tak senang tu.
*bolehlah bertahan nak continue single setahun dua lagi, XD*
well kita semua takkan lari dari perasaan perlukan #someone di sisi.
tapi feeling desperate is not good so do something about it!
macam aku buat skarang la, balik kampung! hee.
even esok2 bila da balik rumah, jauh dari kampung and family,
that miserable feeling akan datang semula after a while, true,
tapi at least bila dah balik kejap ni,
perasaan 'senang' yang sekejap ni mampu pulihkan banyak benda.
*takdelah duk rasa desperate sangat lagi dah kan? XD*
well I am all good for now.
already feeling like starting new.
fresh and stress-free.
self motivation restored.
semoga hidup akan lebih dipermudahkan lepas ni.
;)

dah lama2 tak update blog ni,
hamik kau 1 entry sikit punya panjang.
kira cover sebulan punya cerita la ni.
chow.



p/s: people do crazy things when they are desperate.
crazy things which they will soon regret doing it. yup, that kind of things.
i've been there, i've done that and I definitely know the feeling; it sucks.
so try to avoid feeling desperate. be optimistic.
but if it still doesn't work, do not hesitate on getting help.
better be safe then sorry.