Wednesday, March 30, 2011

Update basi dari KL.

ok, ni entry da basi sebenarnya.
minggu lepas aku ada cakap aku turun KL kan?
well ni ada sedikit updates sepanjang aku ada kat KL ari tu.
duk busy² last week, aku tros tak ingat nak upload.

so mari zaassss!! kte layankan.

mula² sekali ialah gambar aku batak 1st time turun kat
TERMINAL BERSEPADU SELATAN.
biasanya aku turun Bukit Jalil yang sesak gile tuh.
kali ni turun sini, fuh!  macam airport la siot!

 ni aku masih atas bas, terkesima aku tengok siap escalator bagai nih.

 ni aku da atas escalator. tengok bas² parking teratur, kagum dah nih.

ni aku da dalam terminal. pergh! paling kagum lah!
ko tengok tu siap ada guard jaga kat escalator turun tempat bas.
da macam style kat airport sungguh lah.
kaunter sangat banyak dan siap ada board pamer status bas.
hish, memang aku kagum lah! lega da tak kena susah² macam dulu tuh.
ok so ini gambar masa aku mula² sampai.
masa ni dalam kul 11 malam rasanya. hari khamis.
balik umah tros lelap. zzzzzzzzzzzz.
mula² tu aku nak berjaga tunggu abg nik aku sampai dari kemaman.
(sebenarnya nak tunggu anak dia si comel yayid tu jek, HAHA)
tapi aku mengantok sangat tak tahan, esoknya baru aku nampak yayid.

pagi esoknya (jumaat) kami pegi usha kereta satria 2ndhand untuk aku.
tapi malangnya kete² tu bekas eksiden, so balik tangan kosong jek. T_T
eh, mana ada tangan kosong.
ada jugakla isi sikit.

nah slurpee penghilang dahaga. hoho.

then petang kami ke IKEA.
akak ipar aku nak cari pagar budak untuk letak kat pintu dapur umah dia.
sebab yayid skarang da pandai merangkak. pantas pula tuh.
maka adalah sangat bahaya bila dia mula memasuki area dapur.
sila bayangkan kuali dengan minyak panas, pisau tajam², hah seram kan?

maka ini adalah yayid yang dieksperimenkan dengan pagar. HAHA.
cukup tinggi untuk dia berpaut dan tidak pula memanjat da kira ok lah tu.

then alang² da dekat IKEA,
ktorang pegi jalan² tengok barang² lain lak.
sambil² tu aku ditugaskan untuk tengokkan yayid.
naseb baeklah yayid ni kategori budak baek², senang dijaga.
kalo stok² nangis meraung guling² dalam kedai tuh,
memang aku blah jek jalan dan tak mengaku anak buah dah.
keji tak? HAHA.

 so ini dia yayid didudukkan dalam troli. baek jek.

 ok dia da mula mengganas nak amik dompet aku.

 ko tengok tu muka bahagia da dapat dompet!
siap posing ayu peluk² dompet lak dia ni. hish.

 haaa,da mula nak menggeledah. haip!

 ok muka toye setelah dompet telah dirampas semula.
"awak tu lelaki, mana boleh ada dompet lah. wek!" aku siap ceramah sikit.


da bosan duk kat belakang, nak jadi pilot pulak.


mula² tu baek lagi paut kat troli pandang ke depan jek.

 pastu nah kau, dah mula menggodek barang² dah.
takkan nak amik barang² keluarkan dari troli lak kan? =.='
maka dibiarkan jek dia berjalan² dalam troli godek sepuas ati.
 setakat dia nak kuis² plastik karpet tu, apadahal.

tapi siyes ko memang da bestlah yayid.
sikit pun tak nangis, merengek pun tidak.
gelak ketawa jek yang banyak. aku tumpang gelak skali.
kalo anak aku macam ni kan bagus, tak susah nak bawak jalan.

then da puas round² pilih barang,
kami pun pegila melantak kat cafe IKEA yang ada meatball sedap tuh.

nah aku kasik tempek gambar kasik korang leleh² air liur sikit.

ini ialah makanan 3 orang. eh, 3 dan setengah. lupa lak dak kecik tuh.
lepas tu aku amik komuter balik rumah while abang aku ke rumah akak ipar dia.
aku memang suke malam² naek komuter round². night view is d best. =)

esoknya (sabtu) aku da mula busy ke melaka nak kutip adik aku.
dia da last day study kat uitm. course asasi tesl. 2 sem jek.
ahad pulak aku pegi jumpa anak angkat mak aku (abg jaman)
lepas makan² nasi briyani, tros ke terminal airport bersepadu selatan.
lepas maghrib macam tu aku pun sampai la kat batu pahat.
isnin da kembali semula 'bekerja sambil belajar' seperti biasa di UTHM. 
UTHM - dengan hikmah kita meneroka. oh crap.

itu sahaja. chow~

0 comments:

Post a Comment