Thursday, April 28, 2011

Macam ni pun boley kira update ke? ah, baca jelah.

lately rasa malas sesangat nak update blog.
nak kata busy yang amat pun tak jugak.
buang masa bukan maen banyak lagi adalah.
mungkin life is just too bored lately,
 sampai tade langsung benda best nak dikongsi.
tunggulah 2,3 minggu lagi.
kalau aku tak update jugak blog ni,
mungkin aku memang dah tade lagi da kot kat dunia ni.
(dunia blog ye, bukan dunia betol. aku belum nak mati)
k, bye.

Monday, April 18, 2011

B1 B2

tak sabarnya nak tunggu weekend!
nak pergi kemaman jenguk boipren.
dengar kata dah pandai lambai kat awek² kereta sebelah dah skang.
tak boleh jadi nih. da pandai miang ye!
pantang tinggal sekejap, cepat jek pandai benda baru. hmm.
jarang² dapat pegi kemaman, harus beli hadiah sikit rasanya.
belikan jaket ke kasut lagi macho?
sebab dia belum ada hoodies comel yang sempoi.
dan dia juga belum ada kasut bergaya untuk jalan².
khamis nanti lah aku decide. kena pegi usha dulu.
ada gak aku rembat dua² nanti nih. sayang punya pasalll. feh.
plus, mud tengah baek sebab nak dapat boipren lagi satu.
semoga urusan paperwork untuk boipren baru berjalan lancar,
kalo tak berjalan lancar, terpaksa tunda plan nak ke kemaman.
minggu lagi satu lah jawabnya baru boleh jumpa dua² boipren.
nak buat macam mana, dua² pun nak jumpa kat kemaman.
takkan minggu ni nak turun kemaman jumpa boipren 1,
pastu nanti minggu depan nak turun lagi untuk jumpa boipren 2 lak.
pembaziran masa dan wang yang nyata tuh namanya.
eh, tetibe rasa tak sabar lak nak dapat boipren lagi satu.
sebab boipren lama tak boley nak diheret ikot balik johor.
tapi boipren yang baru ni boleh bawak balik johor.
nak bawak pegi mandi sungailah minggu depan!
keh~ keh~ keh~

Saturday, April 16, 2011

Hobi ke Dadah?

ok kita akan mulakan dengan sedikit facts tentang aku lah ye.
1) aku tak minat tengok tv, sebab
2) aku dah terbiasa tak tengok tv, sebab
3) memang aku jarang dapat tengok tv, sebab
4) dari kecik aku duduk asrama dan asrama takde tv, dan juga sebab
5) cuti, mak aku sentiasa conquer tv dengan cerita² samada hindustan/tamil.
eh, time cuti jeke? silap. mak aku memang conquer sentiasa. huh.
rasa macam jadi time cuti jek sebab cuti panjang baru aku ada kat umah.

dan akibatnya,
kalo ada cerita kat tv yang aku macam boley layan pun,
tak penahnya aku dapat follow sampai habis.
tengok pun skip² episod, kira mana² yang kebetulan dapat tengok jek.
nak menghafal siaran pukul berapa, hari apa, channel apa, memang taklah.
makanya banyaklah cerita yang orang laen da lama khatam,
tapi aku baru gelabah nak tengok sebab skang da dapat download full season.
so sekarang lebey kurang macam baru jumpa dadah hobi baru la. ketagih.

contoh cerita bersiri yang dimaksudkan adalah seperti:

1. Gossip Girl
i have to say, i'm in luv with chuck bass lepas tengok cerita ni.

2. Glee
aku biasanya anti sikit cerita yang keje asyik nak nyanyi nih.
but this one, not bad. in fact, i enjoyed it. very much.

