Thursday, March 17, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL

entry kali ini MUNGKIN agak panjang.
aku pesan awal² supaya bolehla bancuh milo panas dulu sebelum mula membaca.
entry kali ni adalah bertujuan menyahut cabaran blogger feymes iaitu Abg Ben
aku tau ni pun dari blog member aku sebab dia pun join gak. (chekidout!
sesiapa yang juga rasa nak join boley serbu SINI untuk tengok rules² dia.
sambil² korang pegi usha blog tuh, aku mula dulu la ye.

PERTAMA sekali haruslah tempek dulu banner dia kasik. nah! setel.


KEMUDIAN, marilah menjawab soalan² yang diberikan. ehem². Ok mula.

1. Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
PERNAH. Dulu aku suka seman (bukan nama sebenar) sebab peribadi rasanya. sebab majoriti kawan² aku tak rasa seman tu ensem. aku pun rasa kalo nak dibandingkan ngan Fahrin Ahmad, seman memang out! heh. bermakna sah aku suka bukan sebab rupa. (bro, lu kalo baca ni, jangan amik ati lak ye!) kang esok lusa tak memasal ada lak yang kena santau. erk. *takot!*


2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
OPKOZ!! mana boley tak utamakan fizikal! aku tanak yang gemok! tanak! sebab aku ni da cukup gemok. kang kalo aku dapat yang gemok gak, tanak macam sempit lak kalo nak jalan sama² kat pasar malam tu nanti?? pastu kalo beli jusmate5, dah kena kongsi dua orang lak. dah la mahal! XD


3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
MATA. lelaki/perempuan mana² pun aku rasa paling penting untuk tengok mata. sebab aku rasa semuanya bermula dengan mata. dari pandangan mata orang tu, kita boleh rasa tenang, yakin, cantik atau sebaliknya. Kalau pandangan mata seorang lelaki tu boleh buat aku rasa macam dunia ni aku yang punya, yup! that's my guy! =)


4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
TAK JUGAK. sebabbbb..setengah orang nih, sebelum kahwin dia ada rasa nak jaga shape, size pe segala sebab dia tahu dia single dan masih ada market. bila da kahwin, dia rasa dah tak perlu nak jaga semua tu sebab kononnya kalo perut kempis hidung mancung skali pun, "aku da kahwin, takdenya orang nak ngorat aku dah". ngahaha. betol tak? tapi memang ada yang jenis berisi tanda bahagia sebab hidup ada orang jaga, makan terurus, hati senang, makan pun jadi selera. Laen orang, laen ceritanya.


5. Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
SETUJU. sebab memang hakikatnya manusia ni tak pernah puas. bagi betis nak peha. bila tak hensem, duk hari² doa mintak jadi hensem supaya ada SORANG awek nak kat dia pun dia da puas ati. tapi bila da bagi hensem, nah kau tamak! perempuan lak, bila tak cantik, duk doa hari² mintak dapat sorang yang SAYANG seadanya pun dia da puas ati. bila da cantik, eh nak lebey lak? kasih sayang jek da tak cukup eh? KEBIASAANnya laaa..tak semua macam tu. aku tak pun? (cewah!! sejak bila aku cantik?? =p)


6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..
Lelaki idaman aku ialahhhhh..SEMAN! ahahaha..entah. kalo aku bagi nama kawan² aku, bukan korang kenal pun yang mana satu. kalo aku bagi nama artis, aku plak yang tak kenal mana satu. eh? maksud aku, aku bukan kenal pun personaliti diorang. takat tengok dalam sinetron tu bukan boleh kira. aku bagi contoh si seman tu jela ye. aku pilih dia sebab bila aku dengan dia, aku boleh jadi diri aku dan disukai/disayangi seadanya. dia lah kawan baek, dia lah musuh ketat, sayang tetap sayang. mungkin dia tak hensem, tapi aku pun takdela cantik sangat (wtf?) kira ok la tu. haha. amacam? tapi suke macam mana pun, jodoh tu di tangan tuhan..tsk3.


7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
TAPI SEKARANG AKU SINGLE! cane nak komen? ok sape² yang rasa nak kenalan, seperti biasa bolehlah tinggalkan no kontek di bawah untuk dihubungi lewat malam karang. *aummm* ngahaha. kalau ada yang sangkut, lepas tu baru boleh aku komen tentang fizikal pasangan aku SEKARANG. lalala~


8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
OH TIDAKKKK. aku gemok dan rupa sangat jauh berbeza ngan Lisa Surihani. noktah. sesiapa berani mengkeji lebey², aku sumpah ko jadi batu. tak kira!!!


9. Perlukah seseorang wanita/lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
PERLU. itu namanya tolak ansur. lagipun, kang esok lusa dia tengok ko pun dia jadi tak selera, bangla kat mapley tu pun dia boley rasa lagi ensem, ko gak yang gelabah kan? barula sebok nak telan jusmate5 la, jogging 80 round sehari la. keco la lu. *mengata diri snirik ke?* T_T


10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
Ada yang berkesan dan ada yang tak. Ubat tu cuma pemangkin. Kalo kita sendiri tak control makan ikot diet seimbang, ko telan la jusmate tu 5 peket sehari pun duk bulat cenggitu gak. Yang penting sendiri kena ada usaha nak jaga badan. (rasanya aku da boleh apply keje ngan pakar motivasi Dr.Fadzilah Kamsah da ni) eh, ke ada ubat yang betol² boleh kurus tanpa jaga makan hah? NAK!!! 


selesai la sudahhhhh.
kan aku da kate entry kali ni agak panjang.
jangan nak salahkan aku kalo ko tak bancuh milo panas dulu tadi!

5 comments:

  1. Assalamualaikum..Nadh melawat dari segmen enchik Ben. hebat sekali pilihan kamu. nadh doakan bertemu dengan pilihan kamu tu dan berbahagia keakhirnya.. :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam..mintak² dapatla pengganti yang sama baik dengan seman dan bahagia smpi ble²..mekasey wak..=)

    ReplyDelete
  3. as'salam..singgah dr blog abg ben..

    pnjg2 eh jwpn die..hehee

    ReplyDelete
  4. salam....jengok2 dr incik ben punye segmen....suke tol mlepak n bc komen bloger2 nih...
    snang2 jom jengok cni gak..hehhe

    http://nadiemsharmz.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-lelaki-vs-perempuan-kerana.html

    ReplyDelete
  5. mamaleesya: hai..salam kenal..=)

    fiza: w'slm..haha..buat milo dulu x sblm mula baca..=P

    nadiem: w'slm..okai..nnt sy dtg jenguk..

    to all: thanx singgah..=)

    ReplyDelete