Monday, February 7, 2011

Mari membuat kek coklatttttttttttt (tetibe jek)

err..err..sebenarnyaa..ehem. 
ok, mud aku tengah tak berapa baik sebenarnya.
so dengan tibe²nya aku nak paksa korang duduk sini,
dan dengar aku nak celoteh pasal cara² nak masak kek coklat.
 aku tak pedulik!
korang kena layankan jugak aku!
sebab aku sangat² memerlukan distraction skang. T_T

so mula² skali ialah bahan² yang diperlukan.

Bahan² A (kek)
250gm @ sebuku butter
1 cawan gula halus
4 biji telur ayam!
1 cawan serbuk koko
1.5 cawan tepung gandum
1 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecik serbuk penaik
1 cawan air suam
kalo ada nk rasa oren ke, stoberi ke, tambah snirik.

Bahan² B (topping)
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
sedikit susu cair


memula sekali ko kasik masuk butter ngan gula 
pukul sampai kaler dia berubah dari kuning menjadi almost putih.
(means gula da ancus!)
besenya dalam 10 minit da setel.

then ko buh telur sbijik².
teroskan pukul untuk 5, 6 minit lebey kurang.
nanti ko nampak telur da bergaul rata, iya la tu.

sambil² menunggu tu,
kasik masuk tepung, koko ngan serbuk² lain dalam 1 bekas.
gaul bagi rata dan standby untuk masuk dalam mixer.
agak² telur da bergaul rata,
masukkan campuran tepung sikit demi sikit.
ko nk tuang sume skaligus pun boley sbenarnya.
tapi kalo pastu berketul², jangan tanya kenapa.
guna cara kaut balik untuk bagi betol² rata bergaul tuh.

kemudiannn,
amik secawan air suam tu kasik masuk skali.
then biar dia gaul lama sikit.
da siap nanti akan nampak camnih.

lepas tu apa lengah lagi.
kasik sapula majerin kat loyang atau bekas nak guna wat bakar tuh,
then masukkan la bahan² ni ke dalamnya!
aku buh dalam rice cooker!!

sebab rice cooker kat umah akak aku ada setting untuk bakar kek.
so aku tuang jek kat dalam, 
setting bagi kena kat 'baking cake'
pastu set timer 50 minit.
senang kan keje aku? mekasey panasonic!

untuk topping,
korang campur jek sume bahan skalik,
then masak atas dapur ngan api paling kecik!
jangan berenti gaul sampai da rata.
then tuang la atas kek tuh!
takkan la tuang atas kaki lak. hish.
jadila camniiii.

paras rupa topping aku tak berapa cantik,
gara² aku tinggal kejap atas dapur (berenti gaul)
jadilah ia sedikit meggerutu. haiyaaa. tapi rasa still sedap so tak kesah~

yang ni aku masak sempena besday mak aku.
kami berempat jek kat umah masa ni.
jadi wat makan kecik² jek la.
buat cukup syarat tanda kami ingat..hee..
 taraaa. makan malam+celebrate besday

untuk lebey meriah,
ada la sesi bukak botol 'champagne' tanda sambutan.
(non-alcoholic champagne)
anak buah aku berebut 'champagne' ngan mak aku. 
nak jugak tuh si tecit nih.

ok pasni korang boley cuba plak.
tanak cuba pun takpe aku tak amik ati.
mekasey sudi luang masa dengar aku merapu.
aku masih rasa tensen sebenarnya. hmm.

0 comments:

Post a Comment