berjaya kuatkan semangat ke gym hari ni!
tapi yang tak boley blahnya gym tu penuh ngan jantan SAHAJA.
aku sorang jek pompuan ayu kat situ! hak tuih. ayu ke? muntah.
tak best betol la gym tu jenis campur laki pompuan. grr. btw,
"hoi! khamis khas untuk kegunaan perempuan jelah!
ni yang tetibe penuh gak ngan jantan nih, ada plan nak tukar jantina ke??"
ok berangan jelah kalau dapat jerit kuat² sound orang macam tu tadi.
mau kena hentak ngan dumbbell oleh abang² badan taf yang sedang ber'workout'.
T______T
naseb baek jugaklah aku orang pertama yang sampai kat gym tadi.
yang jantan² ni sume sampai lepas aku dah start exercise dalam 15 minit,
so even gym dah mula dipenuhi ngan jantan pun, aku mampu lagi wat tegar jek.
sebab aku pikir, bukan senang aku nak ringankan kaki melangkah ke gym nih.
kalau first day dah down, memang terkubur lah niat aku nak simpan 6 pax. eceh!.
tapi kalau aku sampai tadi gym da penuh dah pun ngan jantan² tak reti membaca ni,
memang sah² aku dah patah balik umah dah. tros membuta tanda protes! haha.
*keje universiti tapi jadual tempek sikit punya besar kat pintu pun tak reti nak baca,huh*
so hari ni sejam aku pergi gym. sejam exercise, peluh sakan la weh! *tetibe terharu* wtf!
aku cuba treadmill, rower pastu mesin yang untuk lengan ngan pinggang tu selang seli.
tak dapat nak cuba semua equipment tadi sebab ada lelaki² tu duk kongker. cis.
(menyampah jek tengok siap duk berurut², peluh menitik² pun boleh duk gesel². eew.)
ok ngumpat lak yang lebey. haish. so far puas hati dengan mana yang ada.
yang mana mesin yang aku tak dapat cuba petang tadi, maybe next time.
moga² lekatlah rutin ke gym tiap² petang.
kalo cukup sebulan straight aku dapat kekalkan rutin ke gym tiap² petang,
dapatlah aku wat review sikit untuk hasil dia nanti. aiseh, bestnya!
wish me luck!!
=)
0 comments:
Post a Comment