3. How I Met Your Mother
still belum habis tengok.
baru setel tengok season 4.

dan cerita How I Met Your Mother should be the last I shall watch for the time being.
sebabnya masa sangat²lah tak sesuai sebenarnya. seriously. sangat tak sesuai.
Gossip Girl aku layan masa aku tengah kat labuan, kebosanan takde keje.
Glee pun aku layan masa aku belum start lagi buat master, life was bored, banyak masa.
tapi How I Met Your Mother? life bosan dan banyak masa?? hell no.
aku sangat banyak keje nak buat sebenarnya, tapi boley lak duk layan movie. dem.
the thing is, aku sangat suke cerita ni. even time aku tak dapat follow full dulu² tu,
kalau tetibe aku dapat peluang tengok tv and time tu tengah on cerita ni,
memang langkah mayat aku dulu sape yang berani nak mintak tukar channel.
tuh dia aku nak cakap betapa aku sangat suka cerita ni. (which is jarang jadi la)
so skang tetibe ramai lak kenalan aku yang ada full series cerita ni dari season 1-6,
itu yang jadinya even aku ada banyak keje, aku boley duk layan movie lagi.
hasilnya? habis tak jalan keje aku. tergendala kaw² punya. die! die! ok, over lak.
now ada lagi beberapa cerita yang ada dalam list aku suke nak tengok sebenarnya,
dan adik aku dah pun tolong download full series dan full season sume cerita nih,
(cougar town, no ordinary family, supernatural, urgh! banyak weh!)
tapi aku sedang cuba untuk tak mulakan 'melayan' even 1 episod pun,
sebab dikhuatiri aku tak mampu nak stop tengok dan keje tergendala lagi.
cukuplah dengan cerita How I Met Your Mother nih. abis ni abis. keje plak.
nih pun aku tengah cuba habiskan cepat² supaya aku boley cepat mula keje plak.
gila susah nak tahan godaan macam ni. urgh. wish me luck!

p/s: paling suka watak barney, sumpah lawak! abis keluar ilmu aku. eh? shit.

Friday, April 15, 2011

Wonderland~

penah pegi wonderland? 
tak penah?? rugi!
aku penah!
nak kata aku tipu la tuh.
sori sikit ye, tapi guwa tak maen ar cite bohong.

baru semalam aku ke wonderland.
bukan wonderland tempat peterpan tuh laaaa.
alice in wonderland pun bukan. jauh kot tempat tuh!
tapi wonderland pusat karaoke yang baru bukak kat bp ni je.
saje nak try out tempat baru. dengar kata best dan murah.
alang² dengan adik aku bising² nak karok dari minggu lepas.
(padahal aku pun da gian nak karok, wee~)

sebab aku tengah rajin dan baek hati,
so meh aku tuliskan charges rate karok kat sini.

Monday-Thursday,
11am-1pm : rm6 (1 free drink per pax)
1pm-6pm : rm12 (2 free drinks per pax)
6pm till late : rm17 (2 free drinks per pax)

Friday - Saturday, Public Holidays, P.H Eves,
11am-1pm : rm8 (1 free drink per pax)
1pm-6pm : rm18 (2 free drinks per pax)
6pm till late : rm21 (2 free drinks per pax)

harga ini ialah per head ye, bukan per room.
bilik dia ada banyak size, ikot bilangan orang yang nak masuk.
contohnya semalam (khamis) kami pergi 4 orang pada pukul 9 malam,
so total bayaran ialah rm68 (termasuk tax rm3.sen²) dan total of 8 free drinks.
dan bayaran ni bukan untuk karok selama sejam tau, tapi 3 jam!
servis pun bagus. heaven kan? nama pun wonderland^^

sana bukan takat ada pusat karok, tapi juga ada swimming pool.
tapi macam aku ni, tak kuasa aku nak berswimming pool bagai,
baek aku pegi layan air terjun kat berlumut lagi bagus. nyaman~

tapi semalam tak banyak bergambar.
gambar yang ada pun macam tah hape² sikit.
sebab sume orang pun sebok nak berkarok.
banyak gile pilihan lagu dia ada sampai 3 jam rasa tak cukup!

karok di wonderland.
 1st song.

 warm up je baru ni.

 pak akob.

 maen suluh lampu ngan ikan ke?

 tu dia ikannnn. (landscape kat entrance)

da habis karok, haruslah melantak. lapor!
 three layer tea.

 aku order kopi ais rasanya. hmm.

 black pepper.

 kungfu ke nama dia?

 masak merah.

cikeng cop. da macam sotong goreng tepung pun ada.

makan malam yang tak berapa nak masyuk sangatlah.
tapi yang penting karok tu aku puas ati.
mission accomplished!

Pacik GOOGLE!


kalo jawapan dalam hidup ni semudah bertanya pada pacik google.
memang esok nak exam, malam ni aku da google soklan ngan jawapan skalik.
setel! zero masalah hidup. heh.

Tuesday, April 12, 2011

Happy Birthday JENA!!!

<< 12.4.2011 >>
semoga panjang umur dan murah rezeki ye.
oh, dan semoga panjang jodoh dan cepat kawen ngan en.z juga. heheh.

 kek blackforest - ditaja oleh dayah

 annual picture kata dayah.
tiap² tahun tak penah miss snap gambar pose camnih. HAHA.

 ahli segerombolan - take 1

 ahli segerombolan - take 2

ahli segeromnbolan - take 3

p/s: thanx akob sebab taja makan malam McD. nyum nyum nyum.

