Tuesday, December 21, 2010

Weekend yang mantap

Sabtu lepas aku turun KL ngan Dayah.
dia ada nak pegi kenduri kawan dia kat Gombak,
while aku lak nak attend besday ence Jambu kat Ampang.
(alang² ngan aku ada barang sikit nak amik kat umah cheras)

so event bermula jam 10 malam,
majlis kecil²an je, jadi yang hadir cuma dalam 11 orang.
berlangsung di Panorama Restaurant Jalan Ampang.

terbaek punya view!! cantik kan?!!

bukit ampang tu aku da biasa pegi,
tapi restoran ni baru 1st time aku datang makan sini.
tapi seriously, tempat ni memang sangat sempoi.
dari sini ley nampak view bandaraya KL yang liplap² tuh.
makanannya sedikit mahal tapi not than expensive jugakla.
(alah, tempat up la katakan. nasi goreng cendawan RM8.90 tu standarddd. =.=")
untuk korang yang belum pernah pegi tempat ni, aku suggestkan korang pegi.
if rasa taknak makan kat tempat mahal ni tapi nak tgk view dia,
kat tepi² lereng bukit tu pun ada tempat makan² gak sebenarnya.
ada jual oblong segala bagai and boleh bergambar dengan view² cantik ni jugak.
tapi seandainya korang rasa nak try datang makan tempat ni, nah no contact~
(bukannya suh pegi makan kat sini hari² punnn, skali skale pe salahnyaaa)

aku makan pizza kat sini, sedap!

kredits to ence Jambu sebab kenalkan aku ngan tempat ni.
pasni ley aku pegi ngan kawan² aku yang lain lak. wee~~

besday boy. (erm, rasa tak seswai) besday uncle, ok ngam!

rakyat jelata yang hadir memeriahkan majlis.

aku lupa lak nak amik gambar² piza yang aku makan tuh, 
kompem korang kecur air liur tengok aku makan. nom nom nom..haha.
ngam jam kul 12 ktorang siap makan² kek sume, then aku pun chow.
aku terpaksa balik awal dari yang laen² sbb nanti mak aku marah balik lewat² sgt. heh.
(sori ye korang², thanx for inviting. kek secret recipe tu sedap! berLEMAK manis yaw~)

esoknya aku ke IKEA lak, (berjalan jek keje)
aku nak beli tempat sangkut baju tu haaa..
nape aku beli di IKEA?

yeee..ini la sebabnyaaa..

plus harga penyangkut tu da murah dari sebelum ni kata akak ipar aku.
tu yang aku decide nak beli kat sini dan bukan di kedai² apek tepi jalan tu.

ni la penyangkutnya! RM45 ye.

aku da try goyang² + gegar², rasa macam boleh tahan lama.
so aku da beli! bye² 45 hengget. (sob3) ngehehe..
malam tu aku singgah tengok kat Carrefour jap,
kat sana punya jual harga rm60, seb bek da beli kat ikea.
selebihnya ktorang 'cam whoring' jek lebey, wahaha.
bertemankan plak c tecit yayid, lagi rancak la kami bergambar. 

yayid geli² ngan selimut bulu, (muka takley blah) haha.

yeahhh..*peace*™

ahad malam ktorang hantar Baby (adik aku) ngan Joe (kwn dayah) balik Melaka,
pastu ktorang patah balik tdo 1 malam lagi kat cheras sebab ada urusan keesokannya.
aku terpaksa ke JPJ Shah Alam ngan kak timmy (akak ipar aku) untuk setel soal siasat saman.
*nak saman, saman je ar! lagi nak ajak sembang² lak. leceyh!*
pegi bukan main jauh lagi dari cheras sampai shah alam, siap redah banjir pe sgale, 
skali kaunter da tutup. shit u! tadi dalam phone kate boleh datang anytime! bodo.
lagi bestnya lepas tanya², dia kata soal siasat tu wat kat mana² JPJ pun boley.
means nak wat kat BP pun boley, dem!! kasik susah orang jek la! huh.
lepas da setel sume benda, barang² da siap packing masuk kete sume,
isnin malam dalam kul 12 gak ar baru ktorang bertolak.
kul 3.30 pagi baru sampai parit raja, pergh ngantok.
sampai² tros tdo. (tengahari esoknya baru terjaga, ish3~)
malam ni kena tdo awal, esok ada keje laen lak nak dibuat.
nak pegi basuh rumah sewa lak.
da dapat umah sewa beb, yey!!

1 comment: