Monday, January 17, 2011

Gua rehat jap ye Pak Mat.

gua da buang sume akaun laman sosial yang gua ada.
friendster.myspace.multiply.tagged.twitter
sume pun gua da 'cancel account'.
YM pun gua da tak main da skang.
skype gua khaskan untuk prek ngan adik gua jek.
yang tinggal cuma blog hidup gua ni.
satu²nya tempat gua masih boleh dilihat bernafas lagi.
facebook, gua 'deactivate' dulu buat masa ni.
gua perlu menghilang dari dunia ni untuk sementara waktu.
sebelum akal dan kewarasan gua yang hilang dulu.
"loose the distractions, spare the extra pressures."

hati gua sekarang da lagi banyak parut dari daki. berbirat.
plaster besar kertas kajang pun da tak mampu lagi nak tutup luka² gua ni.
jadi gua ingat mungkin ini la cara yang terbaek.
dunia gua dah tak lagi serasi ngan jiwa gua yang dah makin rapuh ni.
semangat nak hidup gua pun da tercicir celah mana² longkang.
(berani la suruh gua pegi buat aduan kat kaunter lost and found. gua lempang jugak lu kang!)
seeloknya ialah gua berundur dulu untuk beri ruang pada jiwa gua nak lalu proses 'adaptasi'.
tak semua benda boleh guna konsep 'berjuang sampai ke hujung nyawa'.
kalo gua buat gak, tu da kira kamikaze da tu namanya. keje gila.
nantilah baru gua catch up balik dengan mana² yang gua da miss tu.

jangan risau, no phone gua takkan buang.
paling² pun gua kerap tinggal enpon kat rumah jek.
kang malam sebelum tido gua jenguk la jugak.
pasal enpon gua masih berguna nak buat alarm.
itupun KALAU gua rasa nak bangun pagi besok la.
jadi pandai² la korang text jek kalau nak cari gua.
kalau kol takot gua tak angkat pulak.
kang lewat malam sebelum tido insyaAllah gua balas.

gua cuma nak rehat kejap je.
sambil² buat keje baikpulih kecederaaan.
gua pun da naek loya layan emosi.
da penat yang teramat sangat.
robot pakai bateri tu pun pandai kong bhai!

skang gua da tutup semua cerita karut tu.
lu orang sila go play far².
gua ada misi penting skang ni.
kasik gua fokus.

keluasan ke-empat² kawasan berlorek kena sama. IQ ni bhai.

da sehari gua duk calculate design mold ni. ingat senang ke??

akhir kata, gua sedang fed up fokus!

chow.

p/s: pak mat tu bapak gua. dan ye, gua la anak pak mat yang rare tu. ok poyo.

0 comments:

Post a Comment