Sunday, April 10, 2011

Gunung Panti

KRU:
Dayah
Belle
Aku
Zyro
Khai
Jambu
Emi
Paan
Zaidi
Daia
Abg Bad

TENTATIF:
8.00am: Bersiap
9.00am: Sarapan kat 25 jam Bandar Universiti
10.00am: Bertolak
12.30pm: Tiba di kawasan kaki gunung
1.10pm: Baru nak mula mendaki. pfft.

awal² lagi timing da lari sebab bertolak lewat sebenarnya.
patut bertolak pukul 9, tapi group zyro penat sebab baru gak sampai.
pastu lak, kalo nak ikotkan kul 12.30 tu da ley start mendaki,
tapi 'produa 2' ley gerak pegi isi minyak lak. aiseyh. tadi lupa nak isi!
tengok minyak da lama blink, tak sempat nak pikir panjang, laju jek.
patut otw balik kang jek isi sebab alang² nak masuk bandar gak nanti.
da half way baru jambu kol kata nak masuk bandar gak otw balik. cit.
kereta sape lagi kan, kereta team aku ar. huhu. my bad. sori².
pastu lepas sampai kat checkpoint 1, timbul lagi masalah. urghh.
ktorang tersalah pilih route dan tembus ke kebun orang kampung. =.="
kesannya da bazir masa lebey kurang dalam sejam sebab patah balik.
kru nyaris putus asa dan berniat nak stop mendaki sampai ke puncak.
tapi akhirnya sepakat perjalanan diteruskan start balik dari checkpoint 1.
pewitt!! cayalah!

4.15pm: Semua ahli tiba di puncak
4.45pm: Mula turun
6.20pm: Tiba di kaki gunung

plan asalnya lepas panjat gunung nak mandi air terjun kota tinggi,
tapi sebab masa da lewat dan tempat bukak cuma sampai pukul 7,
jadi ktorang cuma bersihkan diri kat sungai yang airnya paras lutut. =.="

even plan tak berjalan selancar yang diharapkan,
aku tetap puas hati sebab dapat kumpul balik 'kita²' macam ni.
dahla memang tinggal berapa kerat jek yang still ada sama²,
aku ingat last event kite kumpul sama² hiking camni ialah tahun lepas kot!
sadis. T_T

so nah! buat tambah koleksi kenangan bersama 'kita²'.

produa 1


produa 2

produa 3

backstreet boys

bantut 1

bantut 2

kaki gunung panti

scene 1

scene 2

scene 3

checkpoint 1

sesat ke kebun orang. patah balikkkkk.

break 1 - otw naek

break 2 - otw naek


wall climbing superb!

view 1

view 2

puncak (boyzone)

puncak (spice girls)

semua kru take 1

semua kru take 2

ok jom turun

jap². last gambar!

ok² kali ni betol last!

turun 'wall'

last break before sampai (kristal)

last break before sampai (err..elite?)


"mandi manda" - cit!

sesi kutip balik semua lemak yang dah hilang. XD

thanks pada semua yang sudi luangkan masa bersama. tsk3.
semoga akan ada lagi 'sebuah kisah klasik - kenangan bersama' lepas ni.

p/s: sori guys, timing banyak lari.
sampai nak mandi air terjun pun da tak sempat. sowie yeww. heh.
emi, sempat tak tengok bola? ko balik pun kena rushing. sori².

Thursday, April 7, 2011

Mari slim² kan diri di Imtiaz.

2 hari lepas aku teman dayah pegi mengurut kat Imtiaz.
aku suggest tempat ni sebab aku kenal baek ngan owner kedai.
jadi kamceng sebab aku regular customer beli ubat kat sini.
(aku da siap jadi ahli, beli apa² sume dapat discount. jangan jeles~)
and aku beberapa kali gak wat facial kat situ and aku puas ati la.
puas ati sebab kak ana ngan kak yati tu jenis ikot kehendak customer.
and puas hati sebab produk² diorang semua ikot doctor's prescription.
plus kedai ni dekat taman aked parit raja ni je, dekat ngan rumah ktorang.

