Thursday, January 6, 2011

UTHM ada library yang super cool!

masa aku wat degree kat sini dulu,
library yang baru ni tak siap lagi.
yang ada hanyalah library lama yang sangat cikai tu jek.
sangat tak best sampai nak pegi pinjam buku pun rasa tak semangat (perghh, alasan!)
tambah lak brader kaunter dulu kerek+poyo gile keje asyik nak sound orang jek. huh.

well not anymore! *cewah, haha*

lantakla if korang rasa nak muntah aku puji universiti snirik pun kan,
tapi seriously aku tak tipu weh. sumpah cantik.
so korang boley la mohon berenti belajar kat universiti masing² skang jugak,
dan dengan pantasnya datang mendaftar di UTHM. lalala~

meh sini aku nak tayang gambar dengan riaknya macam library ni bapak aku yang punya.

main entrance. *gambar tak full sebab camera cokia. tsk3*

bangunan library ni berbentuk silinder. so tengah²nya ialah landscape. 

5 tingkat beb! turun naek pakai lif wokeyyy. *muka kerek*

saaaangatlah luassss. dan juga sangat sejuk. *ketaq*

kemudahan komputer punyala banyak. korang ada ke?? *dabel kerek!!*

dan akhir sekali haruslah gambar aku posing bajet stylo di sini. *haha*

camera aku tak canggih.
tambah lak aku bukan jurugambar profesional.
so kecantikan tempat ni tak berapa menyerlah la dalam gambar² aku ni.
maka korang harusssslah datang sini tengok snirik library aku ni.
*rasa macam nak tido kat library jek pasnih. ngee~~*
aku bangga weh universiti aku ada library best camnih!
serious! haha. *ok poyo*
(nahla baldi, kesian aku tengok muka tu da naek biru duk tahan rasa nak muntah tu)

esok pagi aku nak pegi lepak library lagi.
pe barang layan internet kat umah. panas kot.
papehal sila datang cari aku di library ye,
layan youtube dalam aircond ar, baru syok! haha.

0 comments:

Post a Comment