Hari ni kami keluar lagi.
tapi dengan misi baru plak ar.
nak pegi cari umah sewa kat Parit Raja.
boley tahan senak perot gak nak cari umah ni.
satu pekan kitorang da pegi round.
hasilnya dapatla 1,2 umah yang rasa² macam ok.
ada pun da cukup bagus sebenarnya.
jadi tak berapa nak boleh memilih la skang ni.
tapi masih dalam proses untuk difikirkan.
insyaAllah hujung bulan ni da boleh pindah masuk umah sewa.
Setel ngan misi mencari umah sewa,
Kitorang pun melencong la ke Senggarang.
Just untuk aku share info ngan korang,
Senggarang ni tempatnya best.
sentiasa mendapat kunjungan ramai sebab tempatnya cantik.
petang² boleh layan sunset sambil makan kerang pedas.
tempat ni memang selalu la jadi port pengantin bergambar.
jadi kalau korang ke Batu Pahat/Johor,
make sure korang tak miss melawat tempat ni.
bawak camera canggih² tu sekalik.
kompem korang suka punya tempat ni.
ada view, ada tempat lepak, dan ada tempat makan².
(kadang² tu siap ada tempat karok terbuka)
Meh aku kasik upload sikit gambar aku kat sana.
kasik korang nampak gambaran tempat.
tapi petang yang aku pegi ni macam nak ujan skit cuacanya.
jadi takdela dapat layan sunset cantik petang tu.
kena pegi time cuaca elok baru view dia mantop!!
kat hujung tu kedai makan yang jual kerang sedap gile tu. heh.
pantai dia bersih untuk jalan² (posing bajet stylo seperti biasa. haha)
nampak best kan tempat ni?
memang best.
so korang yang belum penah pegi, sila²la pegi.
kalo member² aku, dak² clz aku tayah cakap ar.
ni da memang port bese da ni.
next lepas da makan² kerang,
kami turun Datarang Penggaram/ Dataran Batu Pahat.
lepak ramai² sambil maen tiup belon sabun dan bergambar².
kalau nak pegi, pegila time weekend.
sebab time weekend ni ramai orang.
mungkin akan nampak macam sesak sikitla.
tapi yang ramai² tu yang buat rasa macam meriah tempat tu.
kalau pegi time takde orang, suram jek rasa.
yela, datang pun untuk nak lepak hoye ramai² kan?
kalau datang nak watprojek meeting tu laen ar cite. (kejadahnya tah)
yela, datang pun untuk nak lepak hoye ramai² kan?
kalau datang nak wat
so ini tempat yang paling faymes la kot kat Batu Pahat.
korang kalo pegi Batu Pahat tapi tak datang sini,
takyah ngaku pernah datang Batu Pahat la.
bikin malu jek bhai! huhu.
orang sangat ramai masa malam aku lepak ni.
jadi aku malas ar nak pegi amik gambar tugu pahat tu.
ada gambar aku ngan member² melepak jek.
pun kira ok ar kan? huhu.
(tu pun member² kepada member aku sebenarnya diorang ni)
bese ar aku, slamber rawk jek menjoinkan diri. (dasar tatau malu!)
yang 'X' a.k.a unknown tu tau² jela sape eh. haha.
terang kan dataran ni malam²?
kat keliling kami time ni ramai lepak² gak ni.
siap maen belon sabun, lastik nyala² tu, pebenda tah lagi.
banyak ar jenis mainan korang ley nampak. kete control pun ada.
lama gak kami lepak sini malam tadi.
sembang², gosip² dan bergelak ketawa. hoho.
nanti kte datang lepak sini lagi ye~
0 comments:
Post a Comment