Wednesday, March 30, 2011

Mari selongkar beg saya.

so entry kali ini adalah khas untuk melunaskan hutang tag,
di mana aku telah ditag oleh cik REEN dalam entry INI.
excited nak buat entry yang ditag kali ni sebab nampak macam best! =)

ok, so dah nama pun 'mari selongkar beg saya'.
jadi hari ini aku nak tonggeng barang² dalam beg aku kasik korang tengok.

tapi kalo nak diikotkan syarat sebenar,
aku sepatutnya kena pamerkan barang² dalam handbag aku.
memandangkan aku still student dan pula berimej rawkers yang true, (HAHA)
maka aku takde handbag² ayu dan berjenama. =.=" (btol ke aku ni pompuan?)
tapi tunggu dulu! aku ada pakai beg lain la! jeng3..--->nah beg sekolah! wee~ 
alah, asalkan tu beg yg aku buat isi barang pikul sana sini, sama la tu kan?
jangan risau, beg aku bukanlah beg tarik berjenama swan berwarna pink.
kalo aku pakai beg swan tuh, jangan haraplah aku nak tayang kat korang!

so marilah kita mulakan sesi menyelongkar beg saya.

asalnya macam malu² nak tonggeng semua keluar.


tapi lepas tu tonggeng jugak secara paksa kasik semua berguling² riang.


so ini ialah kategori A
terdiri daripada bekalan ubat (selalu sakit kepala), 
tisu basah (untuk buang makeup/ freshen up), 
sanitizer (say NO to kuman degil), 
dan extra pantyliner (jangan tanya untuk apa!)


ini pula ialah kategori B.
terdiri daripada student card, alat² tulis, 
notebook kecik, stapler dan index sticker. 
(skarang sedang musim busy dengan literature review
sebab tu aku terpaksa kehulu kehilir dengan semua 'mainan' ni.
sudah tentu sangatlah tidak mungkin sebab aku saje rajin. =.=")


dan ini pula ialah kategori C.
terdiri daripada barang² wajib bawak iaitu 
henset sony-e. (da half gila da henset ni, sian dia)
 mp3 sony (owh ku tak mungkin mampu hidup tanpamu syg, muah²!!)
hardisc samsung (semua barang² keje dalam ni, jangan ko wat main!)
bluetooth device (penting untuk transfer gambar dari enset ke laptop)
dan juga sun glasses (ntah brand apa. ole² akak aku bagi dari trip ke paris)


dan akhir sekali ialah total barang² yang ada dalam beg aku.
 penat la jugak nak ajar baris elok² untuk sesi bergambar bersama² nih.

sebenarnya ada lagi 2 barang yang biasanya ada dalam beg nih.
dompet dan juga kunci rumah. (yang paling penting plak tuh.)
tapi memandangkan tadi masa sesi terjah, dia tak duk dalam beg,
so kira naseblah kau tak dapat jadik feymes masuk blog. HAHA.
sape suh pegi merayap sangat. padan muka.
(tadi aku bawak pegi kedai makan lepas tu balik umah, letak rata² =.=")
dan kalo korang perasan, dalam beg aku langsung takde barang makeup.
rawkers true la katakan. (lipbalm da cepat² sorok dalam poket) HAHA.

so well done everiwan!
skarang semua sila kembali semula ke dalam beg.
kang kalo ada yang hilang, boleh la dapat tengok aku sawan jap. T_T

sekian.


p/s: mekasey la tag saya ye cik reen. 
p/p/s: aku tag semua orang yang baca. tinggal la link kasik aku usha. =)

2 comments:

  1. cepat, kemas. kalau hilang jgn salahkan aku :P btw, ak paling suka bekas sun glasses ko yg warna biru tu. loike :)

    ReplyDelete
  2. owh, tu aku rembat dr akak aku gak tu..siap amik sarung spare untuk buh hardisc. ngehehe..

    ReplyDelete