Thursday, April 7, 2011

Mari slim² kan diri di Imtiaz.

2 hari lepas aku teman dayah pegi mengurut kat Imtiaz.
aku suggest tempat ni sebab aku kenal baek ngan owner kedai.
jadi kamceng sebab aku regular customer beli ubat kat sini.
(aku da siap jadi ahli, beli apa² sume dapat discount. jangan jeles~)
and aku beberapa kali gak wat facial kat situ and aku puas ati la.
puas ati sebab kak ana ngan kak yati tu jenis ikot kehendak customer.
and puas hati sebab produk² diorang semua ikot doctor's prescription.
plus kedai ni dekat taman aked parit raja ni je, dekat ngan rumah ktorang.

so start ngurut dalam kul 4 rasanya, lebey kurang camtu lah.
kak yati baru start urut kejap, aku yang da terlelap. =.="
rasanya sempat 15 minit gakla aku lelap, sempat mimpi lagi. heh.
lepas tu aku da terjaga sebab sakit tengkuk tido tak berbantal.
bangun tu tros sembang² ngan kak yati sambil dia duk urut dayah,
dia cite kat aku yang dia baru jek beli mesin urut yang slimming² tuh.
(mesign gintell beb! yang buh kasik gegar² kat perut tuh. huiyoo..)
pastu dia kata mesin tu baru jek lagi sampai, tak sempat try pun lagi.
so dia suh aku pegi amik and try pakai pastu cte kat dia cane nak pakai.
wah! aku pun laju jek la, HAHA. mesin gintell yang mahal gila tu kot!

ni lah mesin dia.
dia boleh pakai ngan macam² cara benda alah ni.

hah, gambar ni sebijik dalam manual book dia.

tapi aku takdela nak cuba sume gaya ni.
aku ngan berseluar jean bagai hari tu, aku buh kat perot jela.
syok woh pakai benda alah gegar² nih. gegar² tu massage sebenarnya.
aku pakai tak sampai setengah jam pun tapi berpeluh lenjun lepas bukak.
(berpeluh area yang aku lilit pakai mesin ni jela)

tapi kak yati duk wat extreme lak kan,
suh aku try pakai sambil exercise atas mesin lari setempat tuh.
katanya nak tengok lagi berkesan tak kalo sambil bersenam.
mesin lari tu..nih² benda alah nih.


benda alah ni ada macam gear dia kite boley setting.
aku tak sure time aku pakai tu kak yati setting berat gear dia berapa.
tapi agak berat la rasanya, lenguh kot kaki aku.

so dengan mesin gintell tu pasang kat perot.
heat letak 50', massage letak mode strong,
pastu kaki lak exercise atas mesin nih, nice.
lepas setengah jam, long sleeve ngan jeans aku da boley perah!
mula² tu nak main ngan benda ni sampai dayah siap ngurut.
tapi kak yati urut dayah sampai 2 jam!! hoh, cannot!
aku bukan apa, kang kalo aku pun ikot exercise kasik 2 jam jugak,
aku keluar kedai nanti orang ingat ujan lebat lak dalam kedai tu.
pastu satu lagi, aku takot dayah bangun tido lepas kena urut nanti,
terkejut tengok aku tetibe jek da kurus, hot macam lisa surihani. HAHA.
so aku pakai kejap jek pastu aku lap² simpan balik dalam beg.
kak yati pun nampaknya da paham macam mana cara pakai. setel.
(cis, baru aku sedar aku da dijadikan tikus eksperimen kak yati sebenarnya)
tapi aku pun seronok bereksperimen tadi, so takde hal lah.

cumanya time tu, aku dengan da 8ributahunlangsungtakbersenam,
pastu plak baru balik keje dengan letih penat sume belum hilang,
tros lompat lari² atas mesin bergear setengah jam lebey,
hamek ko otot terkejot. sampai hari ni rasa sakit lagi betis aku. =.="
tapi jangan risau, yang hardcore² ni cuma untuk tikus eksperimen,
yang datang as customer esok², aku percaya lebey relaxing. heh.

setakat ni kedai imtiaz ada jual ubat, ada facial, ada sauna,
ada barang kecantikan, barang kesihatan, macam² lah.
herba tak herba, sedap tak sedap, semua ada jual.
so skang dia nak wat sesi untuk slimming² ni plak.
sebab permintaan agak ramai untuk benda ni katanya.
dia da tempah beberapa set mesin slimming yang laen skali,
esok lusa baru sampai semua mesin² tuh. uuuUuu..^^
kerusi urut gintell yang selalu ada kat mall bayar ikot minit tu pun ada.
tahniah la kak yati, kedai da makin maju.

sesapa berminat boleh ar pegi usha.
harga biasanya semua berpatutan la kalo kat imtiaz ni.
yang dayah urut 2 hari lepas tu pun rm30 jek untuk 2 JAM.
kalo ko pegi kat kaki² reflexology tuh rm45 baru sejam jek dapat.
*harga² aku cakap ni ialah untuk pakej urut seluruh badan tau.*
ni untuk pakej yang kak yati tengah baru nak buat nih,
kalo ikot kak yati cite, dia nak wat rm20 untuk try 3 mesin. ok wat!
siap ada planning nak wat bubble bath untuk slimming punya pakej. pergh~

 ha, ni lah kedainya. 

tunggu apa lagi, marilah terjah~

alamat:
Imtiaz Marketing & Trading, 
No. 5 Jln Aked Utama Tmn Aked 
Pt. Raja 86400 Batu Pahat Johor. 
07-4532715, 019-7590220
Kak Yati/ Kak Ana.

that's all for now peeps! chow~

0 comments:

Post a Comment