Wednesday, December 1, 2010

Orang tua gila

Hari ni pagi² lagi da kena macam² dugaan. SPOIL!!. bangun kul 7 pagi aku cuba untuk kemas rumah apa² yang patut. Dalam hati, lek ar..ofis bukak kul 8. Tros pegi mandi (sempat lagi sental bilik air) then aku bersiap nak ke ofis. Jam da tunjuk pukul 8. Shit. Tengah aku bergegas, tetibe aku dengar bunyi orang ketuk pintu umah kuat gila. "Oi, nak bagi roboh ke apa???". Aku turun² tengok. 'orang tua' ni rupanya. Aku pun cepat² bukak pintu nak salam. Sekali punya pedih dia perli aku "Lewat jugak kamu bangun!" maakkk aihhh..orang tua ni boleh tahan gak laser. pakai tak tanya apa teros nak perli². Hilang tros rasa hormat. Dia ingat aku ni macam pekerja dia ke dia nak fire²? ke dia ingat aku ni pekerja sedunia? atau dia ingat dia seorang bapa, maka semua orang ialah anak dia?? suka ati jek orang tua ni. Excuse me, who are you again?. eceyh, nak aje aku balas cenggitu. Sabar jela E.. Dah tu, aku ni bangun awal² kemas umah susah², dia siap jalan atas tiles tu pakai kasut!! eyhh, maghahnya akuuuu..pacik, u memang shit! (mentang² ko org kaya banyak pengaruh) huh!

Pastu dia da nak blah, aku langsung diam tak kata apa². Mood nak beradab sopan tros hilang. Dia da blah, aku pun start kete nak pegi ofis. Hari ni aku ada banyak keje nak buat. Nak pegi bank, nak setel gaji, nak itu, nak ini, nak macam² ah. Kul 5 abang aku da sampai, semua perlu setel cepat. Kereta da keluar dari pagar, tekan punya tekan remote pagar, pagar tu wat derk gak. "Apsal la degil sangat nih?". Aku siap turun kereta. Demm..blackout rupanya. Dah tu pagar aku da jem. Nak tarik manually pun tak boley gak. Stuck. Apekejadahla..pagi² da nak uji kecergasan minda dan tubuh badan aku lak. Takkan aku nak blah jek pegi ofis ngan rumah terbukak luas macam jemput perompak masuk nih??? Terpaksala aku dekat setengah jam berhempas pulas, berguling² cuba nak tarik pagar. Last² dapat gak tutup pagar (lepas da menyumpah dekat 3,4 buku tebal² kamus dewan). Alhamdulillah, da boleh pegi ofis.

Tengah duk drive cool² sambil nak cari balik mud yang da bersepai dari tadi (siap melalak join lagu kat radio). Tetibe boleh plak aku selisih ngan 'orang tua' tu!!! (yang juga on the way pegi ofis dia) MasyaAllah..tak cukup² lagi ke dugaan aku..mesti dia da geleng² kepala tengok aku kul 9 baru nak masuk ofis. "Hish budak ni, dahla bangun lambat, aku da tinggal umah dia lama pun tak pegi² lagi ofis.  pastu tu siap rilek lagi lak tuh. huh, terok." Aku memang da boleh agak sangat dah apa dia nak cakapppp. Sebok ah kau!!! Last² aku tutup teros radio, tekan minyak sampai kereta aku terbang pegi ofis (sila percaya). Tensen. Masuk ofis pun muka ketat jek. Staf sume diam tak berani nak tegur aku. Bukan salah aku! Aku da cuba nak cool down. Korang pun baek jangan tanya apa² la. Tapi A (staff cina yang memang jenis slamber) lagi nak tegur aku, "uit, ko okay?". dengan spontan aku jawab "ok la sangat! pagi² lagi ada orang tua gila babi cari pasal dengan aku!". yess, kan aku da kasar lagi biadap. aku da kata baek jangan tanya. Sape suh ko degil sangat.. Dengan muka tak bersalah, aku tros masuk ofis aku dengan dak² ofis yang laen sume terkedu. *whateverrrr*


sila jangan carik pasal ngan aku hari ni.

2 comments:

  1. haha..seb bek dia org tua tau ain..kalo tak da picit² bagi lumat..hoho..

    ReplyDelete