so start ngurut dalam kul 4 rasanya, lebey kurang camtu lah.
kak yati baru start urut kejap, aku yang da terlelap. =.="
rasanya sempat 15 minit gakla aku lelap, sempat mimpi lagi. heh.
lepas tu aku da terjaga sebab sakit tengkuk tido tak berbantal.
bangun tu tros sembang² ngan kak yati sambil dia duk urut dayah,
dia cite kat aku yang dia baru jek beli mesin urut yang slimming² tuh.
(mesign gintell beb! yang buh kasik gegar² kat perut tuh. huiyoo..)
pastu dia kata mesin tu baru jek lagi sampai, tak sempat try pun lagi.
so dia suh aku pegi amik and try pakai pastu cte kat dia cane nak pakai.
wah! aku pun laju jek la, HAHA. mesin gintell yang mahal gila tu kot!

ni lah mesin dia.
dia boleh pakai ngan macam² cara benda alah ni.

hah, gambar ni sebijik dalam manual book dia.

tapi aku takdela nak cuba sume gaya ni.
aku ngan berseluar jean bagai hari tu, aku buh kat perot jela.
syok woh pakai benda alah gegar² nih. gegar² tu massage sebenarnya.
aku pakai tak sampai setengah jam pun tapi berpeluh lenjun lepas bukak.
(berpeluh area yang aku lilit pakai mesin ni jela)

tapi kak yati duk wat extreme lak kan,
suh aku try pakai sambil exercise atas mesin lari setempat tuh.
katanya nak tengok lagi berkesan tak kalo sambil bersenam.
mesin lari tu..nih² benda alah nih.


benda alah ni ada macam gear dia kite boley setting.
aku tak sure time aku pakai tu kak yati setting berat gear dia berapa.
tapi agak berat la rasanya, lenguh kot kaki aku.

so dengan mesin gintell tu pasang kat perot.
heat letak 50', massage letak mode strong,
pastu kaki lak exercise atas mesin nih, nice.
lepas setengah jam, long sleeve ngan jeans aku da boley perah!
mula² tu nak main ngan benda ni sampai dayah siap ngurut.
tapi kak yati urut dayah sampai 2 jam!! hoh, cannot!
aku bukan apa, kang kalo aku pun ikot exercise kasik 2 jam jugak,
aku keluar kedai nanti orang ingat ujan lebat lak dalam kedai tu.
pastu satu lagi, aku takot dayah bangun tido lepas kena urut nanti,
terkejut tengok aku tetibe jek da kurus, hot macam lisa surihani. HAHA.
so aku pakai kejap jek pastu aku lap² simpan balik dalam beg.
kak yati pun nampaknya da paham macam mana cara pakai. setel.
(cis, baru aku sedar aku da dijadikan tikus eksperimen kak yati sebenarnya)
tapi aku pun seronok bereksperimen tadi, so takde hal lah.

cumanya time tu, aku dengan da 8ributahunlangsungtakbersenam,
pastu plak baru balik keje dengan letih penat sume belum hilang,
tros lompat lari² atas mesin bergear setengah jam lebey,
hamek ko otot terkejot. sampai hari ni rasa sakit lagi betis aku. =.="
tapi jangan risau, yang hardcore² ni cuma untuk tikus eksperimen,
yang datang as customer esok², aku percaya lebey relaxing. heh.

setakat ni kedai imtiaz ada jual ubat, ada facial, ada sauna,
ada barang kecantikan, barang kesihatan, macam² lah.
herba tak herba, sedap tak sedap, semua ada jual.
so skang dia nak wat sesi untuk slimming² ni plak.
sebab permintaan agak ramai untuk benda ni katanya.
dia da tempah beberapa set mesin slimming yang laen skali,
esok lusa baru sampai semua mesin² tuh. uuuUuu..^^
kerusi urut gintell yang selalu ada kat mall bayar ikot minit tu pun ada.
tahniah la kak yati, kedai da makin maju.

sesapa berminat boleh ar pegi usha.
harga biasanya semua berpatutan la kalo kat imtiaz ni.
yang dayah urut 2 hari lepas tu pun rm30 jek untuk 2 JAM.
kalo ko pegi kat kaki² reflexology tuh rm45 baru sejam jek dapat.
*harga² aku cakap ni ialah untuk pakej urut seluruh badan tau.*
ni untuk pakej yang kak yati tengah baru nak buat nih,
kalo ikot kak yati cite, dia nak wat rm20 untuk try 3 mesin. ok wat!
siap ada planning nak wat bubble bath untuk slimming punya pakej. pergh~

 ha, ni lah kedainya. 

tunggu apa lagi, marilah terjah~

alamat:
Imtiaz Marketing & Trading, 
No. 5 Jln Aked Utama Tmn Aked 
Pt. Raja 86400 Batu Pahat Johor. 
07-4532715, 019-7590220
Kak Yati/ Kak Ana.

that's all for now peeps! chow~